Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, November 04, 2011
Adakah Seksualiti Merdeka tidak merdeka!
Penganjur acara budaya seks bebas dan songsang, Seksualiti Merdeka 2011 seperti Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) serta pesertanya dilihat sebagai kumpulan yang terkeliru dan cuba mengelirukan orang ramai dengan menggunakan perkataan 'merdeka' pada nama program itu.
Keadaan itu amat menyedihkan kerana golongan cerdik pandai seperti artis, pelukis, penceramah, peguam, pakar perubatan serta sebahagian golongan elit tersebut dilihat jahil kerana terpengaruh dengan pemikiran liberal walhal ia jelas bertentangan dengan norma asas kehidupan manusia.
Selain dari itu, budaya seks bebas serta songsang yang diperjuang mereka menyalahi nilai kebanyakan agama di dunia terutama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu. Golongan ini bijak memilih perkataan 'merdeka' seumpama mereka dijajah dan didiskriminasi kerajaan serta golongan agama.
Namun realitinya golongan inilah yang sebenarnya dijajah oleh pemikiran kuning budaya Barat yang sebelum ini tidak pernah digembar-gemburkan di rantau Asia!
Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam hingga 13 November ini bertujuan menjadi platform kepada usaha menghalalkan budaya seks bebas dan songsang di negara ini khusus buat golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dengan mengajak kelompok itu tampil berkongsi pandangan.
Walaupun telah dimulakan sejak 2008 dalam skala kecil, program tahun ini dibuat dengan lebih meriah merangkumi acara seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.
Antara nama program menjijikkan yang tersenarai sepanjang ia berlangsung termasuk 'Confessions Cabaret, Rainbow Massacre-Love Out Loud!, Policing Sexuality: Sex, Society & The State; The Transexual VS The Ministry of Population Control.'
Selain itu, ia turut memuatkan program 'Defence Against The Dark Hearts: Homophobia 101; Under A Rainbow Roof: The Siti & Pepper Show; Fierce & Fabuluos: Shel;ah's Finishing School for Drag Queens; Human Rights for LGBTIQ: Making It Real in Malaysia dan justice For Sisters: Nyah Rights Now!'
Program seumpama itu pasti menyumbang kepada penyebaran penyakit seksual seperti HIV dan AIDS serta penyakit kelamin lain dalam negara. Seksualiti Merdeka 2011 perlu disekat kerana ia bertentangan dengan akidah Islam serta kepercayaan agama lain kerana jelas melanggar fitrah kejadian manusia.
Melalui program ini juga, dikhuatiri fahaman liberal semakin tersebar dan akhirnya menyebabkan keracunan kepada masyarakat! Sebenarnya program ini mempunyai matlamat yang lebih besar daripada sekadar mempromosikan seks sejenis atau membela hak asasi kumpulan lesbian, biseksual,gay dan transgander (LBGT). Program itu sebaliknya cuba menggerakkan usaha supaya Seksyen 377A-D Kanun Keseksaan yang mengharamkan liwat dan seks songsang dihapuskan.
Sepertimana yang kita sedia maklum, ini adalah seksyen dimana Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dikenakan pertuduhan meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar pada 1998 dan pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008. Seksyen 377A-D ini adalah satu peruntukan yang melarang amalan seks songsang dan luar tabii seperti seks melalui dubur samada antara lelaki dengan lelaki, lelaki dengan wanita ( termasuk isteri sendiri ) atau samada paksa termasuk dengan haiwan!
Program itu juga berniat jahat apabila cuba mengelirukan orang ramai dengan nama canggih iaitu Seksualiti Merdaka bagi mempromosi festival seks bebas. Jauh disebalik itu, mereka sebenarnya cuba memburuk-burukkan dan memperlekeh Malaysia di peringkat antarabangsa kononnya tidak memberi ruang yang adil dan saksama kepada perjuangan hak asasi manusia dinegara ini!
Wallahuallam.
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan