Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, Oktober 02, 2012
Suspek pijak gambar Nik Aziz,Guang Eng ditangkap! Suspek yang pijak gambar bekas pemimpin PR bagaimana pula?
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri mengesahkan pihak polis telah menahan beberapa individu yang didakwa memijak dan membuang air kecil ke atas gambar Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Berhubung laporan polis yang diterima terhadap tindakan melampau sekumpulan pemuda itu, penahanan telah dibuat bagi melengkapkan siasatan dan mengikut bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Tangkapan sudah dibuat ke atas mereka yang terlibat, manakala siasatan dan kertas siasatan pula dalam bidang kuasa PDRM.
“Tidak kiralah siapa mereka, tidak ada sesiapa akan terlepas dari tindakan undang-undang. Jadi, biar polis siasat perkara itu,”katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Lipis di sini, sebelum ini.
Beliau berkata, samada mereka yang terlibat akan didakwa atau tidak itu terpulang kepada pejabat Peguam Negara apabila siasatan kes itu selesai nanti.
TETAPI bagaimana pula dengan 'SUSPEK' yang memijak gambar bekas pemimpin Pakatan Rakyat! Masih bebas ke mereka tanpa apa-apa tindakan susulan?
Suara Politik
Taminsari
Kalau berani dan waras. Saya cabar anda yang menyokong Pas dan PKR di sini. Sila lah menafikan kenyataan tak waras saya ini :
BalasPadam" Bahawa kejayaan parti DAP menubuhkan kerajaan di Pulau Pinang dan Perak pada PRU 12 (2008) adalah berkat sokongan dan undi orang melayu PAS dan PKR ".
Sila lah menafikan....