Selasa, April 10, 2012

Isu banjir - Lagi usaha MB Khalid Jamban nak salahkan pihak lain?

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diingatkan supaya tidak menuduh kerajaan Pusat kononnya tidak memberi peruntukan untuk membantu mengatasi masalah banjir yang melanda negeri itu bulan lalu sedangkan permohonan untuk tujuan tersebut masih belum dikemukakan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, perbuatan itu amat tidak bertanggungjawab dan meletakkan kepincangan pentadbiran kerajaan negeri yang lemah kepada pihak lain apabila berdepan dengan masalah.

"Mereka ada buat kenyataan yang menyalahkan saya tidak membantu kerajaan negeri untuk mendapatkan peruntukan lebih RM1 bilion.

"Apabila saya rujuk kepada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas, beliau kata permohonan itu belum dibuat.

"Dalam hal ini juga ia sesuatu yang mengelirukan kerana salah seorang Exco kerajaan Selangor kata dah hantar permohonan kepada kerajaan Pusat dan hari ini pula, Menteri Besar Selangor pula kata baru nak mohon dan bawa ke peringkat Exco negeri. Jadi mana satu yang betul ni dan nak diikut?

"Ini semua menunjukkan kelemahan pentadbiran kerajaan Selangor, sepatutnya dia rancang lebih awal lagi dan bukan keluar kenyataan yang bercanggah," katanya pada sidang akhbar selepas melawat ladang Projek Pertanian Moden di sini hari ini.

Beliau mengulas masalah banjir di Ampang, Hulu Langat dan Klang yang berlaku bulan lalu, antaranya berpunca dari masalah sungai yang semakin cetek, sistem perparitan tersumbat dan penyenggaraan yang tidak teratur.

Noh berkata, kenyataan bercanggah yang dikeluarkan itu menunjukkan pihak pentadbiran kerajaan negeri tidak tahu apa yang dikatakan, khususnya melibatkan kepentingan rakyat seperti itu.

Menurutnya, kerajaan Pusat sedia menimbangkan permohonan tersebut dan sepatutnya kerajaan negeri mewujudkan satu sistem pemantauan terhadap perkembangan masalah itu dan bukan hanya tahu menuding jari kepada pihak lain apabila tersepit. Sila klik di sini.

Bagi Belantan agak pelik juga apabila Khalid mahu memohon bantuan sebanyak RM1 billion dari kerajaan pusat untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Selangor, sedangkan dalam sidang DUN baru-baru ini beliau dengan bangganya mengistiharkan yang kerajaan negeri ada simpanan sebanyak lebih RM1 billion?

Adakah simpanan ini bakal digunakan sebagai dana untuk menghadapi PRU ke-13 tidak lama lagi? Hanya Khalid Ibrahim sahaja yang dapat menjawabnya! Fikir-fikirkanlah..!!!















Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan