Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, Mei 17, 2012
Pak Samad Janggut merayu supaya jangan diganggu 'buah hatinya' Ambiga?
Kenyataan media oleh Pak Samad Janggut. Beliau merayu agar dihentikan segala karenah dan gangguan serta ancaman peribadi terhadap Ambiga, Pengerusi BERSIH 2.0! Masih lagi mempertikaikan pilihanraya yang bakal diadakan tidak adil, tidak bersih malah terdapat penipuan! Benarkah apa yang dikatakan oleh Pak Samad ini? Yang menang di 4 buah negeri tu masih lagi ada penipuan ke Pak Samad. Kenapa tidak pertikaikan kemenangan Pakatan Rakyat jika benar terdapat penipuan di dalam pilihanraya?
Sementara itu, sekumpulan 20 ahli Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) yang tidak berpuas hati dengan penganjuran perhimpunan Bersih 3.0, mengadakan senaman 'tonggeng' di hadapan rumah Pengerusinya, Datuk S. Ambiga di Bukit Damansara di sini pagi ini.
Kumpulan tersebut yang diketuai Presiden PVTM, Mohd. Ali Baharom tiba di kawasan perumahan itu pada pukul 8.30 pagi sebelum memulakan senaman.
Senaman selama 20 minit itu yang dipimpin oleh seorang daripada bekas komando Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) juga sebagai simbolik menentang agenda Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT) yang dibawa Ambiga.
Semasa senaman dilakukan, Ambiga keluar dari rumah membawa minuman isotonik untuk diberikan kepada bekas-bekas tentera terbabit. Bagaimanapun pelawaan itu ditolak dengan alasan sebagai bekas pejuang, senaman tersebut belum cukup membuat mereka terasa haus.
Ketika bertemu Ambiga, Mohd. Ali memberi amaran akan 'bertindak' jika wanita tersebut dan sekutunya berhasrat untuk mengadakan Bersih 4.0.
"Kami akan mengambil tindakan jika kamu mengadakan Bersih 4.0 untuk menjejaskan keamanan negara.
"Kami sebagai bekas tentera bergadai nyawa di dalam hutan untuk memastikan keamanan negara ini tetapi pihak Bersih telah bertindak sebaliknya," katanya semasa bertentang mata dengan Ambiga di sini.
Ambiga yang menerima poster mengutuknya dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim kemudian cuba menakutkan ahli PVTM dengan mengatakan mereka telah mengugutnya.
"Kamu (Mohd. Ali) telah mengugut saya, saya akan membuat laporan (polis)," katanya.
Mohd. Ali kemudian sempat mengadakan ceramah kepada ahlinya selama 20 minit sebelum beredar pulang manakala Ambiga kelihatan tidak berpuas hati terhadap tindakan PVTM..!!!
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan