Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Mei 16, 2011
Perbezaan nilai kepimpinan Pas!
Tentulah tidak pernah terlintas di fikiran kita bahawa Pas akan bertukar imejnya dari sebuah parti yang memperjuangkan kesucian prinsip moral Islam berasaskan kepada hukum Allah akan sampai kepada peringkat mempertahankan zina, suatu dosa besar dalam Islam.
Apa yang mustahil sekarang ini telah menjadi satu realiti. Imej Pas sebagai parti pelampau Islam telah bertukar kepada liberal dan lebih toleransi daripada UMNO dalam isu-isu keagamaan seperti soal penutupan aurat, arak, judi, hiburan dan sebagainya.
Maka itu apabila mereka mengadakan tunjuk perasaan untuk mempertahankan prinsip-prinsip ini seperti mengharamkan perjudian dan membantah konsert hiburan maka masyarakat menjadi begitu sinis terutama sekali apabila melihat sikap mereka mempertahankan klip video seks seorang pemimpin yang dua kali disahkan tulen oleh pakar pengimejan video luar negara.
Sekalipun personaliti dalam klip video itu belum disahkan 100 peratus tetapi tanda- tanda yang menjurus ke arah pengesahannya adalah lebih besar dari kemungkinan ketidakbenarannya.
Dalam keadaan ini, apakah wajar bagi sebuah parti Islam mengambil sikap terus menafikannya tanpa membuat perhitungan dari segi logik, profesionalisme dan kewajarannya.
Dari segi logiknya telah berkali-kali, Pemimpin Pembangkang, Anwar Ibrahim mengambil tindakan saman malu terhadap media atas berbagai-bagai isu melibatkan maruahnya tetapi kenapakah dalam soal pendedahan video seks yang pendedahan oleh semua media tanpa berselindung lagi tidak diambil tindakan olehnya?
Apabila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat sanggup menyatakan bahawa” Tak masuk syurga tuduh Anwar terbabit dalam video seks” maka ternyata beliau telah menjalankan suatu kempen ke arah mempertahankannya, mengelirukan anggapan masyarakat dan bukannya menyeru kearah mencari kebenaran.
Sewajarnya berasaskan kepada laporan polis yang mengatakan video itu tulen maka “Tok Guru” tidaklah wajar untuk menolak sama-sekali kebenarannya. Sebagai Menteri Besar yang memahami masalah keselamatan tidak boleh menolak secara membuta-tuli setiap siasatan yang dijalankan oleh polis.
Bagaimanapun nampaknya pucuk pimpinan Pas telah berpecah dalam isu ini iaitu golongan Nik Aziz yang termasuk Ahmad Sabu, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Husam Musa dan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang membuat pelbagai kenyataan untuk meragukan masyarakat terhadap video seks itu. Umpamanya Sallahuddin mempertikaikan keperluan pengesahan kali kedua yang katanya telah menyebabkan kredibiliti polis dipersoal.
Salahuddin seorang yang terpelajar nampak seperti terikat dengan Nik Aziz sehingga menggambarkan dirinya sebagai yang tidak dapat berfikir seperti majoriti orang berfikir bahawa tindakan polis mendapatkan pengesahan kali kedua itu dari pihak Amerika Syarikat semakin memperteguhkan kejujuran dan kredibiliti Polis.
Ada juga pihak Pas yang berfikir kenapa tidak disebarkan sahaja video itu seperti yang dilakukan terhadap video seks Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek. Jika ini dilakukan sudah pasti ia tidak memberikan apa apa kesan dari segi untuk menyelamatkan negara ini dari terjatuh ke tangan yang salah atau orang tidak sihat.
Tentunya video seks itu akan tenggelam begitu sahaja dengan penafian demi penafian yang cukup pintar dan dengan lakonan yang begitu neutral yang hanya mampu dilakukan oleh Anwar sahaja.
Dengan segala bukti yang jelas pun beliau dapat menafikannya sebagai fitnah yang maka apatah lagi jika disebarkan secara yang tidak bertanggungjawab.
Datuk Trio telah melakukan tanggungjawab yang sangat besar kepada bangsa, agama dan negara kerana berani mengambil tanggungjawab ini tanpa berselindung dan bersedia untuk menerima segala akibatnya. Tindakan Anwar yang dalam keadaan panik melaporkannya kepada Polis telah memudahkan lagi kerja mereka.
Di samping kekecewaan kita yang amat sangat tentang keruntuhan moral sebahagian dari pemimpin Pas ini, seluruh ahli Pas tidak seharusnya merasa terlalu kecewa kerana masih ada beberapa orang pemimpin mereka yang tetap mahu membawa Pas keluar dari krisis moral yang amat getir yang sedang dihadapinya sekarang. Secara bijak mereka cuba mereka memisahkan diri dari pemimpin pemimpin dalam parti dan di luar parti yang tidak bermoral.
Umpamanya Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa menyatakan bahawa Pas sedang menanti perkembangan isu rakaman aksi seks yang didakwa melibatkan Anwar ekoran pengumuman terbaru polis mengenai ketulenan video itu seperti disahkan oleh pakar luar dengan penoh minat.
“Kita pegang kenyataan polis yang mengatakan video itu tulen seperti disahkan mereka sebanyak dua kali tetapi apa tindakan polis dan pihak terlibat seterusnya adakah sebarang pendakwaan atau saman kerana isu ini telah berlarutan.” katanya.
Soalnya apakah Nik Aziz akan sanggup menerima tindakan terhadap Anwar jika dia disahkan sebagai pelakon dalam video itu atau adakah sebarang tuduhan terhadapnya setelah pengesahan akan dianggap sebagai fitnah dan Nik Aziz masih memerlukan empat orang saksi.
Yang sebenarnya Nik Aziz, Husam dan Salahuddin telah jauh terjebak dalam politik survival Anwar dan krisis moralnya dan mereka berada dalam keadaan terpaksa mempertahankan moral Anwar demi mempertahankan moral mereka sendiri. Apakah nilai moral bagi orang yang mempertahankan perzinaan?
Setiap rakyat negara ini harus memberikan tabik hormat kepada pihak polis yang terus berpegang kepada prinsip profesionalisme untuk menyelesaikan masalah video seks ini sekalipun desakan orang ramai semakin hebat supaya pendedahan dibuat segera.
Pertama sekali Polis telah mengesahkan ketulenan video itu tanpa mendedahkan pelakonnya tetapi dalam pengesahan kali kedua Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata” Kalau dah video itu sahih, yang lain lain tuan puan buat andaianlah”
Kenyataan ini belum dapat meyakinkan penyokong penyokong Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Selayang dan Petaling Jaya dan kerana itu mereka telah mengadakan Majlis Munajat Umat Tolak Fitnah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang baru- baru ini tetapi malangnya mereka telah dihadiahkan dengan VCD seks Anwar untuk mereka melihat mana yang lebih hebat antara konsert Battle of The Band atau Battle Of the Video.
Tetapi Mufti Perlis Dr. Juanda Jaya yang telah melihat video itu sebagai dokumentari perundangan menganggap VCD seks itu lebih hebat. Maka itu beliau sebagai pemimpin Islam yang bertanggungjawab telah menyeru pihak berkuasa bertindak segera terhadap pelaku rakaman video yang didakwa mirip Anwar.
Beliau mahukan Jabatan Peguam Negara, Penguatkuasa Syariah dan Pendakwa Syarie dan Mahkmah syariah jangan jadi penonton dan duduk di atas pagar sahaja.
Islamis yang terpelajar dan progresif seperti inilah yang diperlukan lebih ramai oleh Pas untuk membantu Nasaruddin dan lain-lain lagi pemimpin Pas yang jujur bagi menegakkan Islam yang hakiki di negara ini dengan menampakkan diri mereka sebagai ulama yang realis, progresif dan modenis dan bukannya ulama zaman jahiliah.-UM.
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan