Agak menarik dengan isu yang menjadi perbualan hangat sekarang. Konsert penyanyi terkenal Elton John yang dijadualkan berlangsung di Genting Hihglands pada 22 November depan mendapat bantahan PAS.
Pemuda PAS Pahang dilaporkan menggesa agar konsert itu diharamkan kerana Elton John mengamalkan budaya gay yang dikhuatiri memberi kesan negatif kepada generasi muda negara ini!
Terbaru, isu itu mencetuskan perbezaan pandangan dalam pakatan pembangkang. Para pemimpin DAP dan PKR mempersoalkan pendirian PAS sambil menyokong konsert tersebut. Malah pemimpin DAP memberi kata dua agar PAS tidak memaksa nilai-nilainya ke atas pihak lain.
Elton John telah berkahwin dengan pasangannya, David Furnish pada 2005 selepas perkahwinan sejenis dibenarkan di Britain. Persembahan di Genting Highlands itu nanti merupakan yang pertama di Malaysia.
Penulis tidak menyokong atau membantah tetapi tertarik dengan isu tersebut atas banyak sebab. Salah satunya, ialah mengapa PAS tidak melihat ke dalam negara sendiri? Kuman di seberang laut nampak, gajah di depan mata tidak nampak.
Bukankah di Malaysia ada pemimpin yang kita ketahui biseksual tetapi terus mendapat sokongan parti-parti tertentu. Sampaikan ada yang taksub. Tidak perlu dinyatakan siapa, sendiri boleh tahu. Tepuk dada, tanya selera. Fikir-fikirkanlah.
Suara Politik
Taminsari
APA UNTUNGNYA ISLAM/MELAYU KALAU ELTON JOHN DATANG MALAYSIA ?. KALAU TAK UNTUNG, JANGAN BENAR IA MASUK.
BalasPadambukan soal untung atau tidak.. ini soal kenapa nak mengamuk tak tentu pasal disebabkan elton john seorang gay?
BalasPadamya dia seorang gay tp tahukah anda di Malaysia terdapat komuniti GAY. jika nak halang elton john masuk malaysia lebih baik kita BERSIH kan dlm negara dahulu then baru kita halang gay dari luar negara masuk.