Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, November 30, 2011
Akhirnya Setiausaha DAP Perak mohon maaf kerana hina MB Perak!
Setelah dikecam hebat, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming hari ini memohon maaf kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir kerana menggelarkannya ‘hitam metalik’.
"Kepada semua pihak yang tersinggung dengan kenyataan saya itu termasuk Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, saya ingin memohon maaf,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pantai Remis, dilaporkan berkata demikian dalam satu ceramah di Perak pada 9 Nov. lepas.
Kenyataannya itu dibidas pelbagai pihak termasuk ahli politik dan badan-badan bukan kerajaan yang menganggap ianya berbaur perkauman dan menghina mereka yang berkulit hitam.
Dalam permohonan maafnya itu, Kor Ming bagaimanapun berkata, kenyataannya mengenai ‘hitam metalik’ itu telah disalah tafsir kerana beliau hanya merujuk kepada pengambilanalih kerajaan negeri Perak oleh Zambry dan Barisan Nasional yang dianggapnya tidak sah.
"Secara peribadi, saya tidak membenci Dr Zambry. Saya anggap semua rakyat Malaysia sebagai saudara,” katanya.
Insiden berlaku semasa persidangan DUN Negeri Perak baru-baru ini apabila Kor Ming berkeras menafikan yang beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian. Ianya bermula apabila Datuk Khusairi Abdul Talib (BN-Slim) pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak mendakwa Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) mencaci peribadi Zambry dalam ceramah-ceramah beliau dengan menggelar Menteri Besar Perak itu 'Zambry Hitam Metalik'. ( sila rujuk kepada rakaman video diatas )
Ungkapan biadab yang diucapkan oleh Kor Ming itu berbunyi: Perak ada Menteri Besar hitam metalik yang haram jadah itu masuk dari pintu belakang naik kapal selam dari Pangkor.
Beliau turut mendakwa mempunyai bukti rakaman video untuk menyokong tuduhan itu dan akan menyerahkannya di luar DUN. Ekoran itu, Koo Ham bangkit mencabar Khusairi supaya menyatakan ceramah yang mana satu atau menarik balik kenyataan tersebut.
"Ini merupakan tuduhan melulu dan satu fitnah. Pangkor (Zambry) pun tahu saya tidak pernah mencaci peribadi seseorang," tegasnya.
Speaker DUN, Datuk R. Ganesan kemudian meminta Khusairi menarik balik tuduhan terhadap ADUN Sitiawan itu selepas beliau gagal memberikan jawapan kepada Koo Ham. Zambry turut meminta Khusairi menarik balik kenyataan itu kerana katanya, Koo Ham tidak pernah mencaci secara peribadi tetapi cuma dari segi dasar.
Saya tidak ambil berat sangat cacian terhadap saya termasuk warna kulit. Bayangkan kalau saya sebagai Menteri Besar memanggil ADUN Pantai Remis dengan warna kulit serta bentuk matanya, sudah tentu akan dicanang satu Malaysia yang saya rasis.
Bagi penulis, Kor Ming seharusnya cermin diri, jika diri sendiri juga mempunyai kelemahan mengapa mahu memperkecilkan keperibadian orang lain. Jika kenyataan sedemikian keluar daripada mulut pemimpin Barisan Nasional (BN), pasti kita akan dituduh parti rasis dan dijadikan isu untuk menghentam semula kerajaan!
Begitu rendah mentaliti seorang pemimpin DAP! Kenyataan Kor Ming itu mencerminkan sikap kebudak-budakan pemimpin pembangkang apabila menjadikan isu fizikal pemimpin lain sebagai senda politik mereka.
Suara Politik
Taminsari
Sabtu, November 26, 2011
Salam Maal Hijrah
HIJRAH satu PERJALANAN. HIJRAH satu PERJUANGAN. HIJRAH satu PENGORBANAN. HIJRAH membentuk PERPADUAN. Sambil mengingati peristiwa Hijrah Rasulullah SAW, saya mengingatkan diri sendiri & menyeru sahabat supaya sentiasa berhijrah ke arah kebaikan. Bermaksud kita memperbaiki kelemahan diri masa ke masa. Kerana kita insan yang biasa. Selamat Menyambut Tahun Baru 1433 Hijrah.
Ikhlas Dari : Taminsari
Demonstrasi satu 'jenaka' - Noh!
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim disifatkan sebagai wakil rakyat yang 'tidak cukup akal' apabila mengadakan demonstrasi kononnya wujud ketirisan dalam pengagihan insentif hasil padi kepada petani sebanyak RM110 juta baru-baru ini.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan wakil rakyat DAP itu sebenarnya tidak lebih hanya satu bentuk 'jenaka' pakatan pembangkang yang tidak memahami apa yang terkandung di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 mengenai kedudukan insentif tersebut.
Ini kerana katanya, apa yang dinyatakan dalam laporan tersebut mengenai peruntukan sebanyak RM110 juta sebenarnya adalah tunggakan pembayaran insentif peningkatan hasil padi yang masih belum dibayar kepada para petani dan bukannya satu ketirisan seperti yang didakwa oleh Suee Lim.
''Bagaimana pula pembangkang (Suee Lim) boleh mendakwa berlaku ketirisan dalam pembayaran insentif peningkatan hasil padi ini sedangkan tiada pembayaran dilakukan dalam tempoh itu.
''Jumlah itu sebenarnya adalah tunggakan yang masih belum dibayar kepada petani dan kementerian juga menjangkakan sebanyak RM117 juta akan ditambah kepada tahun ini untuk insentif tersebut yang kita akan laksanakan pembayarannya.
''Saya fikir, beliau (Suee Lim) tidak faham mengenai perkara ini tetapi kemudian menghasut orang ramai mengadakan demonstrasi untuk mencari populariti politik dengan memburuk-burukkan kerajaan. Ini menunjukkan wakil rakyat DAP tersebut tidak cukup akal, tidak mahu berfikir," katanya.
Noh berkata, pada tahun depan, kementeriannya juga akan menambah peruntukan sebanyak RM80 juta untuk pembayaran tunggakan insentif peningkatan hasil padi berikutan pertambahan hasil pengeluaran tanaman itu yang dijangka positif pada tahun depan.
Pada 22 November lalu, Suee Lim dilaporkan mengadakan perhimpunan bersama-sama sekumpulan pesawah di sekitar Sekinchan, Sungai Burung dan Sungai Panjang dan menuntut Noh meletak jawatan sebagai menteri.
Tuntutan itu dibuat kononnya Noh gagal membela nasib kaum petani dan pesawah di daerah tersebut serta tidak mengendahkan nasib para pesawah untuk menambah subsidi padi.
Suee Lim turut mendakwa berlaku ketirisan wang RM110 juta di bawah skim peningkatan hasil padi oleh kementerian berkenaan.
Sikap atau perangai sebenar ADUN Sekinchan ini boleh dibaca disini : Masihkah-kita-ingat-adun-dap-langgar.
Suara Politik
Taminsari
Khamis, November 24, 2011
Sultan Selangor Tegur Aziz Bari!
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa dukacita berhubung kenyataan Prof Dr Abdul Aziz Bari, yang mengatakan akaun Majlis Agama Islam (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak diaudit.
Baginda bertitah kenyataan pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu adalah tidak tepat.
Tuanku turut menasihatkan Aziz agar tidak membuat sebarang kenyataan kerana ia mengundang kekeliruan dan keresahan di kalangan rakyat terhadap integriti MAIS dan Lembaga Zakat Selangor.
Titah baginda, Aziz perlu mendapatkan fakta yang tepat dan betul sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.
“Beta sangat dukacita apabila dimaklumkan terdapat satu laporan yang menyatakan bahawa Prof Aziz ada membuat kenyataan bahawa akaun MAIS dan LZS tidak diaudit dan bebas daripada diaudit.
“Kenyataan beliau ini adalah tidak tepat kerana Beta disembah maklum bahawa akaun MAIS dan akaun LZS telah diaudit oleh Jabatan Audit Negara dan mendapat Sijil Bersih daripada Ketua Audit Negara pada setiap tahun serta akan terus diaudit oleh Jabatan Audit negara pada tahun-tahun akan datang.
Integriti MAIS
“Beta harap Prof Aziz jangan membuat sesuatu kenyataan yang boleh mengelirukan dan meresahkan rakyat terhadap ketelusan dan integriti MAIS dan LZS sebelum mendapatkan fakta-fakta yang tepat dan betul,” titah baginda.
Baginda menyampaikan titah berkenaan ketika merasmikan Wisma Audit Negeri Selangor di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dan Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (Adun) lain.
Aziz dalam laporan media 11 November lalu dilaporkan berkata, Sultan Selangor telah melampaui kuasa dengan menitahkan Adun untuk meluluskan rang undang-undang tanpa dibahaskan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Julai lalu.
Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Sultan Selangor semua Adun meluluskan pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011 yang membolehkan MAIS mengelak dari diaudit oleh jawatankuasa audit awam.
Aziz yang juga seorang pakar perlembagaan berkata, perlembagaan tidak memberikan apa-apa kuasa kepada Sultan.
Beliau merujuk kepada Perlembagaan Persekutuan – Perkara 3 (2) dan Seksyen 1 (2) (d) Jadual Kelapan – dengan jelas menyatakan bahawa walaupun Sultan mempunyai kuasa budi bicara dalam hal Ehwal Islam dan Agama Melayu, namun ia tidak menyentuh aspek perundangan.
MAIS bidas laporan
Sementara itu, Selasa lalu MAIS menjelaskan dakwaan bahawa laporan kewangan tahunan tidak perlu diaudit adalah tidak tepat.
Pengerusi MAIS, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata laporan kewangan tahunan MAIS disatukan telah disediakan dan dikemukakan kepada Ketua Audit Negara setiap tahun dan MAIS dari 1997 hingga 2010 telah mendapat pengiktirafan sijil bersih melalui Sijil Ketua Audit Negara.
Beliau merujuk kepada laporan berita FMT berkenaan pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011.
Pada 10 November, FMT melaporkan bahawa pindaan peruntukan Rang Undang-Undang Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2011 membolehkan MAIS mengelak dari diaudit oleh jawatankuasa audit awam. - AIDC
Suara politik
Taminsari
DUN Sarawak dengan Selangor berbeza : Noh Omar!
Siaran Akhbar
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak perlu tidak menjadikan Pilihan Raya Negeri Sarawak sebagai contoh untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor kerana hanya memperlihatkan pengetahuannya yang cetek.
Bagi saya, agak menghairankan apabila Abdul Khalid sebagai seorang pemimpin Kerajaan Negeri tidak memahami perkara asas mengenai pembubaran Dun dengan menjadikan Sarawak sebagai perbandingan.
‘Tarikh luput’ DUN Sarawak berakhir pada 21 Julai tahun ini manakala tarikh akhir bagi pembubaran Parlimen adalah pada 24 April 2013 dan negeri itu baru sekali mengadakan Sidang Dun.
