Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Mac 15, 2013
Pengganas Sulu sudah lama niat tawan Sabah?
Sultan Bantilan Esmail Kiram II, Sultan Jamalul Kiram III
Misi pengganas Sulu untuk menakluk Sabah, termasuk menagih pengiktirafan Kesultanan Sulu telah lama dirancang, namun dikatakan semakin serius akhir tahun lalu dengan beberapa kali pemimpinnya mengadakan pertemuan di sini.
Menurut sumber, perjumpaan pertama mereka pada akhir tahun lalu dan dikatakan disertai oleh Esmail Kiram II sebelum diikuti beberapa lagi pertemuan.
Katanya, mereka menjadikan Kampung Simunul, iaitu lokasi enam anggota pasukan keselamatan negara terkorban pada 2 Mac lalu, sebagai markas utama mereka.
Kata sumber itu, tindakan Esmail datang ke kampung tersebut dipercayai bagi memantapkan perancangan dan menghebohkan bahawa dia akan melakukan sesuatu bagi menarik perhatian dunia terhadap isu pengiktirafan kesultanan serta pengambilalihan semula Sabah.
"Esmail memang ada datang ke Sabah untuk berjumpa dengan orang Sulu dan meyakinkan mereka mengenai rancangan beliau.
"Semua orang Sulu diminta bersatu hati dan bersama-sama beliau selain mereka akan mendapat habuan serta ganjaran sebaik sahaja rancangan itu berjaya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mereka ini mendakwa keturunan Sultan Sulu. ( Duduk dari kiri ) Rajah Mudah Agbimuddin Kiram, Sultan Jamalul Kiram III, Sultan Bantilan Esmail Kiram II and ( Berdiri dari kiri ) Datu Alianapia Kiram, Datu Phugdal Kiram and Datu Baduruddin Kiram.
Tambah sumber itu, selain Esmail, beberapa 'panglima' atau 'orang berpengaruh' turut turun padang dalam beberapa pertemuan selepas itu bagi meyakinkan masyarakat Sulu mengenai rancangan ketua mereka itu.
Difahamkan, 'panglima' atau 'orang berpengaruh' pengganas Sulu itu bukanlah dalam kalangan mereka yang terlatih dalam bidang ketenteraan, sebaliknya terdiri daripada individu yang sudah berusia, dikenali dan mereka yang dihormati oleh masyarakat Sulu.
"Pada pertemuan itu juga mereka ada berkumpul dalam satu majlis Maulidur Rasul dan ketika majlis itu berlangsung, 'panglima' mereka menyebarkan berita bahawa rancangan mereka untuk mendapat pengiktirafan pasti akan berjaya," ujarnya.
Sumber itu memberitahu, pemilihan Kampung Simunul sebagai markas pergerakan pengganas Sulu adalah disebabkan kawasan tersebut mudah untuk dibina rumah selain ramai masyarakat Sulu tinggal dan menetap di kampung tersebut sejak perang di selatan Filipina pada 1974.
"Masyarakat ini telah menjadikan kampung tersebut sebagai koloni mereka yang berkembang daripada satu kampung kepada tujuh kampung dan turut bergaul dengan masyarakat tempatan," ujar beliau.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan