Kebelakangan ini sudah timbul polemik mengenai ketuanan Melayu. Mungkin kita tertanya-tanya, apakah salah dan hina ketuanan Melayu jika ia tidak pun menindas orang lain, apatah lagi merampas harta benda dan hak orang bukan Melayu sebagai penduduk negara ini.
Jika isu ketuanan Melayu yang menjadi masalah kepada orang muda dari kaum Cina dan India, maka kita perlu menerangkan asas mengapa ketuanan Melayu itu menjadi salah satu perjuangan UMNO. Malahan sebahagian orang muda Melayu sendiri hari ini sudah tidak faham makna ketuanan Melayu.
Ketuanan Melayu bukanlah untuk menjadikan Melayu ini Tuan dan bukan Melayu sebagai Hamba. Sebaliknya Ketuanan Melayu bermaksud atau simbol kedudukan Sultan-Sultan Melayu sebagai tunggak negara yang menjaga kepentingan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bahasa Melayu.
Sebab itu apabila para pemimpin kita dahulu memutuskan perjuangan mempertahankan ketuanan Melayu adalah untuk mempertahankan kedudukan kesultanan Melayu, agama Islam, adat istiadat orang Melayu dan Bahasa Melayu.
Hanya kerana generasi hari ini tidak memahami makna dan maksud ketuanan Melayu bukan bermakna ia tidak lagi relevan. Apakah hanya kerana ia dijadikan isu bagi menunjukkan UMNO sebuah parti perkauman, maka kita mahu lari dari tuduhan dengan menukar arah perjuangan kita.
Tidak ada salah dengan kenyataan atau laungan mempertahankan ketuanan Melayu sekiranya kita memberi kefahaman yang tepat kepada orang ramai. Mempertahankan ketuanan Melayu merupakan mempertahankan asas-asas Perlembagaan Negara. Apakah perlembagaan negara merupakan sebuah perlembagaan yang berunsur perkauman?
Ketuanan Melayu tidak pernah menindas bangsa lain atau menjadikan bangsa lain sebagai hamba. Selama berpuluh tahun UMNO membawa perjuangan ketuanan Melayu tidak ada satu bangsa pun yang ditindas atau menjadi hamba. Kita melihat begitu ramai orang bukan Melayu yang menikmati kemajuan pesat negara, malah dalam banyak keadaan kaum bukan Melayu meraih kek ekonomi yang lebih besar berbanding orang Melayu.
Masalah kita hari ini, mungkin terdapat pemimpin UMNO sendiri tidak memahami erti ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan. Ada yang merasakan mereka menjadi tuan sehingga lupa maksud asal ketuanan Melayu.
Tekanan
Bagi memberi tekanan kepada UMNO, ada kumpulan tertentu yang memperkenalkan pula slogan ketuanan rakyat. Apakah makna ketuanan rakyat tiada siapa yang tahu. Jika kita katakan ketuanan rakyat ini sebagai menjadikan rakyat sebagai tuan, apakah kita nampak ia dilakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh kumpulan ini? Sehingga hari ini kita belum nampak rakyat menjadi tuan di negeri-negeri ini.
Kita melihat ketuanan rakyat ini merupakan satu usaha meruntuhkan asas-asas Perlembagaan Malaysia yang kita pertahankan dalam perjuangan Ketuanan Melayu.
Apakah yang ingin diruntuhkan melalui slogan ketuanan rakyat? Mungkin kita akan nampak ketuanan rakyat ini akan cuba menjadikan negara ini sebagai sebuah negara republik. Perkara ini boleh berlaku bila mana institusi beraja akan dinafikan atau dicabar haknya dalam isu-isu agama Islam.
Sekarang ini sudah nampak usaha-usaha meletakkan Islam setaraf dengan agama-agama lain. Kuasa sultan-sultan juga sedang dicabar oleh mereka yang tidak pun terbabit dalam pentadbiran negeri dan negara. Mereka juga mendesak kerajaan agar merombak kuasa pelantikan hakim-hakim oleh Majlis Raja-raja Melayu.
Apakah erti segala usaha mencabar segala struktur Perlembagaan ini? Apakah sudah wujud agenda untuk menjadikan negara ini sebagai republik melalui slogan ketuanan rakyat? Bukankah idea-idea ini merupakan usaha mencabar kedudukan Raja-raja sebagai custodian agama Islam dan orang Melayu?
Dengan runtuhnya sistem beraja, maka kedudukan agama Islam akan hanya setaraf dengan agama lain, hak-hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan juga akan turut terkubur bersama matinya sistem beraja di negara kita. Begitu juga nasib yang akan menimpa bahasa Melayu. Ini semua akan berlaku dan jadilah negara kita sebagai sebuah negara republik yang tidak mempunyai agama rasmi, tidak mempunyai hak istimewa orang Melayu dan tidak mendaulatkan bangsa Melayu.
Kita tidak tahu sama ada rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu akan membiarkan perkara ini terjadi. Sebenarnya perkara yang sama telah pun berlaku di negara jiran kita Singapura. Orang Melayu mesti sedar apakah di sebalik gagasan idea ketuanan rakyat ini. Kita bimbang jika ini berlaku akan tercetus kejadian yang akan merosakkan hubungan harmoni di antara kaum yang telah terjalin hasil dari rundingan yang dilakukan di antara tiga kaum ketika merdeka.
Jangan sudah terhantuk baru tergadah. Bangsa Melayu yang tergadai akan hilang pertimbangan dan pada ketika itu emosi akan mendepani perjuangan. Tindakan yang akan diambil merupakan tindakan di luar jangkaan. Orang Melayu bila terus diasak sehingga tiada ruang untuk bergerak, mereka akan mengambil tindakan walaupun mungkin tidak akan menguntungkan negara.
Rakyat Malaysia perlu belajar daripada apa yang berlaku di negara Balkan seperti Bosnia, Serbia dan Croatia bila mana masalah kaum dan agama menjadi pemisah dan pencetus kepada peperangan. Janganlah kerana kita memikirkan untung yang sedikit tetapi akhirnya rugi seumur hidup. Biarlah kita dilihat rugi sedikit hari ini tapi hidup aman hingga akhir hayat.
Ideologi ketuanan rakyat akan membawa satu fenomena yang amat berbahaya kepada negara kita. Orang Melayu tidak akan merelakan raja mereka dinafikan haknya, ketuanan Melayu tidak diberi tempat, agama Islam tidak menjadi agama rasmi negara lagi. Bagi orang Melayu Islam itu agama mereka dan mesti menjadi agama rasmi negara. Raja dijunjung demi mempertahankan agama Islam.
Diharapkan kepada seluruh rakyat Malaysia berfikir untuk maju tanpa mengorbankan sejarah dan pusaka bangsa kita. Perjuangan UMNO adalah untuk mempertahankan sejarah dan pusaka kita.
Kedudukan Raja-raja Melayu, hak orang Melayu, agama Islam dan bahasa Melayu akan terus menjadi tunjang perjuangan ini. Walau apa pun yang diperkatakan, UMNO perlu menegakkan perjuangan ini. "Patah sayap bertongkatkan paruh, namun gunung tetap didaki".- UM
Suara Politik
Taminsari
Hamba berpendapat perkara ini sengaja ditimbulkan kerana kuasa di tangan orang Melayu sudah lemah. Ia disemarakkah atas serampang tiga mata:
BalasPadam1. Orang Melayu beralah dan mengendur untuk memberi lebih banyak ruang untuk kepentingan mereka. Tetapi kehangatan tidak akan selesai setakat itu kerana mereka mempunyai matlamat lebih jauh. Menguasai negara.
2. Dapat mengambil kuasa melalui kebencian dan tidak puas hati yang disokong oleh orang Melayu sendiri.
3. Timbul pergeseran yang memuncak sehingga tercetus perbalahan kaum. Dan mereka ada rancangan lain selepas itu. Campurtangan luar dan akhirnya menubuhkan semula negara ini dengan sistem pemerintahan yang lain.
Kesimpulan:
Walau apa pun yang terjadi orang Melayu tetap kerugian. Kerugian yang tak mungkin akan dapat ditebus kembali.
Peringatan / Cadangan:
Orang Melayu tak boleh leka. Kena bersatu untuk mengekalkan kuasa memerintah tetap di tangan orang Melayu untuk menjamin hak yang adal tetap duduk pada tempatnya untuk semua kaum.
Kena BERSATU.
Salam bro :
BalasPadamAgenda komunisme sedang subur di MERDEKA REVIEW. Rujuk : http://merdekareview.com/bm/
Assalamualaikum saudara,
BalasPadamDalam kita bersama-sama menongkah arus dan memperjuangkan setiap idea dan pendekatan ke arah kemakmuran dan keamanan sejagat,saya mohon jasa baik saudara untuk letakkan blog saya,
http://10sibudakhitam.blogspot.com/
dalam blog list saudara.Blog saudara juga telah saya masukkan dalam list saya agar kita dapat sama-sama berkongsi memartabatkan agama dan bangsa tercinta.
Salam dari 10 Si budak hitam..
KETUANAN MELAYU vs KETUANAN RAKYAT.
BalasPadam-----------------------------------
Saya rasa istilah KeTuanan Melayu ni,ditukar kpd KEPIMPINAN MELAYU.
Ini adalah kerana istilah TUAN ni sebenarnya digunapakai dizaman penjajah British dahulu.Apabila puak British dah balik,pemerintahan
diambilalih olih orang Melayu yang ingin menyambung cara pentadbiran
British,yang gemar dipanggil dgn gelaran TUAN itu dan ini ,yang lazimnya Tuan Hj si-polan sipolan..
Ini juga merupakan cara pihak British membuat kita "Subsevient" kepada suruhan dan arahan British!!
so,JANGAN lah kita nak tiru pulak!!
Minggu lepas,2/01/2010,saya telah keMelaka,kota bersejarah yang sememangnya penuh brsejarah,yg masih ada KESAN2 SEJARAH nya, disekitar kota lama,Bukit St.Paul,dimana terdapatnya
kesan pentadbiran Portugis,Belanda(Dutch),Inggeris dan terdahulunya
pentadbiran kerajaan orang MELAYU,
sejak tahun 1400,selama 111 tahun!!
Kita bolih juga lihat kesan2 SEJARAH,selepas Inggeris(British),
iaitu selepas 1957,dimana kaum CINA
yg datang ke MALAYA pada tahun 1890an,telah mau mencuba mendapatkan
KUASA PEMERINTAHAN,selepas tamat pernaklukan JEPUN(1942-1945).Ini adalah kerana keghairahan mereka pada masa itu dengan keMUNCULan kuasa KOMINIS diChina dan Russia..!
(Usaha puak2 Kominis ni berterusan
dari 1941-1989)..INGAT tu,usaha Kominis ni baru berhenti pd 1989, tapi adakah ia betul2 berkubur???
selepas 20 tahun dari 1989 ????
USAHA MIM untuk terus memegang tampok pemerintahan,bersambung kembali selepas 1957(MERDEKA)tetapi
banyak peristiwa dan TOLAK ANSUR (atau TOLAK BERANSUR)telah terpaksa
dibuat,antara nya:
1)Pemberian keRAKYATAN atas dasar
"JUS SOLI" pada tahun 1955.Ini bermakna memberikan kerakyatan kpd
SESIAPA pendatang yang ada diMALAYA
ketika itu.Mereka boleh beranak pinak selepas itu.Jumlah kerakyatan
ini,900000-1000000 orang.Ini skrg
telah bertambah kepada 11JUTA orang
2)Dengan kerakyatan,dapat peluang
PEMILIKAN HARTA yang tak terhingga,
asalkan bukan dengan cara HARAM.Ini
telah meningkatkan pemegangan harta
dan KEKAYAAN kepada lebih 70% pada keseluhannya.......
3)HAK hak orang MELAYU saperti yang
termaktub dalam perlembagaan REID pd tahun 1955 tidak di endahkan,
sebaliknya tlh mula dipertikaikan.!
Ini yg jadi isu DEB tak disuka dan
dipersetujui,kalau terpaksa setuju,
cuma dibibir saja.Hak2 ugama sekarang telah banyak dibangkitkan.
Begitu juga dengan KETUANAN RAJA2 dan kuasa mereka.Soal pelajaran
dipertahankan mengikut perlembagaan
tak mau dijadikan sistem nasional,
sebaliknya mengikut bahasa ibuanda.
MACAM MANA nak dapat PERPADUAN dlm
ertiKATA SEBENARnya kalau bahasa MALAYSIA tidak dihormati sepenuhnya
cuma dibibir saja????
RENUNG2 LAH SEKETIKA.........
ZorroTeam Malaysia
Salam kepada semua yang sudi memberikan ulasan-ulasan yang bernas disini.
BalasPadamBagi saya jika bukan Melayu masih lagi mempersoalkan tentang Ketuanan Melayu, adalah lebih baik mereka cermin dulu diri masing-masing tentang asal-usul mereka.
Hayati apa itu kontrak sosial, apa itu rukun negara dan apa yang termaktub dan terkandung didalam perlembagaan. Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu.
Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.
Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah " Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung".
Sama-samalah kita renungkan.
Wallahuallam
P/s : Kepada 10 Budak Hitam, saya telah addkan blog suadara disini. Terima kasih. Salam perjuangan..