Contoh yang diberikan Abdul Khalid itu tidak masuk akal kerana tarikh tamat DUN di negeri itu tidak sama, bezanya hampir dua tahun dengan pembubaran Parlimen. Negeri itu pula baru sahaja selesai pilihan raya negeri, takkan hendak dibubarkan.
Kalau buat dua kali pilihan raya, kos akan lebih tinggi dan menyusahkan rakyat untuk mengundi. Abdul Khalid sepatutnya mengikut langkah Kerajaan Kelantan yang turut membubarkan Dun sama seperti tarikh pembubaran Parlimen sejak Pas memerintah negeri itu.
Abdul Khalid berkata demikian dalam sebuah akhbar yang menegaskan pendirian bahawa Selangor tetap tidak akan membubarkan DUN sehingga Jun 2012 walaupun dikritik banyak pihak.
Abdul Khalid turut mempersoalkan mengapa tindakan Sarawak yang mengumumkan pilihan raya secara berasingan sebelum ini tetapi tidak dijadikan isu sebagaimana di Selangor.
Sebelum ini beliau dilaporkan berkata, kerajaan Negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.
Tindakan Kerajaan Negeri pimpinan pakatan pembangkang itu jelas menunjukkan mereka takut dengan bayang-bayang sendiri kerana sudah seronok berkuasa dan tidak yakin mampu mempertahankan kemenangan di Selangor.
Rakyat memang sudah faham mengenai perbezaan Dun Sarawak dan Parlimen tetapi Abdul Khalid sengaja tidak mahu faham kerana mahu menjaga kepentingan pakatan pembangkang di negeri ini.
Sementara itu saya menyifatkan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin sebagai ‘tidak tahu berpolitik tetapi cuba berpolitik’ apabila mendakwa saya cuba menonjolkan diri dan menenggelamkan peranan Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman.
Faekah juga tidak memahami hierarki politik tetapi mahu komen tentang politik. Dia tidak faham jawatan saya sebagai Timbalan Pengerusi Umno Selangor dan jawatan Satim sebagai Ketua Pembangkang di Dun Selangor. Masing-masing ada peranan dalam pentadbiran dan politik. Jangan komen jika tidak faham kerana hanya akan memalukan diri sendiri.
Ini tidak ada dalam hierarki PKR yang sudah terbalik songsang apabila menteri besar tiada jawatan dalam parti, sebaliknya Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang juga Pengerusi PKR Selangor, Azmin Ali hanya menjadi wakil rakyat biasa dalam Dun.
Sebab itu ada desakan dari ahli parti itu agar Abdul Khalid diturunkan sebagai menteri besar. Perkara ini diakui Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ternyata pentadbiran Abdul Khalid semakin tidak dipercayai oleh ahli parti itu sendiri.
Datuk Seri Noh Omar
Timbalan Pengerusi
Badan Perhubungan UMNO Selangor
Suara Politik
Taminsari
Isnin, November 21, 2011
Anwar ..Ohhh Anwar!
Pada satu ceramah politik di Batu Pahat baru-baru ini, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tampil seperti biasa - membakar sentimen rakyat.
Strateginya juga sama, membangkitkan kebencian bukan Melayu kepada kerajaan dan UMNO. Selain itu, tidak habis-habis beliau menggambarkan Malaysia ini negara yang begitu buruk seolah-olah tidak layak dihuni. Beliau turut menggunakan ceramah seperti itu untuk mengheret rakyat agar bersimpati dengannya yang kini menghadapi perbicaraan kes liwat.
Seperti biasa, akan ada kambing hitam. Beliau menyalahkan UMNO dan kerajaan kononnya kerana membawa aib dan kezaliman. Diri sendiri yang menjadi punca dan melakukan perbuatan tidak bermoral, mengapa pihak lain yang dipersalahkan. Kita sudah tak larat nak geleng kepala.
Hendak cakap berlapik dan berkias, ada yang tidak faham-faham. Waktu ‘sedap’ melakukan aktiviti songsang, pernah orang seperti itu teringatkan rakyat atau UMNO. Apabila untuk menyelamatkan diri, baru mencari simpati rakyat dan tohmah pula UMNO.
Tetapi Allah Maha Kuasa. Rakyat juga semakin sedar dan dapat menilai siapa sebenarnya Anwar. Majlis-majlis beliau tidak lagi mendapat sambutan hangat sebagaimana dulu. Isu moral yang serius menghakis kepercayaan rakyat terhadap Anwar.
Ada info yang mengatakan bahawa jika beliau hadir program pembangkang, sudah ada kalangan pemimpin dan aktivis pembangkang, yang tidak selesa. Dalam diam mereka melihat beliau sebagai liabiliti.
Sampai hari ini Anwar masih gagal menjawab banyak persoalan berkaitan isu-isu salah laku seks termasuk bersama pelacur dan dakwaan aktiviti biseksual. Pun begitu, beliau ghairah mahu menjadi Perdana Menteri. Belum pernah dalam sejarah, rakyat Malaysia mengizinkan pemimpin yang menghadapi isu moral yang serius untuk diangkat sebagai ketua kerajaan.
Rakyat Malaysia tidaklah miskin moral dan masih kuat berpegang kepada nilai murni. Inilah kebimbangan ramai pemimpin pakatan pembangkang termasuk DAP dan Pas. Namun kedua-dua parti itu sudah bersedia mencari pemimpin alternatif bagi menggantikan Anwar sekiranya pakatan pembangkang berkuasa.
Isu moral Anwar bukan sahaja menyebabkan populariti beliau jatuh malah pemimpin pembangkang lain terpalit sama.
Kajian Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) terhadap populariti personaliti lima pemimpin mendapati bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad terus kekal popular dan sokongan semua kaum ke atas Najib meningkat. Sebaliknya, tiga pemimpin pembangkang, Anwar, Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng merosot.
Anwar juga hari demi hari makin keruh air mukanya dan tidak lagi jernih, seperti dulu. Apakah itu suatu petunjuk, untuk direnungkan oleh insan-insan kerdil seperti kita?
Suara Politik
Taminsari
Jumaat, November 18, 2011
Kadar TOL : Langkah bijak mengurangkan beban rakyat!
Pemerolehan aset dan liabiliti PLUS Expressways Bhd. (PEB) oleh UEM Group Bhd. (UEM) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) nampaknya membawa khabar gembira kepada pengguna.
Ini berikutan persetujuan UEM dan KWSP untuk mengurang kenaikan tol di empat lebuh raya kendaliannya pada kadar lima peratus setiap tiga tahun bermula 2016 berbanding perjanjian asal kenaikan antara 10 hingga 25 peratus setiap tiga atau lima tahun.
Empat lebuh raya berkenaan adalah Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Link Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) dan Lebuh Raya Butterworth-Kulim (KLBK).
Mengikut perjanjian asal kenaikan tol PLUS adalah 10 peratus setiap tiga tahun, ELITE (10 peratus setiap tiga tahun), Linkedua (25 peratus setiap lima tahun) dan KLBK (15-25 peratus setiap lima tahun).
Dalam pada itu, terdapat khabar gembira lain khususnya penduduk Pulau Pinang dan mereka yang sering berkunjung ke negeri itu berikutan tiada kenaikan kadar tol Jambatan Pulau Pinang sehingga 2038.
Kenaikan sepatutnya dilakukan pada kadar 10 peratus setiap lima tahun. Kadar yang dikenakan ke atas kenderaan kelas dua di jambatan itu kini sebanyak RM7, yang mana kadar tolnya kekal sejak dibuka pada 1985.
Kenaikan setiap tiga tahun itu juga hanya akan bermula pada 2016, selaras dengan pembekuan kenaikan kadar tol bagi kesemua lebuh raya sehingga 2015 yang telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011, Oktober tahun lalu.
Untuk mengetahui sejauh mana penjimatan yang akan diperoleh pengguna, kita perlu membuat sedikit congakan iaitu kenaikan lima peratus setiap tiga tahun selepas 2015 adalah bersamaan dengan 1.7 peratus setahun. Kenaikan itu adalah di bawah kadar purata inflasi negara bagi tempoh tiga tahun iaitu 2.6 peratus setahun.
Sebagai contoh, kadar tol perjalanan dari Jalan Duta ke Ipoh Selatan ketika ini ialah RM26.50. Berdasarkan kiraan kenaikan lima peratus bermula 2016, kenaikan kadar tol untuk perjalanan berkenaan hanya meningkat RM1.30 kepada RM27.80 berbanding mengikut perjanjian konsesi lama iaitu jika peningkatan 10 peratus, kenaikannya ialah sebanyak RM2.60 kepada RM29.10.
Nampaknya, kesungguhan UEM dan KWSP yang kini dalam proses mengambil alih PEB membuktikan bahawa syarikat-syarikat besar telah menghayati gagasan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang dibawa oleh Najib.
Penganalisis ekonomi, Dr. Haim Hilman Abdullah yang mengulas pengumuman terbaru itu berkata, sudah sampai masanya syarikat korporat beralih daripada matlamat untuk mendapat keuntungan sebanyak mungkin kepada matlamat membantu rakyat supaya tidak terbeban dengan kos hidup yang semakin meningkat.
''Dalam isu kenaikan tol, pengguna tidak akan terbeban sekiranya kadar peningkatan dilakukan secara berperingkat dan pada kadar munasabah serta bagi tempoh yang panjang.
''Nampaknya, sudah terdapat usaha awal ke arah ini yang melibatkan empat lebuh raya terbabit dan Jambatan Pulau Pinang. Saya berharap langkah yang 'berjiwa besar' ini dicontohi syarikat konsesi lebuh raya lain," katanya ketika dihubungi disini baru-baru ini.
Beliau yang juga Pensyarah Kanan Pengurusan Strategik Kolej Perniagaan, Universiti Utara Malaysia (UUM) turut menyambut baik pengumuman Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif UEM, Datuk Izzaddin Idris mengenai persetujuan syarikat itu dan KWSP untuk menyemak semula syarat perjanjian konsesi tol supaya ia adil kepada kerajaan dan pengguna.
''Saya difahamkan semakan semula itu membolehkan kerajaan memperoleh penjimatan sehingga RM6.5 bilion kerana tidak perlu membayar pampasan kepada PEB," katanya.
Mengikut perjanjian konsesi tol lama, kerajaan perlu membayar pampasan tertunggak berjumlah RM2.9 bilion dan pampasan pembekuan kenaikan tol selama lima tahun sehingga 2015 berjumlah kira-kira RM3.6 bilion kepada PEB.
Beliau berkata, langkah UEM dan KWSP melupuskan pampasan tertunggak dan pampasan pembekuan kenaikan tol selama lima tahun dapat mengurangkan beban kewangan kerajaan.
''Apabila beban kewangan dapat dikurangkan ia mampu mengurangkan defisit negara dan sekali gus memberi manfaat kepada kesemua rakyat secara keseluruhan," katanya.
Tambah beliau, semakan semula syarat perjanjian konsesi telah mewujudkan situasi menang dan menang.
''Keuntungan yang mungkin tidak sebanyak seperti sebelum ini masih membolehkan syarikat menampung kos penyelenggaraan lebuh raya kira-kira RM800 juta setahun dan membuat bayaran kepada pemberi pinjaman," ujarnya lagi.
Sementara itu, Pensyarah Jabatan Ekonomi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Zaharuddin Abdul Rahman berharap semua syarikat konsesi lebuh raya lain turut mencontohi langkah UEM dan KWSP untuk menyemak semula syarat perjanjian konsesi tol.
''Saya berpendapat masih banyak penambahbaikan yang perlu dilakukan termasuk memastikan kenaikan kadar tol setiap tiga atau lima tahun turut mengambil kira jumlah trafik di laluan lebuh raya terbabit.
''Pada waktu sekarang kita mendapati walaupun jumlah trafik telah meningkat berlipat kali ganda berbanding anggaran asal, kadar kenaikan tol tetap diteruskan seperti yang diputuskan dalam perjanjian," katanya.
''Penyelesaian terbaik adalah untuk syarikat terbabit berkongsi keuntungan dengan rakyat termasuk mengurangkan kenaikan kadar tol atau tidak menaikkan langsung kadar tol seperti yang dilakukan di Jambatan Pulau Pinang," ujarnya.
Dalam pada itu, mengulas langkah pembekuan kenaikan tol sehingga 2015, beliau berkata, ia memang sesuatu yang terbaik berikutan rakyat kini dibebani dengan kenaikan harga barangan dan lain-lain perkhidmatan.
''Nampaknya, Najib telah mengotakan janjinya sejak menjawat jawatan Perdana Menteri untuk memastikan rakyat negara ini mendapat pembelaan sewajarnya dan tidak dibebani dengan kenaikan kos sara hidup," katanya.
Kepada semua pengguna lebuh raya, anda seharusnya menggunakan kemudahan itu dengan sebaibaik mungkin termasuk memastikan tidak membuang sampah-sarap merata-rata, tidak merosak kemudahan di kawasan rehat dan rawat serta tidak membuat tuntutan tidak munasabah agar lampu jalan dipasang di sepanjang lebuh raya.
Jika ini tidak dipatuhi, kos penyelenggaraan sudah pasti akan meningkat dan syarikat konsesi mempunyai alasan untuk mendesak kadar tol ditingkatkan lagi.-UM.
Suara Politik
Taminsari
Khamis, November 17, 2011
Isu PKNS - MB Selangor cuba peralatkan TI pula!
Kenyataan Media GAPS
Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor semalam memaklumkan PKNS telah bekerjasama dengan Transparency International (TI) bagi meningkatkan ketelusannya.
Namun malangnya setelah setahun berlalu, TI masih belum mengeluarkan lapuran mengenai pelbagai penyelewengan yang berlaku dalam PKNS. Malahan TI gagal untuk menasihatkan PKNS agar meningkatkan sistem pemantauan kewangan melalui penubuhan Jawatankuasa Audit.
GAPS ingin mengesa Menteri Besar selaku Pengerusi Pkns menubuhkan segera Jawatankuasa Audit dan Pemeriksaan selaras dengan arahan dan peraturan yang ditetapkan di dalam Pekeliling Perbendaharaan Bilangan 9, 10, 11 dan 12 Tahun 1993. Ini adalah perkara asas yang MB patut laksanakan sebagai bekas ahli korporat yang kononnya ternama.
Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia wajar menjadi panduan MB untuk meningkatkan pemantauan berkesan kesemua anak syarikat negeri Selangor termasuk PKNS.
MB wajar tidak menjadikan TI sebagai perisai untuk mempertahankan Pengurus Besar PKNS yang kontroversial.
Sayugia juga GAPS ingin mengingatkan MB untuk menyemak semula memorandum bantahan yang dihantar oleh kesemua 5 persatuan kakitangan PKNS yang mewakili 531 kakitangan PKNS yang antara lain mengesa perkhidmatan Pengurus Besar PKNS sekarang ditamatkan diatas ketidakkepercayaan kesemua kakitangan dan pegawai PKNS terhadap kepimpinan beliau.
"En Osman Omar bagus dan bergaji besar serta bonus 7 bulan" bukan jawapan yang rakyat mahu dengar, kerana selama 2 tahun menjadi pengurus besar PKNS, rakyat masih ternanti-nanti sumbangan beliau kepada PKNS dan negeri Selangor secara keseluruhan nya.
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Suara Politik
Taminsari
Selasa, November 15, 2011
Seksualiti Merdeka - Benarkah ada agenda tersirat?
Akhirnya, program Seksualiti Merdeka yang sepatutnya berlangsung dari 9 November hingga 13 November dibatalkan selepas mendapat tentangan keras banyak pihak. Walaupun dari satu sudut pembatalan tersebut dialu-alukan, namun keberanian pihak-pihak tertentu menganjurkan program yang bertentangan dengan semua agama di negara ini dan menyinggung perasaan umat Islam tetap menjadi persoalan.
Biarpun pihak penganjur cuba mempertahankan penganjuran acara yang dianggap cukup asing bagi rakyat negara ini dengan alasan ia hanyalah berbentuk forum bagi membincangkan hak golongan Lesbian, Biseksual, Gay dan Transgender (LGBT), namun hujah itu masih boleh dipersoalkan.
Ini memandangkan golongan bijak pandai yang terlibat dalam penganjuran itu termasuklah ada antara mereka yang beragama Islam sudah pasti memahami sentimen rakyat negara ini dan mengetahui apa reaksinya terhadap tindakan yang dianggap membawa budaya songsang tersebut.
Namun begitu kita tidak harus hairan kerana kebanyakan mereka yang terlibat adalah dari kumpulan yang selama ini menunjukkan mereka menegakkan hak asasi manusia, kebebasan dan pematuhan pada undang-undang, tentunya menurut tafsiran mereka.
Dan kita juga tidak harus lupa bahawa ini bukanlah kali pertama kelompok seumpama itu cuba menguji kesabaran sebahagian besar rakyat terutamanya umat Islam kerana ada antara mereka pernah menganjurkan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang menyokong murtad.
Persoalannya kenapakah seolah-olah wujud satu keberanian luar biasa di kalangan golongan tertentu bagi menganjurkan program-program yang mereka tahu terang-terang akan mencetuskan bantahan dan polemik.
Apakah ia bermotif politik? Atau mereka ingin mengambil kesempatan dengan alasan bahawa sekarang adalah masa sesuai untuk memperjuangkan kebebasan dalam apa juga perkara.
Sebab itulah penganjur Seksualiti Merdeka ini tidak boleh marah dengan pelbagai tafsiran yang dibuat berhubung program berkenaan kerana mereka sendiri yang mencari fasal kerana menganjurkan satu acara yang sama sekali tidak boleh diterima oleh hampir keseluruhan rakyat Malaysia.
Ini jelas apabila pelbagai pihak tanpa mengira latar belakang agama bangkit menentang kerana mereka merasakan bahawa perjuangan dalam atas nama kebebasan terhadap satu program yang dianggap songsang ini tidak wajar dibiarkan.
Seperti mana dihujahkan oleh banyak pihak memperjuangkan kebebasan dan menegakkan hak asasi manusia sememangnya satu perkara yang perlu disokong tetapi biarlah ia bertempat dan betul caranya.
Langkah untuk memperjuangkan hak sekelompok manusia yang sengaja memilih jalan songsang dalam soal hubungan seks bukanlah satu kebebasan tetapi hanya akan membawa kemudaratan kepada masyarakat negara ini yang selama ini terkenal dengan pegangan agama dan adat resam mereka.
Sebab itulah ketika diminta mengulas perkara ini, Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd.Noor membangkitkan apakah agenda tersirat di sebalik penganjuran program Seksualiti Merdeka tersebut.
Ketika dihubungi beliau berkata, ‘‘Ia bukan sahaja soal seks, ia soal agenda terancang untuk merosakkan negara asas negara yang kukuh dengan nilai agama dan budaya sebab itulah ada banyak dana asing untuk NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang terlibat.”
Malahan Ezam juga secara terbuka mempersoalkan kenapa begitu banyak dana asing disalurkan kepada sebuah NGO di Malaysia dalam tempoh 10 tahun ini. Mungkin sekali lagi, NGO-NGO terlibat akan menafikan apa yang diperkatakan oleh Ezam namun persoalannya kenapakah berlakunya promosi secara terbuka dan meluas?
Malahan lokasi untuk mengadakan pameran program itu juga dibuat di tempat yang menjadi tumpuan ramai iaitu Pasar Budaya atau Central Market. Jika penganjur benar-benar ikhlas dan memikirkan secara mendalam implikasinya terhadap tindakan itu sudah tentulah mereka tidak memilih kawasan berkenaan.
‘‘Kita juga mesti perhatikan strategi provokasi yang digunakan. Memang program Seksualiti Merdeka ini sudah bertahun-tahun diadakan tetapi mengapa sekarang sengaja dibuat besar- besaran? Apakah ini strategi untuk mewujudkan suasana tegang,” tanya beliau.
Atas sebab itulah Ezam berpendapat, semua ini seolah-olah satu perancangan menjelang pilihan raya seperti mana mereka menganjurkan perhimpunan haram Bersih yang menghuru-harakan ibu negara baru-baru ini.
Menyentuh soal pilihan raya ini, salah seorang penganjur program Seksualiti Merdeka memberitahu sebuah stesen radio bahawa mereka beranggapan bahawa tindakan ke atas penganjuran program itu bermotifkan politik dan bukan kerana bantahan orang Islam.
Kenyataan itu dengan jelas menunjukkan bahawa penganjur tidak mahu mengakui kesilapan mereka menganjurkan program itu sebaliknya menuding jari menyalahkan kerajaan yang melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertindak tegas mengharamkan program tersebut.
Dasar profesional
Polis bertindak atas dasar profesional memandangkan program budaya songsang tersebut telah mendapat bantahan meluas pelbagai pihak dari seluruh negara.
Dan perlu diperingatkan sekali lagi bahawa ia bukanlah datang daripada pertubuhan Islam sahaja, malahan juga daripada agama lain sehinggakan seorang tokoh Kristian menganggap program tersebut adalah ‘kerja gila’.
Dalam erti kata lain, tidak ada unsur politik dalam tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa, kecualilah ada pihak yang sengaja mahu mempolitikkan tindakan tegas pihak berkuasa itu.
Apa yang anehnya, kenapakah mereka berani menganjurkan satu program yang melibatkan pelakunya boleh didakwa atas kesalahan jenayah?
Ini ditegaskan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang menolak program Seksualiti Merdeka ada kena-mengena dengan hak asasi manusia kerana ia jelas merupakan satu jenayah.
Ini kerana kata beliau, program itu menyalahi undang-undang seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 377A-D yang jika sabit kesalahan, pesalahnya boleh dihukum penjara dan sebatan.
“Oleh itu tidak timbul soal hak asasi manusia atau kebebasan amalan seks. Melakukan jenayah, termasuk mempromosi perlakuan jenayah tidak termasuk dalam ruang-lingkup hak asasi manusia. katanya dalam blognya di http://zul4kulim.blogspot.com.
Kalaulah hujah Zulkifli hendak diambil kira apakah selepas ini akan ada mana-mana kumpulan yang akan tampil memperjuangkan agar kesalahan meliwat dibatalkan kononnya atas nama hak asasi manusia.
Sedangkan berdasarkan hujah Zulkifli yang juga seorang peguam, ‘‘Amalan seks songsang dan luar tabii ini adalah satu kesalahan jenayah di dalam peruntukan undang-undang negara ini. Seksyen 377A-D Kanun Kesiksaan memperuntukkan (bahawa setiap) pengamal seks songsang dan luar tabii ini, jika sabit kesalahan hendaklah dihukum tidak melebihi 20 tahun penjara ataupun sebatan”, katanya.
Berdasarkan hujah berkenaan, apa lagi yang mahu dikatakan oleh penganjur program itu. Mereka bukannya calang-calang individu, masing- masing cukup professional dalam bidang tertentu termasuklah undang-undang.
Apa yang lebih menghairan dan mengecewakan umat Islam apabila ada individu dan NGO Islam yang sanggup bersekongkol menyokong program ini atas nama kebebasan dan hak asasi manusia.
Kelompok ini yang terdiri daripada golongan cerdik pandai dan sering kali juga cuba menunjukkan kepandaian mereka berhubung isu-isu berkaitan Islam perlu diperingatkan mengenai firman Allah dalam surah Al-A’raaf ayat 81-84 berhubung peristiwa kaum Nabi Luth yang mengamalkan homoseksual.
Dan mereka juga perlu ingat bahawa Rasulullah SAW bersabda; ‘‘Laki-laki tidak boleh melihat aurat laki-laki. Dan perempuan tidak boleh melihat aurat perempuan. Laki-laki tidak boleh berkumpul dengan laki-laki dalam satu kain. Dan perempuan tidak boleh berkumpul dengan perempuan dalam satu kain.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim, Abud Dawud dan Tirmidzi)
Oleh itu kenapakah mereka perlu menyokong program Seksualiti Merdeka tersebut yang jelas-jelas bertentangan dengan perintah Allah dan Rasulullah SAW?
Apa pun golongan yang terlalu teruja untuk memperjuangkan hak asasi manusia dan kebebasan ini tidak boleh dibiarkan melepasi had yang ditetapkan. Ia kerana perjuangan kebebasan tanpa had boleh mengundang bahaya kepada negara. Apatah lagi jika ia dilihat mempunyai agenda tersirat seperti mana dipersoalkan oleh Ezam dan Zulkifli.
Zulkiflee Bakar

Isnin, November 14, 2011
10 dalil mengapa Kelantan gagal uruskan AIR!
AIR Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB), satu nama gah dalam industri perbekalan air terawat, dan merupakan GLC yang tidak asing lagi di bawah pentadbiran Kerajaan Pas Kelantan.
Namun sejarah konflik dalaman telah bermula sejak 1995 lagi, apabila kerajaan negeri telah menswastakan bekalan air kepada Thames Water Pte. Ltd., dikenali sebagai Kelantan Water Sdn. Bhd. (KWSB), manakala hampir kesemua kakitangan Jabatan Bekalan Air pada masa itu diserap ke dalam pentadbiran baru KWSB.
Pada 1999, bermula episod baru. Kerajaan negeri dan KWSB telah membuat persetujuan bersama untuk penamatan Thames Water Pte Ltd. sebagai badan yang bertanggungjawab ke atas perbekalan air di Kelantan, dan ditukar kepada satu organisasi baru, dikenali sebagai Air Kelantan Sdn. Bhd. sehingga kini.
Kemudian, wujud ura-ura penyingkiran Pengarah Urusan pada akhir 2005, yang terkenal amat tegas dalam isu kronisme, nepotisme dan penyalahgunaan kuasa. Usaha berterusan pihak yang tidak senang dengan beliau sampai ke kemuncaknya pada akhir 2007 apabila beliau telah diarah meninggalkan kerusi panas nombor satu AKSB tersebut.
Pada 2008, kerusi panas ini sekali lagi bertukar tempat, dan kerajaan negeri telah melantik anak watan dari PLUS sebagai Pengurus Besarnya. Kecetekan pengalaman dalam perbekalan air dan mengurus tadbir sebuah syarikat GLC seperti AKSB telah merencatkan usaha satu puak yang ingin terus berkuasa.
Maka pada akhir 2010, kerajaan negeri telah mengarahkan beliau mengosongkan kerusi tersebut.
Pertengahan 2011, kerajaan negeri sekali lagi membuat kesilapan dalam melantik Pengurus Besar AKSB yang baru. Pelantikan yang dibuat secara rambang telah menyebabkan AKSB terus bergolak dan terumbang-ambing.
Kecetekan pengalaman dan sifat 'yes man' kepada tangan-tangan ghaib di belakang AKSB antara faktor konflik dalaman ini semakin parah.
Natijah daripada pergolakan dalaman tersebut, dirumuskan 10 dalil kegagalan kerajaan negeri dan AKSB khususnya dalam mentadbir urus perbekalan air kepada seluruh rakyat negeri Kelantan:
1. Kerugian terkumpul AKSB bagi tahun berakhir 2011 dijangkakan mencecah RM11 juta. Untuk itu, pengguna bakal dibebankan dengan cadangan kenaikan harga tarif air yang baru pada 2012 bagi menampung kerugian tersebut.
2. Kegagalan Projek Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water/NRW) yang menelan kos RM130 juta. Projek yang bermula pada Julai 2008 dan berakhir pada Ogos 2011 gagal menterjemahkan sebarang kesan positif terhadap sistem bekalan air secara menyeluruh.
3. Kegagalan projek penukaran meter air kepada smart meter berjumlah 80,000 unit dalam Projek NRW, melibatkan kos hampir RM12 juta, namun penukaran hanya setakat 40,000 unit sahaja, setelah diakui kegagalan fungsi meter tersebut.
4. Kegagalan projek pembinaan Telaga Jejari di Jajahan Jeli, yang dicanangkan teknologi terkini, dan diuar-uarkan jajahan tersebut akan tiada lagi masalah bekalan air. Namun hasil sebaliknya berlaku, di mana masih terdapat kawasan di Jeli yang dicatu bekalan air.
5. Kegagalan mengatasi krisis kecemasan bekalan air secara menyeluruh dan bayangkan, AKSB hanya mempunyai enam lori tangki air untuk digerakkan dalam satu-satu masa kecemasan atau ketika berlakunya krisis bekalan air.
6. Kualiti dan tekanan air yang masih membelenggu rakyat secara amnya, malah di kawasan bandar juga masih terdapat kualiti dan tekanan air yang tidak memuaskan.
7. Kekerapan kerosakan pam di loji-loji air utama, seperti Loji Rawatan Air Bukit Remah di Tanah Merah, Loji Rawatan Air Pahi di Kuala Krai dan Loji Rawatan Air Merbau Chondong namun kegagalan tersebut diletakkan ke atas pihak lain untuk mengalih perhatian pengguna/rakyat.
8. Hutang tertunggak dianggarkan RM12 juta, namun tiada tindakan agresif untuk mendapatkan semula bayaran bil tertunggak ini. Mungkin pengurusan tertinggi AKSB sibuk dalam mencapai misi peribadi untuk terus berkuasa dan bertelagah sesama sendiri.
9. Kos tinggi menaik taraf Loji Rawatan Air Pintu Geng, yang menelan kos RM58 juta dan difahamkan kos sebenar hanyalah RM35 juta sahaja. Kenaikan mendadak kos ini telah pun dipersoalkan di peringkat tertinggi AKSB, namun terdapat tangan-tangan ghaib yang menidakkannya.
10. "Masalah Air Di Kelantan Selesai Pada 2027" itulah kenyataan yang dibuat oleh Exco Perumahan, Kerjaraya, Utiliti & Alam Sekitar Negeri pada April 2011. Untuk memaklumkan kepada seluruh rakyat Kelantan bahawa, rakyat terpaksa menunggu selama 16 tahun lagi untuk melihat 100 peratus liputan air bersih di seluruh negeri terlaksana oleh AKSB.
Jadi, fikir-fikirkanlah.
Suara Politik
Taminsari
Ahad, November 13, 2011
Bonus dan gaji minima, layanan MB kepada kakitangan awam Selangor tidak adil - Bonus kakitangan PKNS 10 bulan tahun ini!
Kenyataan Media GAPS
Pengumuman pentadbiran Tan Sri Khalid Ibrahim, MB Selangor yang menyebut Selangor akan melaksanakan kadar gaji minima merupakan janji kosong kepada majoriti besar pekerja awam dan swasta di Selangor.
MB hanya mengumumkan gaji minima untuk dilaksanakan kepada 4 buah anak syarikat negeri Selangor sahaja. Kenapa MB tidak mahu mewajibkan gaji minima ini kepada kesemua kakitangan anak syarikat negeri yang berdozen-dozen di Selangor ?
Kenapa juga MB tidak melaksanakan kadar gaji minima kepada semua kakitangan awam Selangor yang berkhidmat dipelbagai jabatan di negeri Selangor. Kenapa juga MB tidak mahu melaksanakan gaji minima ini kepada semua kakitangan PBT di negeri Selangor ini.
Dari segi pemberian bonus pula, MB juga pilih kasih dan bersifat berat sebelah antara kakitangan-kakitangan awam. Kakitangan PKNS yang juga kakitangan awam diberikan bonus sehingga 10 bulan. Manakala bonus kepada kakitangan awam yang lain dijabatan-jabatan kerajaan negeri dan PBT hanya setengah bulan gaji atau RM500 sahaja.
Timbul persoalan dimanakah keadilan yang diperjuangkan oleh kerajaan Pakatan Selangor untuk kakitangan awam kini? Adakah adil namanya jika layanan bonus dan gaji yang diterima oleh kakitangan awam ini dibeza-bezakan berdasarkan jabatan, PBT dan badan separa kerajaan.
GAPS mendesak kerajaan negeri Selangor memberikan bonus 10 bulan kepada semua kakitangan awam Selangor seperti yang diberikan kepada kakitangan PKNS pada tahun ini. GAPS juga mendesak kerajaan negeri Selangor melaksanakan kadar gaji minimum kepada kesemua kakitangan awam dan swasta yang berkhidmat di negeri Selangor.
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Suara Politik
Taminsari
Sabtu, November 12, 2011
Gempar..!!! NFC sebenarnya tiada kaitan dengan kerajaan - Noh Omar!
National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) adalah sebuah syarikat swasta yang tidak ada kena mengena dengan kerajaan, dengan pemegangan saham oleh Agroscience Sdn Bhd.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, syarikat ini diberikan pinjaman oleh kerajaan untuk melaksanakan projek Pusat Fidlot Nasional selepas berjaya memenangi tender terbuka.
