Selasa, Februari 01, 2011

Karpal Pooo Singh cuba kelirukan rakyat?

Bukanlah sesuatu yang menghairankan bagi Karpal Pooo Singh untuk bertindak mengelirukan rakyat dalam isu beliau sebagai saksi kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim kerana kedudukannya sebagai Pengerusi DAP sendiri adalah mengelirukan.

Ini kerana meskipun Karpal merupakan Pengerusi DAP, tetapi Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng mempunyai kuasa yang lebih tinggi. Seperti yang kita tahu, kebiasaannya parti yang mana Setiausaha Agung lebih berkuasa daripada Presiden ialah parti komunis!

Jika dilihat pendirian Karpal sebelum ini yang bercanggah dalam kes liwat melibatkan Anwar apabila mendakwa mempunyai bukti mengenai aktiviti liwat Ketua Pembangkang itu pada 1997. Karpal bagaimanapun kini bertindak mempertahankan Anwar malah, menjadi peguam bela utama dalam kes berkenaan.

Karpal sepatutnya menyatakan pendiriannya dengan lebih jelas berhubung penglibatannya dalam kes liwat Anwar atas dasar kewibawaannya sebagai seorang peguam yang sudah lama berkecimpung dalam bidang undang-undang. Situasi yang sama juga dapat dilihat dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila Anwar Ibrahim dilihat lebih berkuasa daripada Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang merupakan Presiden parti.

Malah, kuasa dalam kepimpinan Pas juga mengelirukan rakyat apabila Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilihat lebih berkuasa berbanding Presidennya iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang!

Kerana itu Karpal boleh berkompromi dalam isu undang-undang kerana beliau mempunyai agenda yang lebih besar dalam bidang politik dan bukannya sebagai seorang peguam! Karpal juga tidak seharusnya menjadikan isu undang-undang sebagai alat untuk mencapai agenda peribadinya dalam politik dan cuba mengelirukan semua pihak dengan mengunakan isu tersebut.

Karpal sebenarnya ada agenda tersendiri. Sekarang dia sudah tersilap langkah. Masalahnya, dia sepatutnya memperbetulkan keadaan tetapi dia tidak buat begitu! Apa yang berlaku antara Karpal dan Anwar adalah kerana kedua-dua mereka mempunyai matlamat peribadi masing-masing.

Kedua-dua mereka ada agenda masing-masing. Anwar dengan matlamat besarnya hendak menjadi Perdana Menteri manakala Karpal pula untuk kepentingan DAP. Semuanya amat ini amat jelas! Mungkin Jabatan Peguam Negara juga perlu memainkan peranan penting dan tegas berhubung perkara tersebut. Jabatan itu sepatutnya membuat keputusan yang lebih jelas tentang kedudukan Karpal dalam kes liwat Anwar dan bukannya pihak lain.

Apa yang jelas sekarang ini kita tidak boleh ikut cara Karpal kerana dia sudah meletakkan politik lebih daripada undang-undang. Yang penting adalah Peguam Negara sendiri memainkan peranan bagi mengelak perkara ini menjadi isu yang lebih serius! Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan