Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Mac 20, 2013
Pencerobohan di Sabah ulangan sejarah pembunuhan Jabidah - Aquino!
CORREGIDOR, Filipina - Presiden Filipina, Benigno Aquino melihat pencerobohan di Sabah oleh pengikut Jamalul Kiram III adalah satu pengulangan sejarah, ketika bekas Presiden, Ferdinand Marcos melancarkan rancangan untuk menceroboh Sabah pada 1968, yang dikenali sebagai pembunuhan Jabidah.
Media Filipina melaporkan, Aquino menyamakan kedua-dua kejadian tersebut sebagai tindakan menggadaikan nyawa penduduk Islam bangsa Moro untuk kepentingan diri pihak tertentu, ketika orang yang menjadi dalang hidup dengan selesa.
"Tidakkah kita melihat pengulangan sejarah dalam kejadian di Sabah yang berlaku beberapa minggu lalu. Apa yang berlaku di Lahad Datu adalah satu tragedi seperti mana yang berlaku di Jabidah.
"Namun, tragedi yang lebih besar adalah kita tidak belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini, iaitu mematuhi dan menghormati undang-undang sebagai jalan terbaik menghadapi cabaran yang dihadapi," katanya ketika merasmikan ulang tahun Pembunuhan Jabidah ke-40 di sini, semalam.
Pembunuhan Jabidah yang juga dikenali sebagai Pembunuhan Corregidor berlaku selepas Marcos melancarkan rancangan rahsia untuk menceroboh Sabah.
Apabila pelatih beragama Islam yang ditempatkan di Corregidor pada 3 Januari 1968 enggan mengambil bahagian dalam misi itu selepas mengetahui rahsia berkenaan, mereka dibunuh oleh pegawai mereka pada 18 Mac 1968.
Aquino turut mengkritik dalang utama dalam pencerobohan di Lahad Datu, Sabah yang menyaksikan Malaysia melancarkan serangan udara dan darat.
"Di sebalik memberitahu pengikut mereka supaya pulang kerana nyawa lebih penting, ketuanya (Jamalul Kiram III) terus mendesak dan membangkitkan kemarahan. Ini yang boleh saya katakan, jika orang lain menganggap nyawa penduduk Moro tidak penting, pandangan ini adalah salah.
"Atas alasan ini, saya meminta adik Jamalul Kiram, Azzumudie dan pengikutnya supaya berundur dan pulang kerana keganasan tidak membawa apa-apa hasil dan hanya perbincangan merupakan pendekatan lebih produktif," katanya. - AGENSI
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan