Selasa, Januari 18, 2011

Pindaan bakal menguatkan lagi cengkaman DAP di Selangor!


















DAP lah sebenarnya dalang disebalik kekusutan isu SUK yang berlaku sekarang sehingga menyebabkan MB Khalid bakal mengadakan sidang DUN tergempar pada 24 Jan nanti. MB Khalid sebenarnya telah dijadikan kuda tunggangan oleh DAP untuk terus mencengkam kuasa di Selangor tanpa disedari oleh rakyat!

Khalid menolak nama Khusrin kerana Khusrin tegas dalam mengimplementasi enakmen syariah negeri dan titah DYMM Sultan Selangor. Khusrin adalah pilihan DYMM tetapi tidak kepada DAP. Segala apa yang dilakukan oleh Khusrin selama ini adalah bertentangan dengan kehendak DAP!

Yang nyata DAP melalui Teresa Kok kini sudah mula bersuara! Ini menunjukkan siapa sebenarnya dibelakang Khalid dalam isu pelantikan SUK yang baru Datuk Mohd Khusrin Munawi.

Tegas Teresa dalam kenyataannya baru-baru ini, " DAP Selangor akan mengambil langkah meminda semua perlembagaan negeri untuk memberi kuasa kepada mereka untuk melantik sesiapa sahaja yang mereka suka termasuk jawatan setiausaha kerajaan negeri".

Teresa telah mendedahkan butiran tersebut yang akan dibentangkan dalam sidang DUN pada 24 Januari ini, di sebuah forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH) di ibunegara baru-baru ini.

Katanya, kerajaan negeri akan meminda Perkara 52 (1) perlembagaan negeri supaya tiga jawatan terpenting - setiausaha negeri, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri - dilantik oleh suruhanjaya perkhidmatan awam Selangor.

Kerajaan negeri juga akan membentangkan satu lagi usul untuk membolehkan suruhanjaya perkhidmatan awam negeri, memilih dan menaikkan pangkat pegawai kanan perkhidmatan awam, seperti ditetapkan dalam Perkara 97 (1).

Yang peliknya Teresa Kok tidak pula menyatakan pindaan perlembagaan itu bagi memberi kuasa kepada Sultan Selangor! Inilah mainan DAP di Selangor membuktikan Khalid hanyalah boneka kepada DAP!

Sebenarnya helah Khalid untuk mengembalikan kuasa Sultan tidak ada sama sekali. Dengan meminda supaya Sultan dan MB yang memilih tiga jawatan tersebut, ia bermakna pemilihan jawatan kerajaan bukan melalui proses perkhidmatan awam tetapi melalui proses politik.

Khalid akan menggunakan pindaan 1993 Perlembagaan Persekutuan yang mana Sultan perlu terima cadangan dan pilihan MB. Jika tidak terima selepas 30 hari, maka ia akan dikira terima.

Jadi yang sebenar berkuasa ialah Khalid atau MB dan bukan sebenarnya Sultan seperti dalam aturan sekarang. Bilamana MB Khalid yang dicucuk hidung berkuasa, ianya secara tidak langsung bermakna DAPlah yang sebenarnya berkuasa. Fikir-fikirkanlah. Wallahuallam.

Suara Politik
Taminsari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan