Khamis, Januari 12, 2012

Kompleks PKNS Shah Alam Telah Dijual!



Satu masa dahulu, jika kita sebut sahaja Shah Alam kepada kepada orang-orang luar dari kawasan itu dua perkara yang akan muncul dalam fikiran mereka atau atau terpacul keluar dari mulut mereka.

1) Kompleks PKNS Shah Alam.

2)Bulatan-bulatan yang banyak di sekitar ibu negeri Selangor itu.

Apabila sebut sahaja Kompleks PKNS, maka kita semua akan terbayang-bayang kemeriahan urusan jual beli di dalamya. Apatah lagi di bulan Ramadhan atau di musim baru persekolahan. Berebut-rebut peniaga hendak berniaga di sana dan berduyun-duyun pengunjung yang berkunjung ke sana.

Ianya menjadi tumpuan orang ramai kerana kebanyakan harga-harga yang dijual oleh peniaga-peniaga di sana masih lagi murah berbanding dengan kompleks-kompleks membeli belah yang lain.

Salah satu sebab barangan dapat dijual dengan murah adalah kerana kadar sewa premis perniagaan oleh para peniaga daripada PKNS juga murah. Walaupun kadar sewa yang murah, ianya tetap tidak merugikan PKNS.

PKNS masih lagi dapat menampung segala kos operasi serta kos-kos lain dan mampu mencatatkan keuntungan bersih sekitar 4 % setahun. Itulah salah satu peranan kerajaan membantu rakyat melalui anak syarikat kerajaan. Kerajaan tak rugi, peniaga untung dan rakyat gembira.

Itu cerita lama atau pun lebih tepat lagi, itu di zaman pemerintahan BN. Kini setelah lebih tiga tahun diperintah PKR semua itu sudah berubah awal tahun ini.

Bermula pada 1 Januari tahun ini kadar sewa premis-premis perniagaan telah dinaikkan. Difahamkan kadar sewanya naik hampir sekali ganda. Apabila kadar sewa dinaikkan, peniaga tiada pilihan lain melainkan menaik harga barangan yang dijual. Siapa yang akan menanggung beban ? Sudah tentulah kita semua yang menanggung bebannya.

Hendak disalahkan kepada peniaga tidak boleh kerana mereka terpaksa menaikkan harga. Jika mereka kekal menjual dengan harga lama sudah tentu mereka akan menanggung kerugian. Puncanya kepada segala masalah adalah PKNS dan Kerajaan Selangor.

Sudah tentu anda semua tertanya-tanya kenapa harga sewa dinaikkan ?

Pada bulan September 2010 PKNS telah menjual Kompleks PKNS Shah Alam, SACC Mall Shah Alam dan Menara PKNS Petaling Jaya kepada Amanah Raya. Selepas dijual , Amanah Raya masih lagi mengekalkan PKNS untuk menguruskan bangunan tersebut, termasuk untuk mengutip sewa dari peniaga-peniaga.

Untuk meyakinkan Amanah Raya supaya membeli Kompleks PKNS , pihak PKNS telah berjanji kepada Amanah Raya keuntungan bersih yang boleh dicatatkan adalah sebanyak 7.5 % setahun. Kadar ini sama seperti keuntungan yang dicatatkan oleh pusat-pusat membeli-belah yang besar-besar. Sedangkan kadar yang dicatatkan oleh PKNS semasa bangunan itu menjadi milik mereka adalah 4 % setahun, kerana mereka menyewakan premis dengan harga rendah.

Untuk mencapai sasaran keuntungan bersih 7.5 % setahun darimana datangnya hasil ? Sudah tentulah dengan menaikkan kadar sewa.Ini kerana hasil utama sesebuah kompleks adalah dari sewa premis.

Daripada 4 % kepada 7.5 % , ianya hampir 100 %. Ini bermakna kadar sewa akan dinaikkan kepada hampir 100 %.

Contoh, Si A menyewakan rumahnya kepada salah seorang sahabatnya yang dikenali sebagai si B dengan kadar RM 800 sebulan. Kalau nak diikutkan Si A boleh sewakan melebihi kadar itu, tetapi apabila mengenangkan si B adalah sahabat lamanya maka dia sewakan dengan harga RM 800 sahaja dan hasil daripada sewa yang diterimanya , si A membayar pinjaman bank sebanyak RM 600 sebulan dan si A masih mendapat untung sebanyak RM 200 .

Kemudian si A memerlukan wang tunai dan dia hendak menjual rumahnya ke si D. Untuk meyakinkan si D agar membelinya, si A berkata kepada si D rumahnya telah ada penyewa dan si D bakal mendapat keuntungan RM 400 sebulan setelah ditolak pinjaman bank sebanyak RM 600.

Untuk membolehkan si D mendapat keuntungan RM 400 sebulan sepertimana yang dinyatakan oleh si A, tiada pilihan lain melainkan dengan menaikkan kadar sewa terhadap si B sebagai penyewa. Itulah yang berlaku kepada kepada peniaga-peniaga di Kompleks PKNS Shah Alam sekarang!

Sejak mengambil alih negara dan negeri dari penjajah, pelbagai usaha dan pembangunan yang dilakukan oleh BN membangunkan negara dan negeri dan seterusnya menolong rakyat jelata. Bukan setahun, bukan dua tahun BN berusaha, tetapi puluhan tahun. Masuk PKR, DAP dan PAS memerintah Selangor tiga tahun semua yang ada hendak dijualnya. Jangan kata mereka nak tambah, tapi yang ada pula mereka kurangkan.

Itu di Selangor yang baru tiga tahun, di Kelantan yang sudah 20 tahun , semua bukit-bukit sudah gondol kerana balak semua telah ditebang. Itu belum lagi dikira tentang penjualan bangunan-bangunan oleh Kerajaan Pas Kelantan. Antaranya Hotel Perdana dan Pasar Lama MPKB. Bolehkah parti seperti itu diharapkan untuk memerintah negara ?

Dua belas tahun dulu, bekas Presiden Pas, Fadzil Noor pernah berkata, jika mereka memerintah Malaysia mereka akan jual Putrajaya. Nampaknya apa yang diungkapkan oleh arwah telah menjadi kenyataan sekarang di negeri-negeri yang mereka perintah. Apa yang ada semuanya hendak dijual. Jika ditakdirkan mereka diberi peluang memerintah negara, kemungkinan kita semua juga akan dijual oleh mereka.

Sedarlah wahai rakyat Selangor. Sedarlah bahawasanya pemimpin yang memerintah negeri Selangor sekarang ini adalah penyangak besar. Mereka akan kaut dan mereka akan sapu semua yang ada. Apabila telah habis mereka akan berlalu pergi dan tinggalkan negeri ini dalam keadaan yang telah rosak.

Yang akan menanggung bahananya kelak adalah rakyat jelata. Tidak perlulah anda semua hendak percaya dengan kata-kata dan mulut manis si penyangak yang berlagak baik. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan