Jumaat, Mac 01, 2013

Masalah besar jika Nizar Lambai tidak faham makna Ketuanan Melayu?




Nampaknya Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin @ Nizar Lambai datang 'gila meroyan' lagi apabila dia menyifatkan konsep ketuanan Melayu yang diamalkan di negara ini sejak 55 tahun lalu mesti dihapuskan serta 'dihumban' keluar daripada arus politik negara.

Bila sudah rasa tertekan dengan krisis dalaman PAS sekarang, Nizar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang itu mendakwa, konsep ketuanan Melayu hanya menanam sifat kebencian terhadap kaum sekali gus membawa kepada ketidakadilan dan kezaliman.

Tak tahulah mengapa tiba-tiba Nizar Lambai mahu 'menghumban' ketuanan Melayu. Adakah Nizar tidak suka mengaku dirinya Melayu ataupun Nizar bukanlah 'Melayu sejati'? Atau adakah Nizar tidak faham dengan apa yang dikatakan 'ketuanan Melayu' itu sendiri?

Sambil menggunakan petikan Surah Al-Maidah ayat 8, Mohammad Nizar ketika menyampaikan kuliah Maghrib di Surau Fasa 3B Manjung di sini malam tadi berkata, konsep ketuanan Melayu tidak dibenarkan Islam.

"Allah kata Aku tidak terima ketidakadilan. Melayu ditanam sifat benci kepada Cina dan India, Cina ditanam sifat benci kepada Melayu dan India, India ditanam sifat benci kepada Cina dan Melayu.

"Setelah 55 tahun berlalu, kita lihat ketidakadilan ini berlaku. Kalau hendak bawa kembali kepada takwa, hilangkan ketuanan Melayu. Dalam Islam, yang hanya dibenarkan adalah ketuanan syarak," katanya.



Mohammad Nizar turut mendakwa, prinsip ketuanan Melayu tidak tercatat dalam sumber berasaskan al-Quran mahupun as-Sunnah, justeru konsep itu harus 'dihumban keluar'. Sama juga sewaktu Nizar menjadi Menteri Besar Perak buat seketika, semasa didalam sidang DUN, dia mencabar supaya sesiapa dapat buktikan yang PAS mahu menegakkan negara Islam PAS!

Mengambil contoh kaum 'Ad dan Thamud, pemimpin Pas itu menegaskan, sesuatu bangsa itu tidak pernah mempertahankan agama, sebaliknya agama yang sepatutnya membela bangsa.

Dalam kuliah maghrib itu, Mohammad Nizar juga mengambil kesempatan menyeru orang ramai supaya membuat keputusan yang betul pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan memilih kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah.

"Di akhirat nanti, Allah nak tanya kita. Soalan pertama siapa tuhan kamu? Soalan kedua siapa kerajaan yang memerintah hari ini? Boleh semak surah ke-40 ayat 16," ujarnya.

Mungkin juga kita tertanya-tanya, apakah salah dan hina Ketuanan Melayu jika ia tidak pun menindas orang lain, apatah lagi merampas harta benda dan hak orang bukan Melayu sebagai penduduk negara ini.

Jika Nizar mengatakan isu Ketuanan Melayu yang menjadi masalah kepada orang muda dari kaum Cina dan India, Nizar perlu bertanya balik pada diri sendiri mengapa ketuanan Melayu itu menjadi salah satu perjuangan UMNO. Malahan sebahagian orang muda Melayu sendiri hari ini sudah tidak faham makna ketuanan Melayu termasuklah Nizar sendiri!

Nizar perlu tahu yang Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini 'Tuan' dan bukan Melayu sebagai 'Hamba'. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu. Apakah ini yang Nizar mahu humbankan?

Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu adalah untuk mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu.

Hanya kerana generasi hari ini tidak memahami makna dan maksud Ketuanan Melayu, bukan bermakna ia tidak lagi relevan. Apakah hanya kerana ia dijadikan isu bagi menunjukkan UMNO sebuah parti perkauman, maka kita mahu lari dari tuduhan dengan menukar arah perjuangan kita.



Tidak ada salah dengan kenyataan atau laungan mempertahankan Ketuanan Melayu sekiranya kita memberi kefahaman yang tepat kepada orang ramai. Mempertahankan Ketuanan Melayu merupakan mempertahankan asas-asas Perlembagaan Negara. Apakah perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan yang berunsur perkauman?

Ketuanan Melayu tidak pernah menindas bangsa lain atau menjadikan bangsa lain sebagai hamba. Mungkin hanya Nizar yang berprasangka sedemikian? Selama berpuluh tahun UMNO membawa perjuangan Ketuanan Melayu tidak ada satu bangsa pun yang ditindas atau menjadi hamba. Kita melihat begitu ramai orang bukan Melayu yang menikmati kemajuan pesat negara, malah dalam banyak keadaan kaum bukan Melayu meraih kek ekonomi yang lebih besar berbanding orang Melayu.

Masalah kita hari ini, mungkin terdapat ramai yang tidak memahami erti ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan termasuklah Nizar sendiri. Mungkin kerana tertekan, Nizar cuba membangkitkan isu perkauman supaya orang Cina dan India bangkit membenci orang Melayu seperti mana yang berlaku pada peristiwa 13 Mei 1969. Adakah ini yang Nizar mahukan?

Siapa yang cuba menanam sifat kebencian sesama kaum kalau bukan Nizar sendiri. Nasihat penulis buat Nizar, jangan cuba bermain dengan api,kelak membakar diri. Pasal pulut santan binasa, pasal mulut badan binasa! Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Fikir-fikirkan lah. Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

  1. PENIPUAN NIJAR BEROK DALAM KULIAH MAGHRIB TERSEBUT

    Dalam kuliah maghrib itu, Mohammad Nizar juga mengambil kesempatan menyeru orang ramai supaya membuat keputusan yang betul pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dengan memilih kerajaan yang tidak mengamalkan rasuah.

    "Di akhirat nanti, Allah nak tanya kita. Soalan pertama siapa tuhan kamu? Soalan kedua siapa kerajaan yang memerintah hari ini? Boleh semak surah ke-40 ayat 16," ujarnya.

    ---------------------------------

    Mari kita selidiki apa yang diwahyukan oleh Allah dalam al-Quran dari Surah al-Mukmin/Ghafir (surah ke-40):

    Dialah Yang Maha tinggi darjat kebesaranNya, yang mempunyai Arasy (yang melambangkan keagungan dan kekuasaanNya); Dia memberikan wahyu dari hal perintahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya (yang telah dipilih menjadi RasulNya), supaya Dia memberi amaran (kepada manusia) tentang hari pertemuan (Surah Ghafir, Ayat 15)

    Iaitu hari mereka keluar (dari kubur masing-masing) dengan jelas nyata; tidak akan tersembunyi kepada Allah sesuatupun dari hal keadaan mereka. (Pada saat itu Allah berfirman): Siapakah yang menguasai kerajaan pada hari ini? (Allah sendiri menjawab): Dikuasai oleh Allah Yang Maha Esa, lagi Yang Mengatasi kekuasaanNya segala-galanya! (Surah Ghafir, Ayat 16)

    Pada hari ini, tiap-tiap diri dibalas dengan apa yang telah diusahakannya; tidak ada hukuman yang tidak adil pada hari ini. Sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya. (Surah Ghafir, Ayat 17)

    Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada mereka tentang (hari kiamat) yang dekat (masa datangnya), iaitu ketika hati seseorang merasa resah gelisah, kerana cemas takut, sambil masing-masing menahan perasaannya itu. (Pada saat itu) orang-orang yang zalim tidak akan mendapat seorang sahabatpun yang boleh membelanya, dan tidak akan mendapat pemberi syafaat yang diterima pertolongannya. (Surah Ghafir, Ayat 18)

    ----------------------------------

    Bersaksi la saudara-saudari sekalian bahawa manusia yang bernama Nizar Jamaludin ini adalah seorang penipu dan penyembunyi kebenaran. Sanggup memutar belit terjemahan al-Quran hanya demi untuk memancing undi.... berhati-hatilah...

    BalasPadam