Rakyat negara ini yang kecewa kerana permintaan melampau mereka tidak dipenuhi oleh kerajaan diminta berpindah ke negara lain yang mungkin dapat melayani permintaan tersebut.
Sehubungan itu juga, Penasihat Majlis Permuafakatan Ummah (Pewaris), Dr. Ahmad Zaki Ismail menggesa kerajaan membatalkan status warganegara mereka yang tergamak membuat tuntutan yang bertentangan dengan semangat Perlembagaan Persekutuan.
Langkah tersebut katanya, mampu membantu negara untuk mencapai gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Justeru para pemimpin kerajaan diminta tidak mengalah terhadap tuntutan melampau pihak-pihak tertentu bagi memenuhi kepentingan mereka," katanya.
Menurutnya, adalah lebih baik mereka yang terbabit berpindah ke negara lain yang dirasakan selesa untuk tinggal daripada menimbulkan pelbagai masalah di negara ini.
Beliau mengulas teguran Perdana Menteri terhadap sikap beberapa pihak di dalam dan luar kerajaan yang cuba mengambil kesempatan daripada gagasan 1Malaysia dengan membuat tuntutan keterlaluan dan tidak munasabah.
Perdana Menteri semalam berkata, 1Malaysia diwujudkan untuk meningkatkan penghayatan rakyat pelbagai kaum dan agama terhadap aspek perpaduan nasional.
Ahmad Zaki berkata, sekiranya kumpulan yang mengemukakan tuntutan itu terdiri daripada golongan rakyat yang prihatin, sudah pasti mereka tahu untuk menilai sesuatu permintaan tersebut.
Sementara itu, Pengarah Projek Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, permintaan pihak tertentu seperti pertubuhan haram Hindraf memperlihatkan mereka seolah-olah bukan warganegara Malaysia kerana bertindak tanpa berasaskan Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menegaskan, rakyat tidak boleh mengambil kesempatan ke atas konsep Satu Malaysia dengan sewenang-wenangnya berhasrat untuk mengubah identiti negara.
"Mereka ini tergolong di dalam pihak-pihak bersuara lantang yang cuba menukar dasar yang diamalkan oleh negara sejak sekian lama sehingga boleh mengakibatkan keharmonian negara terjejas.
Dan yang menjadi masalahnya pula adalah apabila pemimpin Melayu Islam sendiri yang menyokong tindakan mereka.
Apabila berhadapan dengan masalah yang sebegini, Penulis sering teringat kata " orang tua-tua dahulu "....
Generasi orang Melayu terdahulu atau lebih sinonim disebut "orang tua-tua" dalam konteks budaya orang Melayu mempunyai dan mewariskan kebijaksanaan yang tidak ternilai harganya. Kebijaksanaan silam "orang tua-tua" berkait rapat dengan perihal hidup, sarat dengan nasihat serta peringatan.
Sehingga kini kita sendiri pun tidak tahu siapakah individu yang menitipkan warisan kebijaksanaan silam kepada generasi hari ini. Tetapi yang pasti mereka tentunya bukanlah bertaraf sarjana atau cerdik pandai yang dikenali ramai. Bagaimanapun kecerdikan dan kebijaksanaan mereka tetap relevan dengan semua zaman, biarpun kita dengan angkuhnya berkata, "Kami hidup dalam dunia pasca-moden".
Dalam meredah kehidupan politik masa kini, kita janganlah angkuh menolak kebijaksanaan silam yang banyak memberi peringatan tentang sepak terajang manusia. Orang Melayu sudah lama diingatkan berfikirlah banyak kali untuk melepaskan anjing tersepit kerana anjing jarang mengenang budi orang berjasa kepadanya. Peringatan yang dititipkan oleh entah siapa tetapi sangat berguna supaya kita jangan menjadi mangsa anjing yang kita tolong. Orang Melayu memang terkenal dengan baik hati dan pemurah hingga membinasakan diri.
Barangkali ada baiknya kita menoleh, menghayat dan membaca kembali pesan-pesan yang bijaksana ditinggalkan oleh generasi terdahulu. Banyak perkara yang disentuh oleh generasi silam berlaku kepada kita pada hari ini dan tentunya peringatan tentang perilaku orang Melayu perlu diberi perhatian. Pesanan yang dikiaskan kepada alam budaya di sekitar orang Melayu mempunyai maksud yang sangat mendalam.
Apabila mereka melihat perihal kaduk yang menyerupai sirih dan menjalar di junjung sirih, mereka pun berpesan, jangan jadi seperti kaduk naik junjung. Kaduk lupa diri dan perasan ia adalah sirih, satu yang penting dalam alam budaya orang Melayu. Tetapi kaduk tiada gunanya. Kemudian kita pun temui pesanan berbunyi, kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan.
Kebaikan yang tidak bertempat atau melampau selalunya mengundang kesusahan kepada diri sendiri. Malah orang Melayu terdahulu juga menyindir perihal orang Melayu sendiri, dagang lalu ditanakkan nasi, anak di rumah kelaparan. Kisah orang dagang mahu memijak kepala orang Melayu tidak pernah selesai. Orang Melayu sudah melakukan pengorbanan "menanakkan nasi" atau memberi peluang untuk hidup kepada orang dagang biar pun anak-anak mereka tidak berpuas hati. Inilah kebaikan orang Melayu tetapi akhirnya sikap itu memakan diri apabila orang dagang terlupa sifat-sifat seharusnya sebagai pedagang atau perantau.
Orang Melayu mesti mengingati semua pesan-pesan silam generasi terdahulu supaya mereka tidak terkena untuk kali yang entah ke berapa. Ketika ada pihak yang memperleceh dan mempertikaikan kedudukan orang Melayu kononnya tidak berlaku adil kepada kaum lain, inilah padahnya, "Dagang lalu ditanakkan nasi, biar anak sendiri kelaparan." Maka benarlah kata orang tua-tua, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.
Orang Melayu kena mengingati pesanan supaya mereka jangan lagi memagar nyiur yang condong, buahnya jatuh ke halaman orang. Orang Melayu bersusah payah memberi baja dan menjaga supaya perdu pokok kelapa sentiasa selamat, tetapi orang lain yang mengutip buahnya. Yang buruknya mereka ini tidak mengenang budi. Ini sama seperti memberi susu dibalas tuba. Wallahuallam...fikir-fikirkan lah wahai HINDRAF!!!
Suara Politik
Taminsari
Salam Belantan,
BalasPadamHINDRAF persatuan HARAM. Nak buat Tuntutan HARAM pula. Inilah sikap yang menyebabkan di Sri Lanka ada LTTE.. dan Negara India bil kemiskinan dan jenayah tinggi. Manakal perbalahan kaum sering berlaku.Brontak...brontak...brontak. Dan Pengetuanya Pula Reformasi..reformasi reformasi.. kita sudah puas dengan Pembelaan golongan Professional terhadap Penjenayah yang bersembunyi dibelakang "Innocent Until Proven Guilty". Bagi golongan ini "pemeras ugut", "Pencuri Kerita", "Peragut", "Pemulut Manis" yang mula saja cakap semutpun mula berkeliaran dibibirnya- itulah 'PEMBELA BANGSA AGAMA DAN NEGARA - tahi kucing. Rakyat Malaysia juga sudah tidak mampu lagi membiarkan POLITIKUS yang mengambil kesempatan memuaskan "HAWA NAFSU POLITIKNYA ATAS NAMA makhal sakhti.. yang HARAM TETAP HARAM. Para Tok Kopiah dan Nek Purdah harus mula mengenal "NERHAKA JAHANAM" VS "NERHAKA JANAM" dan mengenal "HARAM HALAL" dan "HALAL HAHAL". Jangan nanti pekikan 'TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR! dijawab pula - Makhal Shakti!!!
lihat bagaimana geng PKR puji komunis macam malaikat di blog saya
BalasPadamhttp://penembak-tepat.blogspot.com/2009/05/edisi-pagi-amin-iskandar-puji-parti.htmljuga tengok artikel lengkap tentang kekejaman komunis di sini
http://anginperubahan.blogspot.com/2009/05/komunis-tiada-maaf-bagimu.htmlkomunis memang celaka !!!
jika majoriti setuju apa salahnya..
BalasPadamsekarang pkr-dap-pas-n ntah apa-apa setuju bawa masuk chin peng, hapus deb, hapus isa, tutup mahkamah kerana tidak adil..dan bla..bla.. yang bertentangan dgn apa yg BN lakkan..
kalu rakyat setuju sila pangkah demo-demo ni masa PRU-13 nanti..saya tiada halangan..
jika ada apa2 pada negara nanti..tanggunglah sendiri.
Salam,
BalasPadamPR sememangnya sudah melampau sekarang.. kuasa pengaruh mereka kuat kerana ia adalah sesuatu yang orang suka - berbuat sesuka hati mengikut telunjuk nafsu selagi mampu.
Kuasa rakyat ini lantang dilaungkan manusia yang tidak bertamadun sekarang, dipergunakan untuk menghalalkan semua perkara yang bertentangan dan dipertahankan UMNO selama ini.
Maka wujudlah satu istilah yang disebut hak rakyat. Dengan istilah sebegini maka luaslah peluang beberapa anasir-anasir jahat untuk menyelinap dan mengambil kesempatan atas apa yang berlaku di sebalik pertikaian politik BN-PR.
Kita semakin terdedah dengan cubaan penyokong PR untuk menghalalkan komunisme dan menyanjungi pejuang PKM. Kita juga terdedah dengan cubaan penyokong PR yang menghalalkan agama dan ayat suci kita dieksploitasikan. Di manakah kebaikan yang kita dapat hasil perbuatan melampau pihak sebegini?
tolong tgk link ini...
BalasPadamterima kasih...
selamat...
http://my.88db.com/my/Services/Post_Detail.page/Business/Business_Services/?PostID=243328