Bagaimanapun katanya, pinjaman RM250 juta itu tidak dibayar terus kepada NFC sebaliknya melalui akaun pinjaman khas (special loan account) yang dibuka menggunakan akaun Maybank yang dikawal oleh Kementerian Kewangan.
Katanya, masih ada baki RM69 juta di dalam dalam akaun itu selepas bayaran RM181 juta berdasarkan tuntutan dibuat oleh NFC.
"Tuntutan dibuat NFC berkaitan urusan ladang semata-mata, tidak ada langsung mengenai pembelian kondominium.
"Jika ada (pembelian kondominium) sudah tentu tuntutan itu tidak akan dibayar kerana pengeluaran memerlukan pengesahan daripada jawatankuasa teknikal yang dipengerusikan Pengarah Jabatan Veterinar dan Kementerian Kewangan," katanya.
Noh berkata, kerajaan hanya boleh mengawal pengeluaran wang di dalam akaun pinjaman khas tersebut sahaja.
"Jika wang tersebut dibayar kepada NFC selepas memenuhi syarat ditetapkan, kerajaan tidak boleh mengawal apa yang hendak dilakukan oleh NFC termasuklah membeli kondominium tersebut kerana itu adalah wang syarikat," katanya.
Noh berkata, kerajaan memantau unjuran NFC menghasilkan 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun dan syarikat itu berjaya walaupun jumlah lembu disembelih hanya 5,000 ekor.
Justeru Noh menegaskan bahawa NFC membeli kondominium itu dengan wang syarikat, bukan menggunakan wang daripada akaun pinjaman khas.
"Saifudin Nasution (Setiausaha Agung PKR) sendiri tidak faham dan tidak tahu membezakan antara akaun syarikat dan akaun pinjaman khas, tetapi cuba mengelirukan rakyat, dengan mempolitikkan isu ini," katanya.
Mengulas kenyataan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari untuk menguruskan ladang satelit dan keseluruhan NFC, Noh berkata, “Yaacob sendiri tidak faham tetapi mahu tunjuk pandai. NFC adalah sebuah syarikat swasta, manakala ladang satelit terletak di bawah Jabatan Veterinar yang juga agensi di bawah saya. Lembu diternak di ladang satelit manakala NFC bertindak memasarkannya.
“Lebih baik Yaacob menguruskan projek ternakan lembu dan ayam oleh Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang dilaporkan mengalami masalah dan kerugian.” katanya.
Suara Politik
Taminsari
Gempar..!!! Perlantikan GM PKNS tidak sah!
Kenyataan Media GAPS
Pendedahan Ketua Pembangkang Selangor mengenai gaji dan bonus Pengurus Besar (GM) PKNS berjumlah RM1.4 juta selama 2 tahun adalah amat memeranjatkan rakyat. Gaji dan bonus sebanyak itu adalah tidak masuk akal boleh diterima oleh seorang kakitangan awam kalau bukan kerana kronisme, korupsi dan salahguna kuasa yang diamalkan oleh Menteri Besar.
GAPS berpendapat gaji dan bonus yang diberikan itu adalah sangat keterlaluan. Ia adalah 150% lebih tinggi dari yang pernah diterima oleh GM sebelum ini. Ini merupakan contoh terbaik penyelewengan yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor selaku Pengerusi PKNS ketika melantik GM ini.
RM1.4 juta itu merupakan pendapatan GM itu dari gaji dan bonus untuk 2 tahun. Dengan gaji sebanyak RM40 ribu sebulan maknanya GM PKNS ini menerima RM160 ribu untuk bonus 2009 dan RM280 ribu untuk bonus 2010.
Selain dari itu GAPS berpandangan perlantikan GM ini adalah tidak sah kerana Enakmen PKNS 1964 Sek 9(3) menyebut pegawai PKNS adalah kakitangan awam. Kakitangan awam dinegara ini tertakluk kepada perintah am dan pekeliling perbendaharaan bermula dari perlantikannya sehinggalah tatacara tugas dan tanggungjawabnya.
Lebih jelas sebenarnya MB telah melangkaui batas undang-undang ketika melantik En Omar Osman sebagai GM PKNS. GAPS yakin MB langsung tidak merujuk Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara bagi mendapat kelulusan mereka dalam soal pemberian gaji dan bonus yang tinggi itu kepada GM ini.
Oleh kerana perlantikan GM itu tidak sah maka semua keputusan yang dibuat oleh GM ini atau mana-mana mesyuarat yang dihadirinya sebagai GM PKNS juga terbatal dan tidak sah.
Lebih buruk dari itu GM PKNS ini juga merupakan salah seorang dari 2 orang Lembaga Pengarah Worldwide Holdings Bhd (WHB) sekarang. WHB merupakan sebuah subsdiari yang punyai beratus juta ringgit asset rakyat Selangor.
Perlantikan GM PKNS ini sebagai Pengarah WHB juga tidak sah kerana jawatan hakiki itu tidak sah sedari awal. Ini sekali gus menjadikan setiap keputusan dan mesyuarat yang dihadiri oleh GM PKNS ini dalam WHB juga tidak sah dan terbatal.
PKNS sebenarnya merupakan lubuk penyelewengan dan korupsi MB Selangor. Ia merupakan bom jangka yang pada bila-bila masa boleh meletup akibat salahguna kuasa yang sangat keterlaluan oleh MB, Exco dan kroninya dalam PKNS.
Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)
Suara Politik
Taminsari
Jumaat, November 11, 2011
Tu dia...Gaji Pengurus Besar PKNS lebih besar dari gaji PM!
Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman mempertikaikan pembayaran gaji dan bonus Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) berjumlah RM1.4 juta bagi tempoh dua tahun yang disifatkan melampau dan tidak masuk akal.
Beliau berkata, pembayaran bonus tersebut dilihat tidak wajar kerana ia seolah-olah menunjukkan pengurusan kewangan yang tidak terkawal berbanding prestasi PKNS yang dikatakan tidak begitu memberangsangkan sebelum ini.
Ini kerana, katanya, berdasarkan perangkaan 2009, Pengurus Besar PKNS menerima gaji dan bonus yang keseluruhannya berjumlah RM640,000, manakala pada tahun 2010 (RM760,000).
''Jadi, gaji dan bonus yang tercatat diterima oleh Pengurus Besar PKNS ialah sebanyak RM1.4 juta. Apakah ini menunjukkan satu pengurusan kewangan berhemah yang sebenar ditunjukkan oleh kerajaan negeri.
''Sebab itulah barangkali jawatan Pengurus Besar ini amat istimewa kerana jumlah itu jauh lebih besar daripada gaji yang diterima oleh Perdana Menteri mahu pun Menteri Besar sendiri," katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, hari ini.
Mohamad Satim berkata, selain bayaran gaji dan bonus yang tidak masuk akal, kerajaan negeri melalui PKNS juga gagal melaksanakan agenda sosial dengan mengadakan lebih banyak projek perumahan kos rendah dan sederhana di negeri ini meskipun dilihat sering kali mengaitkan dasar pentadbiran mereka dengan konsep kebajikan.
Sebaliknya beliau memberitahu, PKNS lebih banyak menumpukan projek-projek mewah dan mampu mencapai keuntungan yang tinggi seperti projek Datum Jelatek di Pusat Bandar Keramat yang didakwa mungkin membolehkan bayaran bonus yang tinggi kepada kakitangan dan Pengurus Besar PKNS.
''Kalau dahulu ketika pentadbiran BN (Barisan Nasional) ada juga kita jalankan projek kos rendah dan sederhana untuk rakyat yang selaras dengan objektif PKNS untuk mewujudkan keseimbangan sosial," ujarnya.
Terdahulu, dalam ucapannya dalam sidang DUN, Mohamad Satim mempertikaikan kenyataan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini dalam Bajet Selangor 2009 menyatakan kerajaan negeri tidak lagi memberikan projek-projek hartanah secara usahasama dan penswastaan.

Khamis, November 10, 2011
Temubual Bersama Datuk Seri Noh Omar - NFC Sengaja Dipolitikkan!
Isu Pusat Fidlot Kebangsaan (PFK) menjadi kontroversi apabila Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli mendakwa kerajaan berbohong berhubung isu geran RM250 juta kepada pengendali projek berkenaan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, dakwaan tersebut tiada asas dan bermotifkan politik. Beliau berkata, dana berkenaan hanya dibayar sebanyak RM181 juta sehingga Julai 2011 dan masih berbaki yang digantung kerajaan berikutan beberapa faktor.
Katanya, terdapat beberapa fakta yang disamarkan bagi tujuan memburukkan kerajaan sedangkan projek itu masih belum disiapkan sepenuhnya.
"Sehingga kini, kerajaan telah menyiapkan 67 daripada 310 ladang satelit seluas 5,000 ekar (2023.5 hektar) bagi tujuan itu dan 53 daripadanya telah siap," katanya.
Daripada jumlah itu, 23 telah beroperasi dan 30 lagi masih menanti pengusahanya. Noh turut mencabar mana-mana pemimpin PKR agar mengendalikan ladang berkenaan sekiranya mereka benar-benar bijak menanganinya. Berikut adalah wawancara eksklusif tersebut.
Boleh jelaskan dakwaan pembangkang mengatakan Datuk Seri berbohong isu pinjaman RM250 juta kepada National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC)?
NOH: Pembangkang langsung tidak beretika dan mengamalkan satu budaya yang tidak bertanggungjawab sebab satu isu yang dibangkitkan mengatakan saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pembohong. Perkara itu dibuat di lobi Parlimen di sebelah pagi sedangkan di sebelah petang dia (pembangkang) tahu saya akan menggulung mengenai isu-isu pertanian.
Kalau pembangkang beretika dan tidak lebihkan politik, sepatutnya dibangkitkan dalam Parlimen. Kalau mereka bangkit dalam Parlimen, saya akan jawab. Kalau tidak puas hati dengan jawapan saya bagi, barulah dia boleh buat tuduhan yang mengatakan kita pembohong dan sebagainya.
Apa yang dikatakan kita pembohong, saya merasakan bahawa dia kata berkenaan duit RM250 juta. RM250 juta ini diperoleh daripada laporan audit bertarikh Disember 2010, mengatakan bahawa pinjaman mudah sebanyak RM250 juta hanya baru disalurkan kepada NFC sehingga Disember 2010, berjumlah RM134.7 juta.
Kemudian ada baki lagi berjumlah RM115.28 juta. Dan disebut lagi bahawa baki ini hanya akan disalurkan apabila ada kajian ‘viability’ dan ‘business model’ projek selesai dilaksanakan.
Ini menunjukkan bahawa pada Disember 2010, sah audit kata duit ini masih ada baki. Tetapi pembangkang mengambil daripada penyata kewangan daripada syarikat yang menyatakan pada 31 Mac 2009, NFC membuat drawdown kedua berjumlah RM120 juta. Ini bermakna, menurut pemerhatian keadilan, duit semua sudah habis dibayar.
Dia kena ingat bahawa laporan tersebut dibuat oleh setiausaha syarikat. Sebab itu, kita nak minta penjelasan daripada syarikat ini, bagaimana dalam laporan yang mengatakan peruntukan telah habis dikeluarkan.
Apakah kerajaan sudah membayar penuh kepada pengusaha projek tersebut?
NOH: Akaun tidak habis bayar. Jadi akaun ini dia ambil dari laporan syarikat Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM). Ini laporan syarikat pada tahun 2009. Laporan ini lebih awal manakala laporan audit kemudian iaitu pada Disember 2010. Dia kata jelas pada 2011 sudah habis dibayar.
Jadi menunjukkan ada percanggahan di sini. Jadi kita kena percaya kepada laporan audit negara dan saya juga mengesahkan duit ini memang belum habis dibayar. Dia membuat tuduhan tanpa mendapat penjelasan daripada kita. Membuat tuduhan melulu. Jadi sebenarnya mereka lah yang bertindak membohongi rakyat dan mengelirukan masyarakat.
Maknanya, pembangkang mengambil laporan kewangan dari syarikat, bukan dari Laporan Audit?
NOH: Ya. Sebab itu saya dah mintak SSM bagi penjelasan. Dia telah membuat kenyataan akhbar, dia kata, syarikat ini telah ada tanggungan.
Bagaimana pula yang dikatakan sepatutnya 60,000 ekor lembu tapi mahu 8,000 sahaja itu?
NOH: Itulah yang saya terangkan semalam. Dia tidak faham fakta. Itu yang bila saya kata, dia terdiam. Dia kena ingat. Lihat target lembu 226,000 ini, ia sebenarnya bukan hanya bergantung kepada NFC sahaja. Dalam NFC ini ada dua syarikat. Satu dikenali Agroscience. Syarikat ini patut keluarkan 60,000 sahaja dan Lambert dari Australia sebanyak 20,000. Selebihnya melalui ladang satelit.
Ladang satelit ini kerajaan sepatutnya bina sebanyak 310 buah. Ini tanggungjawab kita sebab dalam perjanjian ada skop apa tanggungjawab organisasi kerajaan dan apa tanggungjawab NFC. Mereka tidak faham. Mereka main rangkum semua, sedangkan dalam kita punya projektor itu melibatkan dua pihak. Kita bertanggungjawab untuk menghasilkan 186,000 ekor.
Kita kena membina 310 buah ladang satelit (310 x 600 ekor). Tapi setakat ini kita sedang bina 67 buah. 53 sudah siap dan 23 sudah pun beroperasi. Jadi kena ingat, dari mana dapat jumlah 226,000 ekor ini, ia melibatkan tiga buah syarikat iaitu Syarikat Agroscience, Lambert dan ladang satelit. Ladang setelit ini yang paling banyak sebab kena keluarkan 186,000.
Adakah syarikat Agroscience dan Lambert ini di bawah NFC?
NOH: Ya, bawah NFC.
Berapakah tempoh diperlukan untuk 226,000 ekor ini?
NOH: Ia kita punya produk projeksi kita untuk Rancangan Malaysia Ke-9 iaitu dari tahun 2006 dan berakhir 2011. Tetapi bila NFC dapat tawaran, dia hanya mampu bermula tahun 2008. Sepatutnya mula tahun 2007. Tetapi oleh kerana kelewatan pihak kontraktor yang dipilih kementerian melalui tender terbuka, setahun selepas itu baru siap, jadi sebab itu projek ini tidak boleh masuk dulu. Dia hanya tinggal tiga tahun dan terlewat.
Oleh kerana projek baru, dia telah pun minta kaji semua pengeluaran 60,000 ekor dan diluluskan kerajaan dengan projek baru sebanyak 8,000 ekor dalam tiga tahun. Dalam tempoh tiga tahun, dia sudah capai sasaran tersebut. Bagaimanapun syarikat Lambert yang sepatutnya mengeluarkan 20,000 telah menarik diri. Agroscine berjaya capai sasaran yang telah dicadangkan kepada kerajaan.
Bagaimana pula dengan jumlah keluasan tanah yang dikatakan?
NOH: Itu juga tidak betul. Keseluruhan tanah yang diberikan sebanyak 5,000 ekar bukan diberikan semuanya kepada Agroscience. Agroscience dapat 1,500 ekar, Lambert 500 ekar dan syarikat kerajaan negeri mendapat 3,000 ekar diambil balik.
Boleh Datuk jelaskan pasal pembayaran?
NOH: Ini adalah pinjaman. Sehingga Julai 2011, RM181.9 juta sudah dapat. Jadi dari laporan kita bagi, jawapan yang diberikan Najib yang dijawab dalam parlimen. Perdana menteri kata, setakat Julai 2011, hanya RM181 juta telah diberikan, dan sehingga Disember 2010, yang mana laporan audit ditutup, kita sudah bayar RM134.7 juta.
Sebab dia kata kami bohong, dia menafikan kenyataan perdana menteri dan saya. Berdasarkan laporan kewangan yang tidak tahu mereka dapat dari mana, dia kata NFC keluar RM130 juta pada pinjaman pertama. Kenyataan ini mungkin benar. Kemudian dia kata NFC membuat ‘drawdown’ kedua berjumlah RM120 juta menjadikan jumlah sebanyak RM250 juta. Sebab itu dia kata duit dah keluar.
Kemudian, dari sini, dia rujuk pula kepada laporan SSM, dirujuk kepada noncurrent liability berjumlah RM256 juta. Sebab itu dia kata duit 250 juta ini syarikat sudah bayar. Ini pandangan dia.
Apakah yang membuatkan perkara ini timbul hingga dijadikan modal politik?
NOH: Mereka tidak mendedahkan perkara sebenar, di mana wang berkenaan disalurkan ke dalam satu akaun khas (trust) dan tidak diberikan kepada syarikat secara terus.
Untuk mengeluarkan peruntukan berkenaan mestilah disokong ahli jawatankuasa teknikal bawah Jabatan Veterinar dan Kementerian Kewangan. Syarikat kena bagi justifikasi apa yang hendak digunakan dengan wang berkenaan. Apabila Jabatan Veterinar berpuas hati dan menyokong barulah dibawa ke Kementerian Kewangan dan melalui proses sepatutnya sebelum kelulusan dibuat.
Sekiranya Kementerian Kewangan tidak meluluskan peruntukan itu, maka kami akan membatalkan projek yang dirancang. Pembayaran dihentikan atas arahan Perdana menteri, selaku Menteri Kewangan. Jika projek perlahan, beliau minta hentikan dan kaji semula bayaran. Bagi kes ini, Kementerian Kewangan melantik UPM Holding untuk buat kajian kerana mereka tidak puas hati dengan projek ini.
Adakah Datuk Seri merasakan perlu diberikan peluang kepada pimpinan PKR cuba melakukan projek ini?
NOH: Ya, saya cabar mereka laksanakannya jika mereka boleh mengendalikannya. Masih ada 30 ladang satelit yang tidak diusahakan. Cuba buktikan, jangan pandai bercakap. Hanya 23 daripada 53 ladang satelit berkenaan sedang beroperasi di Negeri Sembilan.

Rendahnya mentaliti Tuan Speaker - ADUN BN diarah keluar Dewan!
Hanya setengah jam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor berlangsung, Mohd. Isa Abu Kassim (BN-Batang Kali) dikenakan tindakan keluar dewan dan digantung daripada persidangan hari ini.
Speaker DUN, Teng Chang Khim memutuskan tindakan itu di bawah Peraturan 44 (2) Peraturan Tetap Dewan apabila Mohd. Isa tidak berpuas hati dengan jawapan yang dikemukakan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (PKR-Ijok) mengenai program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) khusus kepada para penjawat awam negeri.
Dalam sesi soalan lisan, Mohd. Isa mengemukakan soalan tambahan kepada Abdul Khalid yang juga Menteri Besar mengenai perkara itu, namun beliau dikatakan tidak menjawab soalan tersebut dan hanya menyatakan program MES membabitkan semua rakyat termasuk penjawat awam negeri.
Bagaimanapun, Mohd. Isa kemudiannya bangkit dan menyatakan Abdul Khalid tidak menjawab soalan tersebut tetapi Chang Khim sejurus selepas itu menyatakan kepada Mohd. Isa bahawa soalan tersebut telah dijawab oleh Abdul Khalid.
Namun, Mohd. Isa tetap dengan pendiriannya bahawa soalan tersebut tidak dijawab selain terus menuntut jawapan daripada Abdul Khalid sehingga menyebabkan Chang Khim pada pukul 10.30 pagi ini mengarahkankannya keluar dewan dan digantung sehari daripada menghadiri sidang DUN pada hari ini.
Mohd. Isa ketika ditemui di luar dewan berkata, beliau kesal dengan tindakan yang dikenakan ke atasnya kerana beliau hanya menuntut Abdul Khalid menjawab soalan tersebut.
Bagaimanapun katanya, Abdul Khalid tidak menjawab soalan berkenaan dan ia menimbulkan pelbagai persoalan terhadap keberkesanan program MES dan kesungguhan kerajaan negeri dalam membantu meningkatkan taraf para penjawat di negeri ini.
“Saya hanya tanya kepada Ijok (Abdul Khalid) mengenai program MES kepada penjawat awam, dia tak jawab. Saya dianiaya dan dikatakan tidak menghormati beliau (Speaker).
“Ijok tidak menyatakan apakah programnya untuk penjawat awam, adakah beliau sama dengan DAP untuk buang kakitangan awam,” katanya.
Suara Politik
Taminsari
Rabu, November 09, 2011
Duit habis di kebas, rumah tidak boleh diduduki!
Sebahagian pembeli pangsapuri kos rendah menunjukkan surat penawaran pembelian rumah dan mendesak kerajaan campur tangan di Klang, semalam.
Seramai lebih 600 pembeli projek pangsapuri kos rendah di beberapa daerah di negeri ini terpaksa berputih mata apabila orang tengah bergelar 'Haji Mohd. Yatim' yang menguruskan urusan jual beli kediaman itu menghilangkan diri tanpa dapat dikesan sehingga kini.
Apa yang menyedihkan pembeli malang tersebut, pangsapuri kos rendah tersebut sudah siap tetapi sehingga kini proses penyerahan kunci kediaman tersebut gagal dilakukan.
Berdasarkan surat tawaran pembelian pangsapuri kos rendah melibatkan projek rumah kos rendah di Selayang Mulia Selayang, Taman Botanic Klang, Taman Harmoni Balakong dan Taman Cheras Intan Cheras, kesemuanya telah sah diperuntukkan kepada mereka.
Seorang pembeli, Azlan Lam, 38, yang memilih pangsapuri Taman Harmoni Balakong berkata, pada awal 2009, dia telah membayar pendahuluan lima peratus berjumlah RM2,100 kepada orang tengah tersebut yang dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang Exco kerajaan negeri.
"Sepatutnya, selepas pembayaran lima peratus dibuat rumah tersebut perlu diserahkan kepada kami namun penyerahan ditunda beberapa kali atas alasan Exco kerajaan negeri pergi umrah dan sebagainya.
"Kami bersetuju membayar lima peratus tersebut kepada pihak tersebut kerana beliau mempunyai kunci unit-unit rumah yang dikatakan sebagai kuota politik dan kami dibawa melihat sendiri unit-unit tersebut sebagai bukti," katanya kepada pemberita di kawasan perumahan kos rendah Taman Botanic di sini hari ini.
Hadir sama Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin dan wakil Gabungan Angkatan Pembela Anak Selangor (GAPAS) , Durrani Izam.
Azlan berkata, setelah beberapa kali penyerahan pangsapuri kos rendah tersebut ditunda dan Haji Mohd. Yatim pula gagal dihubungi, para pembeli mengambil tindakan bertemu sendiri dengan wakil Menteri Besar di pihak pejabat Menteri Besar di Shah Alam.
"Dalam pertemuan itu, wakil Menteri Besar mengakui kewujudan unit-unit pangsapuri kos rendah tersebut, namun jika para pembeli mahu memiliki kediaman itu mereka perlu memohon pinjaman daripada bank dan bukan membeli secara sewa beli.
"Sedangkan dengan pendapatan sebanyak RM1,500 bagaimana bank mahu meluluskan pinjaman kami, ada antara kami yang sudah lanjut usia sudah pasti permohonan tidak akan diluluskan.
Seorang lagi pembeli Hasbullah Ismail,40, berkata, dia pada mulanya langsung tidak meragui kesahihan transaksi jual-beli rumah tersebut kerana Haji Mohd. Yatim telah memberi resit bukti pembayaran dan surat-menyurat menggunakan kepala surat Permodalan Negeri Selangor Bhd. (PNSB) dan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).
"Apa yang kami persoalkan ialah wakil Menteri Besar menyatakan, jika kami mahukan rumah yang telah dibayar lima peratus tersebut kami perlu membuat pinjaman bank.
"Sedangkan, semasa kami ditawarkan unit rumah kos rendah tersebut, kami diminta membayar secara sewa beli tanpa faedah kerana sebagai golongan berpendapatan rendah kami tidak mampu membayar faedah bank yang tinggi," katanya.
Justeru katanya, para pembeli menggesa agar Menteri Besar campur tangan bagi menyelesaikan masalah yang menghantui pembeli yang teraniaya kerana pihak yang terlibat mengutip wang lima peratus hampir RM1.37 juta dari lebih 600 pembeli jelas mewakili agensi Kerajaan PKR Selangor.
Suara Politik
Taminsari
Selasa, November 08, 2011
Kerajaan Selangor didesak bela nasib 600 pembeli rumah murah!
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didesak membela nasib kira-kira 600 pembeli rumah murah yang mendakwa ditipu seorang individu berjawatan penting dalam parti itu jika mereka benar-benar prihatin dengan masalah rakyat.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar berkata,pembeli rumah terbabit telah datang berjumpa dengannya dan mengadu dengan mengenai masalah yang dihadapi.
Beliau berkata, lebih menyedihkan apabila kesemua pembeli rumah murah itu telah membayar wang pendahuluan sebanyak RM2,300 setiap seorang tetapi sehingga hari ini, rumah yang dijanjikan tidak dibina!
" Pada pilihanraya umum yang lalu, PKR berjanji untuk menyediakan rumah murah kepada mereka sekiranya berjaya menubuhkan kerajaan di negeri itu.
" Akan tetapi selepas beberapa tahun berjaya menubuhkan kerajaan negeri, rumah yang kononnya diberi mengikut 'kuota politik' itu tidak wujud malah wang pendahuluan pembeli juga lesap," katanya.
Mengulas lanjut, Noh turut mempersoalkan kemana perginya wang pendahuluan yang dibayar kesemua 600 pembeli rumah tersebut yang dianggarkan berjumlah kira-kira RM1.2 juta.
" Saya mencabar kerajaan negeri supaya menyelesaikan masalah pembeli itu dengan segera kerana kebanyakkan pembeli adalah mereka yang kurang berkemampuan dan tidak seharusnya pemimpin terbabit memperdayakan rakyat seperti itu, " tegasnya.
Mengulas hasrat DAP yang mahu mengurangkan jumlah penjawat awam, Noh berkata, DAP sepatutnya lebih fokus mencari jalan dalam menyelesaikan masalah rakyat dinegeri yang diperintah mereka dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang kontroversi semata-mata untuk meraih populariti murahan!
" Contohnya di Selangor, walaupun Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah wakil rakyat dari PKR, tetapi rakyat tahu DAP lebih dominan dan berkuasa dalam membuat sebarang keputusan untuk kerajaan negeri.
" Sehubungan itu, DAP yang mendominasi gabungan PKR dan PAS sepatutnya lebih fokus melihat kelemahan pentadbiran di negeri yang di perintah sebelum mereka boleh menuduh Kerajaan Pusat dengan pelbagai tuduhan tidak berasas," tegasnya.
BN menyedarkan semua rakyat betapa Pakatan Rakyat itu suka berbohong dan menabur fitnah jahat. Tiada niat sekelumit pun dari Pakatan Rakyat untuk membela nasib rakyat, malah perjuangan sebenar mereka hanyalah tidak lebih untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan menipu rakyat dengan janji-janji yang bakal dimungkiri. Begitulah resam " sesumpah ".
Hakikatnya PAS menjadi " balaci " lagi kali ini. PKR menjadi " tukang sorak " manakala DAP menjadi " raja ".

Reaksi dari pelbagai pihak terhadap kenyataan Tony Pua-ka!
Berikut adalah reaksi dari pelbagai pihak terhadap kenyataan Tony Pua yang berhasrat mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara! Antaranya adalah :
Tee Beng - Laksana dulu di Selangor, Pulau Pinang!
Hasrat DAP untuk mengurangkan jumlah penjawat awam sekiranya parti itu dipilih mentadbir negara selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti menunjukkan sifat kebencian sebenar parti itu kepada bangsa lain, khususnya orang Melayu.
Menariknya, dakwaan itu bukan dibuat pemimpin Melayu, sebaliknya oleh pemimpin Tionghua sendiri iaitu Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng yang pernah 'tidur sebantal' dengan DAP sewaktu beliau menjadi wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dahulu.
Menurut Tee Beng, DAP melalui Setiausaha Penerangannya, Tony Pua, sedar bahawa orang Melayu menguasai 90 peratus jumlah perjawatan dalam sektor awam dan demi memastikan undi kaum Cina kekal, parti itu sanggup mengeluarkan kenyataan berbaur rasis.
"Memang jelas ini kenyataan rasis yang bermatlamat untuk menyerang sektor awam kerana 90 peratus perjawatan di sektor ini dikuasai orang Melayu. Kalau kakitangan awam ini dikurangkan, kesannya kepada siapa kalau bukan kaum Melayu itu sendiri?
"Saya berkata demikian kerana DAP ataupun Tony Pua tidak memberi pelan alternatif di sebalik idea ini. Apakah dengan sekadar menamatkan separuh daripada jumlah kakitangan awam ini akan menjadi lebih kos efektif dan mampu memberi imej yang lebih baik kepada kerajaan.
"Sebab itu saya kata DAP parti paling rasis. DAP mendakwa UMNO rasis kerana parti itu membela orang Melayu tetapi sebenarnya DAP yang paling rasis kerana perjuangan parti itu hanya untuk satu kaum sahaja," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Tony Pua yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa, DAP mahu mengurangkan jumlah penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien bagi mengurangkan bajet kerajaan.
Dalam pada itu, Tee Beng mencabar DAP dan pembangkang membuktikan perancangan tersebut di Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan terlebih dahulu jika benar mereka yakin langkah berkenaan mampu meningkatkan tahap efisien kakitangan awam.
"DAP perlu laksanakan dahulu hasrat mereka itu di negeri-negeri yang dikuasai pembangkang dan kita tengok apa reaksi rakyat. Apakah hasilnya nanti benar-benar memberi keputusan yang efisien kepada budaya kerja kakitangan awam mahu pun kepada bajet kerajaan," katanya.
Beberapa kesatuan sekerja juga hari ini bangkit menentang hasrat DAP yang mahu mengurangkan bilangan penjawat awam. Sambil menyifatkan, ia satu tindakan berunsur politik dan mempunyai agenda tersirat, kesatuan-kesatuan juga menyifatkan cadangan itu sebagai tidak rasional serta tidak berasas.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, hasrat tersebut adalah tidak rasional kerana tidak mempunyai alasan yang munasabah.
“Kami di bidang perguruan khususnya menolak 100 peratus hasrat tersebut yang dilihat bukan satu langkah bijak.
“Lebih-lebih lagi peningkatan pelajar sebanyak 500,000 orang setiap tahun manakala banyak guru yang akan bersara menyebabkan keperluan guru meningkat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas mengenai hasrat DAP untuk mengurangkan kakitangan awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara dan mengukuhkan dakwaan bahawa parti itu tidak selesa dengan penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.
Manakala, Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri tidak bersetuju dengan hasrat tersebut yang dilihat boleh menyebabkan kualiti perkhidmatan terjejas.
“Contohnya, dalam bidang penguatkuasaan seperti kami, sekiranya tenaga kerja dikurangkan, sudah tentu akan menyukarkan untuk mengawal jumlah kenderaan yang berjuta-juta.
“Tidak mungkin, suatu masa nanti kita mahu menswastakan perkhidmatan awam yang menyebabkan lebih mementingkan keuntungan berbanding untuk berkhidmat kepada rakyat,” ujarnya.
Dalam pada itu, Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Kebangsaan Malaysia (Kesukma), Abdul Rahman Mohd. Nordin berkata, pengurangan itu lebih membawa keburukan daripada kebaikan yang mana meningkatkan lagi pengangguran dan kebergantungan khidmat luar sehingga menyebabkan kos lebih tinggi.
“Hasrat DAP dilihat mempunyai agenda tersirat umpama ada udang di sebalik batu. Dalam perkhidmatan kami, bilangan pelajar semakin lama makin meningkat dan memerlukan penambahan kakitangan mengikut keadaan,” jelasnya.
Bagi Pengerusi Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia (KPKSM) Cawangan Kuala Lumpur, Ja‘apar Mansor berkata, tidak semestinya pengurangan bilangan penjawat awam akan dapat mengurangkan bajet kerajaan malah boleh menyebabkan kesan yang sebaliknya.
Pengerusi Persatuan Pekerja Wanita, Silam Hassan berkata, pengurangan berkenaan adalah agenda DAP untuk mengurangkan hasil ekonomi orang Melayu dan ini membuktikan mereka kurang senang dengan pencapaian bumiputera kini.
“Jika penjawat awam rata-rata bangsa Melayu dikurangkan, mereka juga sukar untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberi peluang untuk menjawat jawatan di syarikat milik bukan Melayu,” katanya.
Menurut Presiden Kesatuan Pekerja Pekerja KTMB, Abdul Razak Md. Hassan berkata, hasrat tersebut perlu dibantah keras kerana kewujudan pelbagai sektor awam di negara ini adalah inisiatif kerajaan dalam membantu rakyat di negara ini agar mempunyai punca pendapatan.
“Adakah dengan berniat mengurangkan jumlah penjawat awam maka ruang kerja akan disediakan oleh mereka yang terlibat. Ini sesuatu yang perlu dipandang serius dan ditentang kerana akan meningkatkan jumlah pengangguran,” katanya.
Presiden Kesatuan Sekerja Kakitangan Makmal, Kementerian Pendidikan Malaysia (KSKM), Hamran Ahmad menyatakan kenyataan yang dibuat Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua itu lebih berat kepada unsur-unsur politik daripada menjaga kepentingan penjawat awam yang lebih 80 peratus terdiri daripada orang Melayu.
“Mengurangkan jumlah kakitangan bermakna ada penjawat yang akan kehilangan kerja. Ini akan membantutkan perkembangan ekonomi negara dan akan memberi impak yang tidak sihat kepada negara,” katanya.
Kesatuan Pekerja Sistem Penerbangan Malaysia turut membantah cadangan DAP dengan menyifatkan ia sebagai tidak berasas.
Presidennya, Alias Aziz berkata, kerajaan yang baik ialah kerajaan yang dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyatnya bagi menjamin kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.
Dan terbaru kenyataan dari Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyifatkan kenyataan pembangkang untuk mengurangkan bilangan penjawat awam jika berjaya mengambil alih kerajaan pusat sebagai idea yang jumud.
Sambil menentang cadangan itu habis-habisan Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, penjawat awam tidak harus dijadikan mangsa kepentingan politik pihak yang ketandusan idea.
"Tak pernah perkara begini dijadikan isu politik. Jadi kita rasa terguris dan kecewa, di mana mereka sepatutnya lebih menghargai kita. Tak sepatutnya pemimpin yang nak meneraju negara menyekat peluang rakyat untuk sama-sama menyumbang untuk kemajuan negara.
"Kalau nak meneraju negara, tetapi tak nak menghadapi beban, tak nak menghadapi risiko jangan jadi pemimpin,” katanya kepada pemberita selepas majlis penjelasan isu semasa penjawat awam di Universiti Putra Malaysia, dekat sini hari ini.
Bagi penulis, nampak sangat kenyataan Tony Pua itu bukan berdasarkan kajian tertentu, malah tiada perbandingan antara sektor awam di negara ini dengan negara maju yang lain. Ini menggambarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab tanpa mengkaji peranan penjawat awam yang telah memberi khidmat kepada negara.
Jika kita membuat perbandingan, tidak semua ekonomi dalam dunia sama, malah sektornya berbeza. Mungkin mengikut peratusan tertentu, nisbah pekerja sektor awam di negara ini lebih tinggi berbanding negara maju lain.
Ini kerana keperluan Malaysia terhadap penjawat awam berbeza dengan negara lain. Jadi kita perlu pandang hal ini secara keseluruhan dan sumbangan yang telah diberikan oleh mereka, baik dari segi perkhidmatan mahupun bidang ekonomi.
Sesebuah syarikat yang mengurangkan kos dengan membuang pekerja belum pasti memberi kesan yang baik terhadap perkembangannya. Kadangkala kesan sampingan syarikat yang membuang pekerja lebih teruk. Jadi perkara ini perlu diambil kira!
Hasrat DAP sebenarnya tidak pernah mempedulikan nasib rakyat dan hanya mementingkan kuasa semata-mata. Ia juga membuktikan bahawa parti berkenaan telah gagal mempamerkan kredibiliti sebagai pemerintah sebelum berjaya menguasai negara ini.
DAP belum pun memerintah negara lagi, mereka hanya memerintah Pulau Pinang sahaja tetapi timbul pula idea bodoh seperti itu yang hanya membebankan rakyat. Apa yang sebenar mereka fikirkan?
Hasrat DAP itu juga membuktikan bahawa parti berkenaan mempunyai motif tertentu terutamanya apabila mengambil kira bilangan orang Melayu yang bertugas dalam sektor awam. Sebagai orang Melayu nilailah sendiri hasrat yang disuarakan DAP itu. Janganlah kita tersilap memilih pemimpin untuk mentadbir negara kerana kelak kita sebagai rakyat yang akan mengalami kerugian.
Adakah kenyataan Tony Pua ini mempunyai muslihat dan agenda tersirat parti rasis itu semata-mata. Fikir-fikirkanlah!
Suara Politik
Taminsari
Apakah agenda sebenar DAP!
Persoalan yang menjadi perbualan hangat sekarang? Apakah tujuan dan muslihat sebenar DAP! Adakah DAP mahu bermain dengan api perkauman!
Hasrat DAP mahu mengurangkan bilangan penjawat awam sekiranya dipilih sebagai pemerintah negara mengukuhkan dakwaan bahawa parti berkenaan tidak selesa melihat penguasaan orang Melayu dalam sesuatu bidang.
Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, semua pihak sedar majoriti penjawat awam merupakan orang Melayu dan DAP tidak selesa dengan perkara tersebut.
“Mereka (DAP) memang ada agenda tersembunyi menerusi hasrat tersebut dan bukanlah semata-mata mahu mengurangkan perbelanjaan kerajaan seperti didakwa.
“Mereka ini memang tidak boleh tengok orang Melayu lebih sedikit dalam sesuatu. Kita (Melayu) memang ramai dalam sektor awam, jadi mereka cuba untuk mengurangkan penguasaan kita dalam sektor tersebut,” katanya.
Menurut Zulkifli, DAP seharusnya melaksanakan terlebih dahulu hasrat mereka itu di negari-negeri ditadbir pembangkang dan lihat kesannya.
“Saya cabar mereka laksanakan dahulu hasrat mereka itu di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan. Kita tengok apa reaksinya,” jelasnya.
Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Penerangan DAP, Tony Pua yang disiarkan dalam sebuah akhbar berbahasa Cina baru-baru ini bahawa kerajaan DAP akan mengurangkan penjawat awam dan menamatkan perkhidmatan mereka yang tidak efisien seperti yang dilakukan kerajaan China bagi mengurangkan bajet kerajaan
Adakah ini satu lagi provokasi DAP yang tersirat dengan agenda tertentu! Manakala
Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor pula berkata, itulah belang sebenar DAP yang bersikap rasis dan menanam kebencian terhadap orang Melayu dan asas negara.
Katanya, konsep Malaysian-Malaysia yang dimulakan oleh PAP dan diteruskan oleh DAP adalah atas semangat yang sama iaitu tidak mengiktiraf Melayu dan Islam sebagai teras negara ini.
‘‘Cuma semangat rasis dan kebencian itu hanya muncul sekarang setelah DAP yakin mereka boleh peralat dan tunggang pemimpin Melayu yang terdesak seperti Anwar Ibrahim yang sanggup gadai maruah bangsa dengan didokong sekelompok pro Anwar yang rakus kuasa di dalam Pas.
‘‘Ini membuatkan DAP semakin berani terjemah semangat rasisnya dengan kenyataan terbaru berhubung kakitangan awam itu,’’ katanya.
Sementara itu GAPS dalam kenyataan medianya berkata, GAPS memandang serius hasrat DAP yang akan membuang kakitangan awam yang selama ini menjadi tulang belakang pentadbiran negara.
Adakah DAP berhasrat mahu bermain api dengan membuang kakitangan kerajaan! Kakitangan awam negara ini merupakan antara kakitangan eksekutif yang terbaik di rantau ini. Pentadbiran awam Malaysia yang berakar umbi dari pentadbiran United Kingdom mewarisi sebuah corak pentadbiran yang cekap, berintigriti lagi profesional.
Pembentukan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan SuruhanJaya Perkhidmatan Negeri sejak merdeka dulu adalah contoh terbaik betapa serius nya pengasas negara yang mahukan perkhidmatan awam yang profesional, berintigriti dan bebas dari pengaruh politik.
Pengalaman diperintah Pakatan Pembangkang di negeri Selangor dalam tempoh 4 tahun ini pula memperlihatkan dengan jelas campur tangan politik dalam perlantikan kakitangan awam.
Kemelut perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri adalah bukti bagaimana rakusnya Menteri Besar sehingga sanggup mencadangkan pindaan undang-undang tubuh kerajaaan negeri semata-mata mahu SUK yang dilantik itu adalah pilihan nya. Kuasa DYMM Sultan Selangor mahu diketepikan oleh MB semata-mata mahukan SUK yang cenderung kepada parti politik pembangkang.
GAPS ingin menempelak hasrat pakatan pembangkang yang rakus, zalim dan tidak berperi kemanusian terhadap perkhidmatan awam sekarang dan pada masa akan datang. Negara tidak memerlukan politikus yang hanya berupaya membaiki labu atau menjadi monyet yang mendapat cincin.
GAPS akan mendokong penuh dan mempertahankan pentadbiran awam yang profesional, berintigriti, cekap dan bebas dari pengaruh politik. Politik ugutan oleh DAP kepada kakitangan awam ini memang menjelaskan lagi realiti pakatan pembangkang jika mendapat kuasa untuk memerintah.
Itu sebabnya untuk sekian kalinya kakitangan awam dan rakyat akan menolak dalam PRU 13 kumpulan politikus chavanis yang semakin mabuk mahu mendapatkan kuasa, yang jika terpilih akan menzalimi rakyat dalam setiap dasar yang mereka bentuk.
Bagi penulis, DAP belum pun memerintah negara lagi, mereka hanya memerintah Pulau Pinang sahaja tetapi timbul pula idea bodoh seperti itu yang hanya membebankan rakyat. Apa yang mereka fikirkan?
Adakah mereka tidak sedar tindakan itu hanya memberi lebih banyak kesan negatif daripada positif kepada rakyat. Kadar pengangguran negara akan meningkat dan apabila ia berlaku masalah lain membabitkan aktiviti sosial serta ekonomi juga akan terlibat.
Kalau beginilah cara pemikiran pemimpin DAP, mereka telah gagal sejak dari awal lagi. Pemimpin seumpama ini tidak seharusnya dibenarkan memerintah kerana hanya akan menghancurkan negara sahaja!
Gesaan kepada semua kakitangan awam khususnya yang berketurunan Melayu, nilailah sendiri hasrat yang disuarakan DAP itu. Janganlah kita tersilap memilih pemimpin untuk mentadbir negara kerana kelak kita sebagai rakyat yang akan mengalami kerugian
Apa yang dikatakan oleh YB Zulkifli dan Senator Ezam itu ada kebenarannya! Mereka memang cemburu apabila melihat ramai orang Melayu yang sudah menjadi golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana.
Orang Melayu kini sudah mampu memiliki rumah besar, jawatan besar dan lain-lain hasil dari kerja keras kerajaan BN yang memerintah sekarang dan sebelum ini. Tetapi agak mengecewakan bila ada diantara Melayu-melayu ini yang lupa daratan sehingga sanggup bersekongkol dengan cina-cina biaDAP ini untuk menjatuhkan Melayu itu sendiri! Fikir-fikirkanlah sebelum nasi menjadi bubur! Wallahuallam.