Selasa, Mac 19, 2013

Puteri Jacel Kiram Tunjuk Bukti Tuntutan Kiram Ke Atas Sabah Adalah Tidak Sah?



Tanpa disedari Puteri Jacel Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram tidak sah..Pada surat perjanjian diantara Sultan Mohammad Kiram dan North Borneo yang ditandatangani pada tahun 22 Januari 1878 menyatakan :-

" GRANT BY THE SULTAN OF SULU OF A PERMANENT LEASE COVERING HIS LANDS AND TERRITORIES ON THE ISLAND OF BORNEO DATED JANUARY 22, 1878 "

Di atas surat perjanjian itu tertera perkataan PERMANENT LEASE..pajakan selama-lamanya..Bukankah itu bermaksud Sabah milik Malaysia selagi ada bulan dan bintang...!!!



Isu tuntutan Suluk ke atas Sabah mengikut perspektif Brunei (Sumber: ms 193-197 & ms 254-254, Buku "Tarsilah Brunei II- Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran" oleh Pehin Jami Al-Sufri, 1997) menyatakan Kesultanan Brunei telah memajakkan wilayah Sabah pada abad ke-19 kepada Baron Von Overbeck.

Kuasa mentadbir Timur Sabah berada di tangan Baron von Overbeck pada 1877.

Menyedari pihak Sulu juga menuntut wilayah timur Sabah, Baron telah membuat perjanjian dengan Raja Suluk bagi mengelak masalah-masalah di kemudian hari.

Duit pajakan wilayah Sabah yang dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong pada 1877, manakala duit yang dibayar kepada Sultan Sulu hanya $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Sulu pada 1878.

Daripada jumlah duit pajakan yang dibayar sudah JELAS menunjukkan siapa yang sebenarnya berkuasa/ berhak di Sabah pada masa itu.

Baron von Overbeck kemudian menjual haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menjualnya kepada Kerajaan British.

Pada awal 1960an, rakyat Sabah telah memilih menyertai negara baru Malaysia (Setelah dapatan Suruhanjaya Cobbolt 1963) mendapati bahawa majoriti rakyat Sabah mahu merdeka dalam Malaysia dan pilihan ini dihormati oleh Kerajaan dan Rakyat Brunei!

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan