Isnin, April 16, 2012

Perhimpunan PTPTN yang GAGAL semalam dirancang oleh pelajar yang dapat CGPA rendah?


Pihak yang sanggup menyertai perhimpunan PTPTN yang GAGAL semalam tidak lain dan tidak bukan adalah golongan peminjam PTPTN yang ingin lari daripada membayar hutang. Jalan mudah adalah dengan menyokong idea pembangkang ( memansuhkan PTPTN ) walaupun kedengaran tidak logik sama sekali.

Mustahil pihak yang tiada kena mengena dengan PTPTN ingin membuang masa menyertai perhimpunan tersebut semalam. Lagi pun PTPTN bukan diwajibkan untuk setiap pelajar institusi pengajian tinggi. Ia pilihan pelajar sendiri sama ada ingin meminjam atau tidak.

Sekiranya anda berkemampuan usahlah memohon PTPTN. Sememangnya PTPTN hanya disediakan untuk mereka yang tidak berkemampuan. Justeru, tiada sebab untuk berdemonstrasi atau berhimpun.

Sekiranya tuntutan ini ( mansuhkan PTPTN ) dipenuhi, bagaimana pula dengan mereka yang berjaya membayar balik pinjaman tersebut? Kelihatan di sini ia tidak adil. Maka dari sinilah kelihatan betapa tidak masuk akal sekali tuntutan dan idea karut pembangkang.

Hairan sekali masih ada pihak yang terjerat dengan janji tersebut. Usahkan PTPTN yang memakan belanja berbilion-bilion ringgit ( jika dimansuhkan ), janji-janji pembangkang yang tidak seberapa pun sehingga kini tiada ura-ura akan dilaksanakan.


Bahkan rakyat semakin tertekan dengan pembangkang gara-gara terlalu sibuk berpolitik sehingga lupa janji mereka sendiri. Betapa ceteknya minda dan pemikiran mereka ini sehingga tidak tahu membezakan antara janji yang benar dengan janji palsu.

Mungkin rakyat dan juga pelajar-pelajar yang berdemo secara biadap dan kurang ajar ini terlupa siapakah yang sebenarnya meluluskan PTPTN ini? Walaupun Anwar sekarang sudah berumur 65 tahun, namun jika nak dibandingkan dengan Nik Aziz, nampaknya Anwar ternyata lebih nyanyuk!

Anwar didalam ceramahnya saban hari mengatakan PTPTN membebani pelajar! Kerajaan dilihat zalim kerana melaksanakan PTPTN! Mungkin Anwar terlupa bahawa dialah merupakan individu yang bertanggungjawab meluluskan penubuhan PTPTN pada 1 Julai 1997.

Pada ketika itu Anwar memangku jawatan Perdana Menteri ( Tun bercuti selama 2 bulan ) dan ketika itu dia juga adalah Menteri Kewangan! Nampak sangat Anwar mudah lupa tentang apa yang telah diluluskan sebelum ini! Bukankah Anwar terpaksa menjilat semula ludahnya?

Sedarlah wahai penyokong pembangkang, anda pasti tertipu dan sememangnya sudah lama anda tertipu dengan pembangkang. Mereka ( pembangkang ) sanggup menjanjikan bulan dan bintang walaupun tahu ia mustahil.

Oleh itu, pada mereka menumbangkan kerajaan untuk memerintah adalah misi utama. Menunaikan janji tiada dalam rangka kerja mereka dan sehingga kini masih tidak tercatat dalam kamus jingga mereka.

Mak ai..aku terlupa pulak yang aku luluskan PTPTN tu..kantoi..!!!











Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

  1. Adat Berguru Kepalang Ajar... Adat Berhutang Kenalah Bayar!!

    Menjawab Isu Kubur 1 Malaysia Di Pekan

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. bengong sungguh nate Belantan..anjing UMNO sampai kiamat.

    BalasPadam