Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Julai 12, 2010
KASTA : Perwakilan MIC bidas PM!
Ketika Kongres MIC berlangsung di PWTC , seorang perwakilan membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran komennya mengenai amalan kasta dalam menentukan siapa yang harus memimpin parti itu. Ketika membahaskan ucapan presiden, Ramasamy menyifatkan perdana menteri tidak wajar membuat komen seumpama itu di dalam dewan yang penuh orang India yang menghadiri kongres MIC ke-64.
Semalam, ketika merasmikan kongres tersebut, Najib menggesa MIC supaya tidak menggunakan sistem kasta sebagai faktor utama atau penentu untuk memilih pemimpin di semua peringkat. Perdana menteri berkata, pemimpin perlu dipilih berdasarkan keupayaan, kebolehan dan kewibawaan untuk berkhidmat kepada masyarakat India.
Bagi penulis apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Najib itu ada kebenarannya. Memang dari dahulu " kasta " adalah duri dalam daging bagi MIC! Jika dilihat secara logiknya keadaan kaum India di negara ini, mengapa mereka memerlukan begitu banyak parti-parti politik mewakili mereka padahal jumlah mereka cuma mewakili peratusan kecil jumlah penduduk Malaysia.
Sebenarnya masalah masyarakat India hendaklah diselesaikan sendiri oleh orang- orang India seperti ketua-ketua masyarakatnya. Samy Vellu mungkin telah cuba sedaya upaya semasa beliau berada di dalam Kabinet. Malangnya, masalah terbesar di kalangan pemimpin-pemimpin India adalah kerana mereka tidak boleh bersatu. MIC dengan Samy Vellu-nya, IPF dengan ketua barunya, PPP dengan Kayveas-nya manakala MIUP dengan Nalakarupan-nya.
Walaupun mewakili penduduk minoriti iaitu lebih kurang 2 juta dari penduduk Malaysia, namun pemimpin-pemimpin mereka tidak boleh duduk semeja untuk berbincang. Masyarakat keturunan India Malaysia sebenarnya masih kuat berpegang dengan 'sistem kasta' seperti yang diamalkan di negara India itu sendiri.
Perkara itu memang tidak boleh dinafikan. Kita boleh lihat sendiri cara-cara golongan bertaraf sederhana dan tinggi (kasta atasan) berinteraksi dengan golongan bertaraf rendah. Golongan bertaraf tinggi pada kebiasaan akan memandang rendah golongan bertaraf rendah. Agak sukar untuk dipercayai apabila ada kalangan masyarakat India yang masih berpegang kepada amalan ini. Sebab itu kita boleh lihat orang kaya dari golongan bertaraf tinggi akan bertambah kaya, manakala yang miskin dari golongan bertaraf rendah akan menjadi bertambah miskin.
Yang kaya agak sukar untuk membantu golongan miskin. Mereka tiada kata sepakat dalam mencari jalan untuk membantu kaum mereka sendiri. Mungkin di atas sebab-sebab inilah mendiang Tan Sri Pandithan keluar dari MIC dan menubuhkan parti IPF kerana kecewa dengan tindak tanduk MIC tidak mahu membantu golongan miskin di kalangan penduduk keturunan India. Contohnya penduduk-penduduk India di estet-estet di seluruh negara.
Penulis masih teringat kata-kata mendiang Tan Sri Pandithan semasa beliau terlantar sakit di hospital suatu ketika dahulu:
" Saya akan berjuang dalam IPF sehingga ke akhir titisan darah saya. Ada pihak berkata Pandithan akan menjual parti, membubarkan IPF setelah kembali berdamai dengan Samy Vellu. Ini semua tidak benar . Hari ini saya jawab kesemua tuduhan yang dilemparkan ke atas saya. Pandithan akan mati sebagai ahli IPF dan tidak akan membubarkan parti ini sehingga akhir nyawa saya," katanya .
Antara kata-kata lain mendiang yang menyentuh hati adalah, " Bukan pilihan saya untuk lahir dalam keluarga berkasta rendah, ini semua ditentukan oleh Tuhan yang juga menentukan siapa yang akan dilahirkan sebagai Melayu, Cina atau India. Malangnya manusia tidak menyedarinya." ..
Selagi ikatan 'kasta' tidak terlerai, selagi itulah masyarakat India akan berdepan dengan masalah kemiskinan tegar dan masalah-masalah lain kerana di kalangan mereka sendiri tiada kata sepakat. 'Sistem kasta' inilah yang sebenarnya menjadi batu halangan kepada masyarakat India di Malaysia untuk bersatu dalam memajukan bangsa mereka sendiri.
Dan apabila mereka gagal, mereka akan menyalahkan orang lain terutamanya UMNO seperti yang didakwa oleh Hindraf kononnya kerajaan BN yang ditunjangi oleh UMNO gagal membantu mengatasi masalah kaum India di Malaysia. Hakikatnya orang India sendiri yang gagal membantu kaum mereka sendiri.
Suara Politik
Taminsari
memang hanya mereka sendiri yang boleh selesaikan masalah. kerajaan hanya boleh membantu dan menunjuk jalan tetapi diri sendiri perlu berubah.
BalasPadammasalah kasta sudah sebati dengan bangsa mereka.sudah terikat menjadi budaya dan agama.
pergilah seluruh duniapun, masalah orang india adalah sama iaitu kasta.
malangnya sekarang orang melayupun nak mengikut kasta.orang pas dengan islam pas. tak sama dengan islam orang lain.islam orang lain islam plastik.