Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, April 01, 2013
Bakal terbongkar lagi...!!! Yuktes Jumpa Bekas Kawan Sepenjara Anwar?
Bekas pembantu kepada peguambela Anwar Ibrahim, Yuktes Vijay mengakui telah menemui bekas rakan sepenjara Ketua Umum PKR itu ketika sama-sama merengkok di penjara Sungai Buloh.
“Saya bertemu bekas rakan sepenjara Anwar dari Sungai Buloh..dia berusia lewat 20-an .. dia banyak berkongsi cerita-cerita tentang Anwar.
“(Saya akan tulis dalam) artikel seterusnya tidak lama lagi,” kata Yuktes dalam twitternya semalam.
Beliau berkata, pemuda berkenaan sepatutnya menjadi saksi kes liwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, namun menarik diri pada saat-saat akhir.
Pemuda berusia 20-an itu pernah berada dalam satu penjara dengan pemimpin pembangkang tersebut di Penjara Sungai Buloh.
"Pemuda itu mengaku kepada saya, dia serik dan tidak mahu berjumpa dengan pemimpin itu lagi.
"Dia kelihatan gelisah ketika berbual mengenai pemimpin itu. Dia kata, dia sudah tidak larat untuk bercakap mengenainya," dakwa Yuktes.
Beliau membuat pendedahan tersebut kepada pemberita ketika dihubungi di sini hari ini.
Sikap ditunjukkan oleh pemuda itu kata Yuktes, menyebabkannya mengesyaki pemuda tersebut mungkin menjadi mangsa liwat seperti apa yang dialami Mohd. Saiful Bukhari.
Kata Yuktes, beliau akan membuat pendedahan tersebut sekiranya pemimpin pembangkang terbabit terus berbohong kepada rakyat.
"Saya mengenali dan mengetahui identiti pemuda itu kerana dia merupakan salah seorang saksi," ujarnya.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan