Ahad, Mei 10, 2009

Pejuangan Bangsa Melayu di Tanah Melayu !

PERKEMBANGAN politik tanah air akhir-akhir ini mendorong penelitian semula beberapa buku yang ada kaitan dengan sejarah politik negara kita. Buku-buku ini menunjukkan pada tahun 1946 telah merakamkan beberapa peristiwa amat penting yang pertama kali berlaku dalam sejarah perjuangan bangsa kita.

Sultan, pembesar negeri, pemimpin pertubuhan dan rakyat jelata Melayu, semuanya ada peranan dalam peristiwa-peristiwa itu. Berapa ramaikah generasi sekarang yang tahu akan peristiwa-peristiwa itu? Berapa ramai pula yang cuba belajar daripada apa yang telah berlaku itu?

Orang yang tidak mempedulikan sejarah, terutama yang aktif berpolitik, politiknya akan jadi seperti pengembara tanpa pedoman. Sejarah tak pernah berbohong, justeru siapa yang lupa sejarah, akan dihukum oleh sejarah. Malangnya, dalam zaman Internet dan gagahnya budaya komersial sekarang ini, semakin ramai orang yang merasakan sejarah tidak perlu dipelajari. Yang penting adalah apa yang ada di depan mata dan masa depan, bukan masa lalu. Masa lalu itu hanya nostalgia orang tua-tua.

Sejarah 62 tahun lalu, 10 Februari 1946 dianggarkan lebih 15,000 umat Melayu mengadakan tunjuk perasaan menentang Malayan Union, di Batu Pahat, Johor. Tunjuk perasaan ini telah dipimpin oleh Datuk Onn Jaafar, Pegawai Daerah Batu Pahat. Sebelum peristiwa ini, pada penghujung tahun 1945, satu berita bahawa Harold MacMichael telah mendapat persetujuan raja-raja Melayu untuk menubuhkan Malayan Union yang telah mengejutkan orang-orang Melayu dan secara spontan tercetuslah gerakan protes, dalam beberapa minggu saja jadi semakin garang dan semakin kemas. Tunjuk perasaan 10 Februari ini adalah demonstrasi politik Melayu pertama yang paling besar dan menjadi perangsang terjadinya demonstrasi yang sama di negeri lain di seluruh Semenanjung Tanah Melayu.

Wakil kerajaan British, Harold MacMichael, yang tiba pada 11 Oktober 1945, dengan tipu helahnya dan secara sulit hanya dalam masa dua bulan, antara 20 Oktober hingga 21 Disember telah berjaya mendapat tandatangan persetujuan kesemua sembilan Sultan. Kerajaan British mengumumkan rancangan terperinci Malayan Union pada 22 Januari 1946 dan perisytiharannya ditetapkan pada 1 April 1946.

Nyatalah mereka telah mempersiapkan rancangan ini apabila ada tanda-tanda Jepun akan kalah dan gagasan politik baru itu akan dilaksanakan sebaik saja mereka kembali ke Tanah Melayu, ketika keadaan masih kucar-kacir. Orang Inggeris berpendapat, bangsa Melayu tidak bersatu, sangat taat setia kepada raja negeri masing-masing, masih suka dan kagum kepada Orang Putih, bodoh dan tidak begitu mempedulikan politik, pegang raja rakyat akan menurut perintah!

British mungkin tersalah baca peta politik Asia selepas Perang Dunia Kedua. Pada 12 Januari 1946 surat khabar Majlis menyarankan Datuk Onn tampil untuk memimpin orang Melayu menentang gagasan Malayan Union. Dan pada 23 Januari, Datuk Onn menulis kepada Utusan Melayu menjemput semua pertubuhan Melayu untuk bersatu menentang British dan mendirikan sebuah pertubuhan kebangsaan bagi melancarkan perjuangan politik bangsa Melayu. Pada 15 Februari, sebagai langkah permulaan, Datuk Onn menganjurkan demonstrasi besar di Batu Pahat.

MAKA pada 1-3 Mac 1946, wakil-wakil 41 pertubuhan Melayu berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru. Inilah kongres nasional politik Melayu yang pertama. Dan untuk pertama kalinya, selama tiga hari, kerajaan British telah dikritik habis-habisan dalam perhimpunan politik Melayu. Orang Putih bukan lagi tuan, tetapi musuh yang sangat jahat. Selain mengambil keputusan menentang Malayan Union, kongres ini tanpa bangkangan, bersetuju menubuhkan parti politik Melayu: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).

Semangat kebangsaan dan kesedaran politik-ekonomi di kalangan orang Melayu, telah bermula sekitar tahun 1920-an. Akan tetapi kesulitan perhubungan dan sentimen kenegerian tidak mendorong wujudnya gerakan perjuangan yang bersifat nasional. Lagipun yang dirasakan mengancam kedudukan orang Melayu waktu itu, bukan penjajah Inggeris, tetapi pedagang dari benua China. Maka wadah yang wujud waktu itu hanyalah pertubuhan di peringkat negeri dan daerah. Pertubuhan inilah yang berkumpul di Kelab Sultan Sulaiman pada awal Mac 1946.

Namun sejak tahun 1920-an, akhbar dan majalah Melayu terus-menerus menjadi suara politik Melayu-Islam, merentasi batas daerah dan negeri. Pengarang akhbar dan majalah waktu itu adalah nasionalis yang sangat komited kepada perjuangan bangsa. Maka dalam masa yang amat singkat - walaupun orang Melayu miskin dalam serba-serbi - PEKEMBAR berkembang jadi wadah politik yang perkasa. Diperkasakan oleh semangat kebangsaan, bukan oleh wang ringgit dan kedudukan.

Namun kerajaan British masih memandang rendah dan remeh kepada kebangkitan politik Melayu ini. Mereka tetap mahu mengisytiharkan penubuhan Malayan Union pada 1 April 1946 dan sembilan sultan akan menyertai upacara pelantikan gabenor - raja baru Tanah Melayu. Keadaan amat kritikal, masa sangat mendesak. Saya yakin British memperhebat perang sarafnya mencari sokongan dan melemahkan perjuangan Melayu. Datuk Onn telah bertindak berani dan pantas.

Dari awal permulaan lagi, sikap bukan Melayu mengenai Malayan Union amat berbeza dengan orang Melayu. Kebanyakan bukan Melayu menyokong cadangan British itu. Di antara tahun 1946 dan 1948, Datuk Onn mengetuai orang Melayu menentang Malayan Union, sementara Tan Cheng Lock pula memimpin bukan Melayu untuk menyokong Malayan Union dan kemudian membantah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.''

Pada zaman itu Perjuangan politik kaum Cina di Tanah Melayu adalah lanjutan daripada perjuangan di China. Ia tidak ada kaitan untuk mendapatkan kerajaan sendiri atau kemerdekaan di Tanah Melayu. Maka pada 30 dan 31 Mac, Datuk Onn, atas nama kongres, memanggil mesyuarat tergempar dan memutuskan:

- Meminta sultan-sultan memboikot upacara perisytiharan Edward Gent sebagai Gabenor dan semua majlis berkaitan dengan Kerajaan Malayan Union.

- Meminta semua orang Melayu yang dilantik sebagai ahli Majlis Penasihat Malayan Union menolak pelantikan itu.

- Sebagai tanda memprotes dan berkabung, orang Melayu diminta memakai lilit kain putih pada songkok.

Pada waktu itu sultan dari sembilan negeri telah pun berkumpul di Station Hotel (di Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur) untuk menghadiri upacara pelantikan gabenor. Maka pada 31 Mac, Datuk Onn menghadap Sultan-Sultan, menyampaikan keputusan Kongres itu. Beliau meminta sultan-sultan menyertai umat Melayu menentang Malayan Union. Datuk Onn memberi amaran, sekiranya sultan-sultan terus menerima Malayan Union dan menghadiri juga upacara itu, rakyat tidak lagi akan mengakui sultan-sultan sebagai raja mereka. Inilah pertama kali orang Melayu berani berkata demikian kepada raja mereka. Dan akhirnya semua sultan bersetuju tidak akan menghadiri upacara pelantikan itu.

Menurut seorang ahli akademik, A.J. Stockwell, kisah ini tidak selesai di situ. Pada pagi 1 April, sekali lagi Datuk Onn menghadap. Agak mengejutkan apabila Datuk Onn melihat semua sultan telah bersiap sedia dengan pakaian istiadat untuk menghadiri upacara pelantikan gabenor. Apa yang menyebabkan sultan-sultan ini mengubah fikiran tidak dapat dipastikan. Tetapi setelah berlaku sedikit perdebatan, Datuk Onn berhasil memujuk Sultan-Sultan dan membawa mereka ke beranda hotel menyaksikan ribuan rakyat yang masih menunjukkan kesetiaan kepada Raja mereka.

Peristiwa yang tak terduga oleh sultan-sultan ini amat menyentuh perasaan mereka, dan menyedarkan mereka kembali, akan kedudukan mereka sebagai raja yang mestilah bersama rakyat. (Selama dijajah British - raja-raja dengan kedudukan dan kemewahan mereka - tidak banyak mengetahui kehidupan rakyat, sehingga mereka tidak dapat membaca hati rakyatnya). Hampir tidak ada juga pembesar dan pegawai tinggi Melayu seperti Datuk Onn. Sehingga sekarang pengaruh budaya British masih jadi syarat pakaian semasa menghadiri majlis-majlis rasmi sambutan keputeraan sultan setiap tahun.

Namun British masih berdegil. Malayan Union diisytiharkan juga tanpa kehadiran sultan-sultan. Langkah-langkah baru diambil untuk menyatukan perkhidmatan kehakiman, pasukan polis dan perkhidmatan awam. Semua aset milik kerajaan negeri dipindahkan kepada Kerajaan Malayan Union. Gabenor memerintah dengan bantuan Majlis Penasihat Malayan Union. Kerajaan Negeri dihapuskan. Raja-raja Melayu hilang kedudukan. Tiada lagi negeri milik bangsa Melayu.

Kedegilan dan kesombongan British ini telah menyemarakkan lagi semangat orang Melayu. Lalu pada 11 Mei 1946, dalam Kongres di Johor Bahru, lahirlah UMNO dan Datuk Onn dilantik sebagai Yang di Pertua. Semangat dan wadah politik Melayu semakin gagah. Sultan-sultan secara terbuka mulai mengikut menentang Malayan Union dan pada bulan Mei menghantar wakil ke London menyatakan persetujuan mereka ditarik balik.

Pada akhir bulan Jun, British mengakui kekuatan perpaduan Melayu maka perundingan diadakan dengan UMNO dan sultan. Persetujuan prinsip merangka perlembagaan baru dicapai dan UMNO mengesahkan persetujuan ini pada bulan Januari 1947. Kerajaan British dan sultan-sultan menandatangani perjanjian pada 21 Januari 1948. Dan pada 1 Februari 1948 lahirlah kerajaan baru Persekutuan Tanah Melayu.

Hasil keseluruhan daripada perlembagaan baru ialah pemulangan Tanah Melayu sebagai negara orang Melayu yang asal. Kedudukan sultan seperti sebelum perang dikembalikan dan autonomi negeri-negeri dikekalkan. Kejayaan dan pengiktirafan ini menjadi titik permulaan kepada perjuangan survival yang semakin rumit dan yang tidak pernah selesai. Semenjak jadi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah sentiasa mengingatkan betapa perlunya semangat kerjasama dipelihara. Yang akan menentukan masa depan bangsa Melayu adalah kekuatan dan keberanian politik, kejujuran dan kebijaksanaan.

Melayu perlu bangkit

Dilema Melayu dalam perbezaan wadah dan perbezaan politik, Melayu perlu bangkit dengan segera untuk mengekalkan kestabilan politik. Mula mempersoalkan tindakan rakus dan kurang ajar kepimpinan bangsa lain yang mahu menjadi juara di mata bangsa mereka kerana politik - kerana mahu tempat dan mahu dihormati. Ini semua kerana kita terlampau bertolak ansur sehingga apabila kita di tolak kita sedikit demi sedikit beransur. Tindakan mempersoalkan ketuanan Melayu adalah tindakan kurang ajar yang sepatutnya tidak hadir dalam kepimpinan BN sendiri. Kepimpinan BN tidak pernah memberitahu kaum pimpinan mereka mengenai Jus Soli dan mengenai kehadiran mereka yang diterima oleh orang Melayu. Ceritakan pada kaum mereka apa makna ketuanan Melayu dan kenapa ketuanan Melayu. Dari mana asal konsep ketuanan dan perlu di ingat antara raja Melayu dan rakyat Melayu juga ada konsep ketuanan. Sudahlah mereka tidak menceritakan perkara sebenar mengenai konsep ketuanan dan hak keistimewaan orang Melayu mereka hadir pula menuntut dan menggesa agar ketuanan di hapuskan.
Sikap kurang ajar mereka hari ini sudah melampau batasan yang sepatutnya ada. Tuntutan demi tuntutan dan kalau kita lihat sepanjang kehadiran mereka di negara yang dikenali sebelum ini dengan Tanah Melayu - tuntutan mereka sudah ada. Mereka sudah menuntut sejak tahun 1930an lagi. Mereka menuntut hak untuk kawasan - menuntut negara ini kerana kononnya mereka yang melaksanakan kemajuan dalam negara ini. Ini sudah sejak sekian lama berlaku. Kita perlu sedarkan kepada mereka bahawa mereka harus menghentikan perjuangan menuntut agar apa yang ada pada Melayu di lucutkan kerana tindakan mereka sedikit demi sedikit akan menyemarakkan perjuangan bangsa Melayu dan sekiranya ini berlaku maka yang akan rugi adalah negara kita.

Melayu sehingga ini tidak pernah menyuarakan tuntutan yang melampau sungguhpun ketuanan sebenarnya di pegang oleh mereka. Tidak ada tindakan mereka yang menyebabkan mereka tidak dibenarkan berniaga. Kita tidak menuntut kerana toleransi kita dan kepercayaan kita pada demokrasi dan hak mereka sebagai warga negara . Kita tidak menghalang mereka dari menjadi orang tengah dan mengaut untung berlebihan dari perniagaan peruncitan yang di dominasi oleh kaum mereka. Kita tidak pernah menyelongkar siapa monopoli pengedar dan pembekal untuk pasar raya utama negara ini seperti Giant dan Hyermarket yang lain. Kenapa tidak kita lakukan - susahkan mereka dengan permit tertentu kerana kuasa di tangan kita. Kenapa kita tidak lumpuhkan industri pembekalan ayam dan lain-lain bahan makanan dengan menyusahkan mereka dari segi mendapat bekalan.

Hatta, kita tidak menghalang mereka menternak babi sungguhpun agama kita meletakkan babi sebagai binatang haram untuk dimakan. Kenapa kita tidak melaksanakan - kuasa politik menyekat aliran ekonomi - membuat penentuan agar ekonomi mereka terbantut. Kenapa tidak kita halang perkembangan perniagaan mereka. Kita ada peruntukkan untuk bumiputera dan peruntukkan 30% itu sudah cukup menunjukkan bahawa yang di tuntut bukan ketuanan tetapi masih lagi peratus hamba ( moden) di negara kita ini.

