Selasa, Oktober 02, 2012

Apabila DAP persoal PKR keluar senarai 20 menteri?



Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyenaraikan 20 pemimpin kanan parti itu yang bakal mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 terus dipersoalkan pemimpin DAP.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, senarai itu bukan keputusan bersama pimpinan tertinggi pakatan pembangkang. Malah tambahnya, mesyuarat pemimpin pakatan pembangkang sebelum ini juga tidak pernah mengeluarkan sebarang senarai berhubung jawatan tersebut.

Menurut beliau, senarai jawatan itu ketika ini bukan keutamaan kerana apa yang lebih penting adalah kemenangan pada pilihan raya umum akan datang. Senarai itu bukan ditetapkan mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang. Sudah banyak kali saya hadir mesyuarat itu, tetapi perkara tersebut tidak pernah dibincangkan.

Senarai itu tidak boleh dibuat sebelum pilihan raya diadakan. Di United Kingdom pun, senarai bakal menteri tidak dikeluarkan sebab apabila kalah pada pilihan raya, bagaimana mahu menjadi ahli (menteri) lagi," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.

Beliau mengulas tindakan PKR yang dilihat seperti mendahului pakatan pembangkang apabila menyenaraikan 20 pemimpin kanan parti itu untuk mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri sekiranya berjaya memenangi pilihan raya umum akan datang seperti yang dilaporkan akhbar baru-baru ini.

Sementara itu, ketika ditanya sekiranya kesemua 20 pemimpin kanan PKR yang disenaraikan itu menang dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bertegas melantik mereka menjadi ahli Kabinet, beliau menegaskan, pihaknya belum membuat sebarang ketetapan berhubung kemungkinan tersebut.

Apabila menang pilihan raya umum nanti baru kita buat keputusan siapa yang layak," ujarnya.

Bagaimanapun, apabila diingatkan sesiapa yang menjadi Perdana Menteri berhak memilih siapa sahaja menjadi menteri, Seng Giaw mengakui, Anwar berhak berbuat demikian jika memegang jawatan itu.

Suara Politik
Taminsari

2 ulasan:

  1. Sedih tengok kedudukan wakil Pas ... tercorot jer. tak apa lah orang menumpang kenalah sedaq diri sebelum di halau dari bernaung bawah payung DAP.

    BalasPadam