Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, April 02, 2012
Projek Vale Di Lumut: Nizar Lambai tersentak Zambry Sahut Cabaran!
"Kerana beliau cabar saya, saya akan kemukakan bukti yang beliau ada membuat perbincangan dengan syarikat berkaitan mengenai persetujuan projek Vale di Teluk Rubiah,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika mengulas kenyataan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencabar beliau mengenai isu berkenaan.
Menurut Zambry, melalui pendedahan dokumen atau bukti diperkatakan akan menentukan sama ada beliau atau Nizar yang bercakap bohong.
“Terima kasih kepada Nizar kerana telah mencabar saya untuk menunjukkan dokumen itu dan sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan, sudah tentulah di tangan saya sudah mempunyai bukti.
“Apabila dokumen sudah dikemukakan, barulah rakyat tahu bagaimana seorang pemimpin boleh berbohong dan tidak rasa berdosa dengan tindakan itu.
“Beliau sendiri telah mengesyorkan kepada saya supaya menunjukkan bukti dan saya sudah pun melakukan penyiasatan mengenai isu serta projek ini.
“Beliau mendakwa tidak bersetuju projek Vale diadakan di Teluk Rubiah ketika pemerintahan Pakatan pembangkang dahulu, tetapi saya akan kemukakan bukti yang beliau ada membuat perbincangan dan terlibat dengan proses pertukaran tanah,” katanya pada sidang media ketika merasmikan Pesta Sukan dan Kebudayaan Parlimen Lenggong di sini, semalam.
Beliau berkata, dokumen berkenaan akan didedahkan apabila sudah tiba masanya yang akan dimaklumkan kemudian.
“Kita tidak mahu dokumen kerajaan dibuka sesuka hati saja kerana sebagai sebuah kerajaan, kita tidak bermain dengan politik murahan.
“Beliau cabar saya, saya akan tunjukkan dakwaan kononnya tidak pernah meluluskan projek Vale di Teluk Rubiah sedangkan beliau sebelum ini pernah menghantar surat sokongan kepada pihak tertentu,” katanya.
Zambry turut difahamkan pihak pembangkang ada membuat demonstrasi bantahan di Vale mengenai isu berkenaan semalam, namun beliau berpendapat tindakan itu bertujuan mengaitkannya dengan Pilihan Raya Umum (PRU13) seperti isu Lynas.
“Saya difahamkan ada demonstrasi di Vale dan mereka ingin menjadikannya seperti isu Lynas yang kononnya didalangi oleh badan bukan kerajaan (NGO).
“Tetapi kita lihat siapa yang datang dan ia diketuai oleh Nizar sendiri serta dianggarkan dihadiri 150 orang yang pada asalnya menyasarkan 5,000 orang,” katanya.
Jumaat lalu, sebuah akhbar telah menyiarkan kenyataan Nizar yang mengakui ada perbincangan dibuat dengan syarikat Vale mengenai pelaksanaan projek mereka tetapi tempat yang dicadangkan adalah di Tanjung Hantu, bukan Teluk Rubiah.
Katanya, Teluk Rubiah bukan lokasi yang dicadangkan untuk membangunkan projek berkenaan kerana kawasan itu merupakan pengkalan TLDM dan pusat peranginan terindah di negeri ini. Malahan katanya, bayaran premium yang dikenakan juga rendah dan tidak akan menyusahkan mana-mana pihak yang terbabit dalam projek berkenaan.
Nizar turut akui tidak gentar jika Zambry ingin mendedahkan sebarang dokumen membabitkan projek tersebut.
“Jika dia (Zambry) nak dedah, silakan, kerana apa yang saya buat sebelum ini terutamanya berhubung pemilihan tempat untuk melaksanakan projek itu dilakukan demi kepentingan rakyat.
“Sewaktu pemerintahan PR, kami memang tidak bersetuju projek tersebut dijalankan di Teluk Rubiah,” katanya.
Sejak mengambil alih teraju pentadbiran Perak pada 2009, Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir tidak pernah sunyi daripada serangan bertali arus pihak pembangkang.
Tidak cukup dasar pentadbirannya diserang membabi buta, Zambry turut dicerca malah warna kulitnya dijadikan modal politik, taktik dangkal yang mencetuskan kemarahan rakyat marhaen.
Serangan ke atas Zambry kebelakangan ini dikhabarkan semakin hebat. Ibarat serangan berangkai, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor itu diasak kiri dan kanan – dengan pelbagai cara – terbuka atau secara halus.
‘‘Semua serangan ini terarah di kawasan Zambry sendiri. Ini tidak berlaku secara kebetulan, pembangkang mahu mencalar imej Menteri Besar ke tahap paling maksimum. Mereka tahu Parlimen Lumut menjadi kawasan tumpuan dalam pilihan raya nanti,” kata seorang veteran UMNO ketika dihubungi.
Tidak hairanlah, projek kilang bijih besi syarikat Brazil, Vale S.A di Teluk Rubiah, Lumut yang dijangka menjana pelaburan mencecah AS$5 bilion (RM14.9 bilion) dijadikan sasaran. Skrip menghentam isu kilang Lynas di Pahang ‘dikitar semula’ untuk menyerang projek ini.
Bekas Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin yang paling lantang mengkritik projek tersebut mendakwa kerajaan pimpinannya sebelum ini tidak pernah membenarkan syarikat bijih besi itu meneruskan projek berkenaan.
Bagaimanapun, Zambry yang sebelum ini dilihat mengambil pendirian enggan melayan sikap hipokrasi pembangkang dalam isu tersebut, semalam tampil dengan kenyataan yang tentunya membuat Mohammad Nizar tersentak.
Zambry menegaskan, pihaknya bersedia mendeklasifikasikan dokumen-dokumen sulit kerajaan bagi membuktikan Pesuruhjaya Pas itu bersetuju meneruskan projek tersebut ketika menjadi Menteri Besar.
‘‘Bukan amalan kita mendedahkan dokumen sulit tetapi disebabkan ada ahli politik seperti ini yang mahu mengelirukan rakyat, menjadi tanggungjawab kita untuk memperbetulkannya. Ini fitnah besar terhadap pentadbiran saya, orang ramai perlu tahu perkara sebenar,” tegas Zambry.
Sama-samalah kita tunggu dan lihat pembongkaran 'rahsia tersembunyi' ini dari Dr.Zambry nanti. InsyaAllah.
Suara Politik
Taminsari
APA TUNGGU LAGI, TAKUT KE?????
BalasPadam... POLITIK API MESTI DITENTANG DENGAN API ............ witera
Bila projek ni nak start?
BalasPadamRakyat (saya) cuma nak menumpang mencari rezeki dengan berkerja di sektor pembinaan atau penyelenggaraan kelak..
m&e coordinator.sr supervisor
mohdhamri@gmail.com