Melayu sepatutnya sudah mual dengan kenyataan kepimpinan Cina khususnya yang semakin kurang ajar - semakin biadab. Ini bukan perkara baru. Kalau di lihat tuntutan ini sudah berzaman dan tuntutan ini tidak pernah kendur-kendur. Dari sikap kurang ajar mereka menuntut negara ini sehingga hari ini berani pula mempersoalkan asal usul orang Melayu.

Sudah sampai masa kita Melayu bersatu - memastikan bukan sahaja kaum lain faham tetapi kepimpinan kaum lain diajar untuk tidak lagi berani dan angkuh bersuara. Ini kalau diambil sebagai satu nota positif - akan menyelamatkan kedudukan sosiopolitik negara ini dan akan menjana keamanan. Namun kalau diambil secara negatif - tangkap sahaja pejuang Melayu dan biarkan pejuang Cina bebas kerana konon mahu menjaga hati dan perasaan kaum lain sedangkan sensitiviti kaum Melayu di sepak terajang.

Ketuanan Melayu dinodai

Apabila ahli MCA, CHUA Soi Lek berkata "tolak ketuanan Melayu" dan kaum Cina lain lupa mengertikan apakah maksud ketuanan dan sama ada ketuanan itu ada adalah realiti dan hakikat yang ada pada Melayu. Menolak ketuanan Melayu - menolak ekuiti 30% pegangan ekuiti dan mahukan meritokrasi serta bermacam-macam-macam lagi yang di tuntut adalah amat ketara. Kenapa tidak dinilai erti ketuanan dan hakikat siapa yang memegang ketuanan di negara kita ini.

Kalau dikatakan bahawa apa yang ada hari ini adalah ketuanan Cina, bagaimana? Kalau kita katakan bahawa monopoli pegangan ekonomi adalah oleh kaum Cina dan pegangan ekonomi hari ini merujuk kepada siapa yang memegang ketuanan - adakah ini bukan satu kebenaran.

Melayu sudah berdepan dengan desakan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu terlampau lama. Hak ini benar di peruntukkan dalam perlembagaan tetapi hakikat hari ini perlembagaan tidak boleh diharap secara menyeluruh untuk melindungi hak keistimewaan orang Melayu.

Kita tidak boleh berpaling pada perlembagaan sahaja - kita harus sedar apa yang ada di sebalik perlembagaan. Hakikat di sebalik tirai merujuk yang kepada bahawa ketuanan Melayu bukan satu realiti. Realitinya adalah ketuanan Cina. Ini adalah hakikat dan hakikat ini pernah di suarakan oleh Dato Onn sendiri dahulu mengenai syarat memegang ketuanan. Dato Onn sedar ketuanan Melayu akan terhakis sejak British dan sejak kebanjiran kaum lain.

Hakikatnya dominasi Cina sudah wujud lama dan hari ini MCA semakin ganas menyuarakan mengenai hak kononnya mahu mewakili perjuangan Cina.

Adakah mereka lupa bahawa tindakan mereka hanya menggangu-gugat kedudukan keharmonian yang ada. MCA patut bangkit mengatakan erti ketuanan itu dengan jelas. MCA sepatutnya faham bahawa hak keistimewaan Melayu semakin di serang oleh bangsa Cina sendiri. MCA gagal dalam menerangkan kepada orang Cina mengenai kenapa kita tidak seharusnya mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.

Penerangan perlu jelas dan tegas. Masyarakat Cina dan kaum lain harus diberitahu mengenai kontrak sosial. Mereka harus sedar mengenai apa yang telah dikorbankan oleh orang Melayu dan hari ini kita menuntut kefahaman dan bukan bentuk-bentuk pengorbanan yang ada.

Parti lawan juga perlu sedar tindakan mereka yang semakin rakus mahu konon-kononnya mahu hak kesamarataan lantas secara relatif memperkecilkan hak orang Melayu. Alasan mereka adalah UMNO gagal dalam pelaksanaan. Kalau benar UMNO gagal kenapa perlu mereka mengambil alih dengan menggadai hak yang ada? Ini bukan persoalan siapa memerintah.

Kita tidak mahu parti pembangkang turut mempersendakan hak yang ada dengan alasan hak ini termaktub dalam perlembagaan. Kita perlu sedar bahawa ketinggalan Melayu berlaku oleh banyak faktor. Kita berdepan dengan kekukuhan ekonomi bangsa asing yang di pangku oleh penjajah sejak dahulu lagi. Kita perlu memberitahu mereka - ketuanan bukan pada Melayu tetapi mungkin kepada Cina.

Kita sebenarnya bukan memperjuangkan hak baru - tetapi memperjuangkan kedudukan dan martabat orang Melayu dalam ekonomi yang hari ini menentukan ketuanan.

Adakah Negara di ambang republik?

MEMALUKAN, tidak beradab dan gila kuasa. Itulah antara ungkapan yang sesuai untuk menggambarkan kekecohan yang dicetuskan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang pada mesyuarat pertama penggal kedua sidang DUN Perak, 7 Mei lalu.

Kejadian penuh drama itu menyaksikan ADUN pembangkang hilang kewarasan dan emosional sehingga menjadikan suasana tegang, yang belum pernah berlaku dalam sejarah negara.

Lebih daripada itu, rakyat melihat insiden tersebut sebagai suatu penghinaan kepada institusi raja. Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah terpaksa menunggu lima jam sebelum dapat menyempurnakan majlis perasmian.



















Malah pada ketika baginda hendak menyampaikan titah ucapan, pembangkang bertindak mengganggu dengan memohon untuk mengemukakan bantahan. Keadaan itu memaksa Raja Nazrin memanggil bekas Menteri Besar Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin dan bekas exco kanan, Ngeh Koo Ham merapati baginda.

Raja Nazrin antara lain menyatakan kepada kedua-duanya bahawa baginda tidak mahu terlibat dalam suasana sedemikian. ‘‘Saya hanya mahu menyampaikan ucapan, jadi hormati ucapan saya apabila saya menyampaikannya. Anda faham? Jika mahu berurusan dengan saya pada masa depan, anda perlu menghormati ucapan saya. Faham?,” titah baginda sambil meminta kedua-duanya memberitahu barisan ADUN pembangkang yang ketika itu berdiri sebagai tanda bantahan, agar duduk supaya upacara boleh diteruskan dengan lancar.

Sambil termenung panjang memendam rasa marah dan kecewa. Belum pernah raja diganggu sedemikian dan terpaksa meminta ADUN untuk menghormati ucapan baginda. Lalu terlintas di kepala ini , apa hendak jadi jika pakatan pembangkang memerintah negara.

Anehnya ketika BN boleh menerima hakikat kehilangan kuasa sebaik sahaja tumbang di Perak, Selangor dan Kedah pada pilihan raya umum lalu (selain yang pernah terjadi di Kelantan, Terengganu dan Sabah), pembangkang pula bertindak sebaliknya.

Pakatan pembangkang selalu mendakwa kerajaan BN melaksanakan hukum rimba tetapi siapa yang sebenarnya yang berbuat demikian. Apakah ini budaya politik baru yang dirintis oleh pembangkang? Apakah undang-undang perlu sentiasa memihak kepada mereka dan jika tidak maka dituduh pihak lain yang salah. Dengan kata lain, mereka sahaja mesti betul, lebih berhak daripada orang lain dan mesti terus berkuasa dengan memanipulasi demokrasi untuk kepentingan politik.

Tidak menghairankan jika suasana dalam dewan yang mulia umpama acara sarkas dengan ADUN pembangkang mengkasari, menjerit-jerit dan mencaci. Timbalan Speaker, Hee Yit Foong (bebas) yang berstatus Orang Kurang Upaya turut dihina kerana kecacatannya dan diancam oleh ADUN pembangkang. Bekas Speaker, V. Sivakumar pula bersikap kebudak-budakkan enggan mengosongkan kerusi yang bukan lagi haknya. Beliau sendiri yang melacurkan undang-undang. (Tindakannya menggantung Menteri Besar, Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exco BN sebelum ini telah diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu). Percayalah, senario semacam itu tidak akan dibenarkan berlaku di China, India, Singapura mahupun di negara-negara Barat.

Legitimasi atau kesahihan BN berkuasa di Perak adalah jelas dan semudah menghafal sifir untuk kanak-kanak. Pada masa ini, BN dan pakatan pembangkang masing-masing mempunyai 28 kerusi DUN. Di pihak BN, UMNO memiliki 27 kerusi dan MCA satu kerusi. Pembangkang diwakili DAP (17), Pas (6) dan PKR (5). UMNO sendiri ternyata merupakan parti tunggal yang paling banyak kerusi. Bagaimanapun, DUN yang mempunyai 59 kerusi itu kini dikuasai semula BN selepas tiga ADUN pembangkang bertindak menjadi wakil bebas dengan memihak kepada BN. Maka BN mempunyai sokongan majoriti di DUN. Proses itu berlaku dalam lingkungan demokrasi iaitu atas kerelaan tiga ADUN itu untuk menyokong BN (disebabkan kemelut dalaman parti pembangkang sendiri), bukannya dengan melanggar undang-undang atau merampas kuasa menggunakan senjata sebagaimana terjadi sesetengah negara. Tafsirlah angka dan kronologi berlaku peralihan kerajaan itu dengan fikiran yang waras.

Sebenarnya ada isyarat yang amat menakutkan dalam kekecohan di Perak. Ia merupakan petunjuk yang kian jelas bahawa Malaysia mahu diheret menjadi negara republik sebagaimana gagasan salah satu parti dalam pakatan pembangkang. Misi pihak-pihak tertentu untuk mewujudkan gelombang ke arah republik kian ketara. Sebelum sidang DUN itu bermula, gerakan menghimpunkan rakyat atas nama One Black Malaysia sudah bermula. Di dalam blog-blog pembangkang, sentimen menolak dan menghina raja dimainkan secara liar. Siapa dalang di belakang gerakan ini semua? Tidak susah untuk membuat telahan. Ia berkait rapat dengan parti yang sejak awal merdeka lagi mengimpikan negara republik dengan dibantu oleh pemimpin Melayu yang sangat terdesak untuk berkuasa.

Sememangnya ada tangan ghaib di belakang segala gerakan menggunakan demonstrasi jalanan dan provokasi liar ini. Mujur sambutan di kalangan rakyat dingin kerana mereka sudah bosan dengan politiking yang keterlaluan dan keadaan tidak harmoni. Berdasarkan maklumat yang diterima, ada cubaan untuk mencetuskan kekacauan besar dengan menjadikan isu di Perak sebagai pemangkin. Ia antara lain bagi menggugat kerajaan baru pimpinan Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang semakin mendapat keyakinan rakyat dengan pelbagai pembaharuan yang digerakkan.

Insiden itu memang dirancang dari awal untuk menarik perhatian dunia bagi memburukkan imej kerajaan, sebagai satu lagi sabotaj terhadap negara. Tidak hairanlah kekecohan tersebut sama ada di dalam dewan mahupun tindakan polis menjaga ketenteraman awam di luar, mendapat liputan meluas banyak media antarabangsa.

Ia juga bagi memperhebatkan momentum persepsi negatif ke atas imej kerajaan menjelang kes perbicaraan liwat pemimpin PKR, Anwar Ibrahim yang juga ketua pembangkang pada Julai ini. Muslihat sebegini bukan baru. Anwar makin bimbang lebih-lebih lagi banyak perkembangan terkini tidak memihak kepada PKR dan beliau sendiri.

Sebab itu, memang tidak terkejut dengan apa yang berlaku di DUN Perak kerana ia adalah strategi pembangkang untuk sentiasa mewujudkan aktiviti panas dan gelora dari semasa ke semasa agar dapat memainkan sentimen rakyat demi meraih sokongan.

Pembangkang akan terus memainkan rentak agar rakyat sentiasa berpolitik tanpa mempedulikan tumpuan yang sepatutnya diberikan untuk bekerja, menjaga keharmonian dan menangani cabaran ekonomi hidup.

















Apa pun, isu dan insiden terbaru di DUN Perak menuntut renungan semua pihak tentang siapa sebenarnya pembangkang. Pembangkang telah melepaskan kesempatan terbaik untuk memenangi hati rakyat dengan memperlihatkan imej yang amat buruk. Sepatutnya barisan ADUN pembangkang bertindak bijak dengan menerima hakikat mereka tidak lagi berkuasa dan menjunjung institusi raja, nescaya mereka akan mendapat simpati majoriti rakyat. Itu nampaknya tidak berlaku. Yang jelas tindak-tanduk mereka yang menggunakan nama Pakatan Rakyat tidak mencerminkan perasaan dan aspirasi rakyat.

Yang lebih meresahkan ialah gerakan politik pembangkang yang ternyata menggugat institusi raja sama ada tersirat mahupun tersurat. Pada mereka, menghina raja sudah dianggap hak demokrasi. Tanpa kita sedari itulah juga kejayaan pembangkang pasca Pilihan Raya Umum Ke-12. Mereka sudah di pertengahan jalan ke arah negara republik, adakah kita mahu merelakannya? Sama-samalah kita fikirkan.

Suara Politik
Taminsari

3 ulasan:

  1. Salam Tuan,
    sebagai anak melayu yang berjiwa dan bersemangat melayu,geram,sakithati dan meluat dengan gelagat yang ditunjukkan oleh YB YB Pembangkang diperak yang kebanyakan daripada mereka dari chauvenis cina DAP dan PKR.Di depan Paduka Sri Raja Nazrin pula berkelakuan seperti itu,Melayu perlu bangkit dan tunjukkan kepada mereka bahawa jika mereka inginkan terus berniat untuk hancurkan kedaulatan melayu dan Raja-Raja melayu,awas segenap lapisan melayu akan bangun bersatu menentang mereka.
    Melayu perlu untuk bersatu bersama-sama mempertahankan Raja-Raja melayu selepas melihat insiden yang berlaku di DUN perak.UMNO dan PAS mesti bersatu untuk musnahkan DAP dibumi malaysia ini.

    BalasPadam
  2. salam taminsari,

    Selamat menyambut ulangtahun UMNO ke 63. Umurnya lebih tua dari kita tentulah banyak jasa-jasanya,

    11 Mei 1946 - 11 Mei 2009

    BalasPadam
  3. Salam saudara Amir Hamzah.

    Terima kasih kerana mengingatkan saya. Hampir saya terlupa yang hari ini adalah hari ulang tahun UMNO. Selamat menyambut hari ulang tahun yang ke-63 Penubuhan UMNO.

    Semuga UMNO kembali menjadi lebih kukuh dan mantap dari sebelumnya. Para pemimpinnya lebih insaf, ahli-ahlinya lebih berusaha dan bersatu hati bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO. Rakyat perlu diutamakan serta di bela sepenuhnya.InsyaAllah.

    Terima kasih UMNO kerana menjadikan Malaysia lebih dari apa yang dijangkakan.

    HIDUP UMNO DULU,KINI DAN SELAMANYA..

    Salam perjuangan.

    BalasPadam