Jumaat, Mei 08, 2009

Artikel Pilihan : Adakah Perak akan tergadai lagi?

PERAK mendapat nama tersebut daripada warna bijih timah 'perak', yang menjadi sumber pendapatan utama negeri ini sejak beratus tahun.

Malah, sejarah negeri Perak menyebut bahawa Lembah Kinta adalah kawasan yang kaya dengan bijih timah dan dilombong secara besar-besaran. Bijih timah juga lah yang menyebabkan perebutan kuasa di antara pembesar-pembesar Melayu dan kongsi-kongsi gelap Cina.

Disebabkan kekayaan Perak itu, perebutan kuasa di Perak bukanlah sesuatu yang baru. Walaupun pada pertengahan 1980-an, industri melombong mulai menyusut dan aktiviti perekonomian ini mula memfokus kepada pertanian, pengilangan, pembinaan, perniagaan dan juga perdagangan.

Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada industri kecil, perikanan, perhutanan, dan pelancongan. Kini, Perak terkenal sebagai pusat tumpuan industri, pelaburan perniagaan dan pendidikan. Walaupun deruman kapal korek bijih timah sudah hampir 30 tahun tidak kedengaran, Perak tetap menjadi rebutan.

Sejarah Perak mencapai zaman kegemilangannya dibawah sistem kesultanan. Sejak pemerintahan Sultan Muzaffar Shah 1 pada 1528, baginda telah membuka lembaran baru sejarah negeri Perak. Penemuan bijih timah oleh Long Jaafar di Larut pada 1824, turut mempercepatkan proses pembangunan di Perak disamping akhirnya mencetuskan peristiwa perebutan kuasa di kalangan pembesar-pembesar Melayu bagi menguasai kawasan-kawasan melombong bijih timah.

Disebabkan kerana bijih timah jugalah menyebabkan berlakunya empat kali Perang Larut iaitu Perang Larut 1 (1861)hingga Perang Larut 4 (1873) sebelum berlakunya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874. Selama 12 tahun telah berlaku 4 kali peperangan yang melibatkan pemimpin-pemimpin Melayu yang bertentangan dengan disokong oleh kongsi-kongsi gelap Cina yang berlawanan merebut kekayaan bijih timah.

Lihatlah sejarah Perang Larut Keempat yang seterusnya berlakunya Perjanjian Pangkor bagi membolehkan British campur tangan di Perak. Mereka mengambil kesempatan menggunakan perpecahan orang-orang Melayu disebabkan oleh perebutan kuasa di antara Tengku Abdullah dan Tengku Ismail untuk menjadi Sultan untuk campur tangan di dalam pentadbiran negeri Perak.

Perang Larut Keempat meletus dalam tahun 1873, kurang setahun selepas berakhirnya Perang Larut Ketiga. Selepas Kumpulan Hai San dengan bantuan Ngah Ibrahim menguasai semula kawasan lombong di Klian Pauh, Kumpulan Ghee Hin yang disokong oleh Raja Abdullah menyerang balas dengan pejuang dan senjata yang dibawa dari Singapura dan China.

Harta benda milik Ngah Ibrahim juga turut dimusnahkan dan penduduk Melayu dibunuh dan harta benda mereka dimusnahkan. Kekacauan merebak ke daerah Krian, Pangkor dan Dinding. Pembesar Melayu yang sebelum itu menyebelahi kumpulan Cina yang berbalah terperanjat melihat huru hara akibat perbalahan antara dua Kumpulan Cina tersebut. Kemusnahan yang dibawa oleh 40,000 orang Cina yang berbalah membawa padah besar kepada negeri Perak sehingga melibatkan keluarga diRaja Perak.

Peniaga di Pulau Pinang sekali lagi melihat pelaburan mereka hancur lebur akibat perbalahan dan sekali lagi meminta gabenor Negeri-Negeri Selat mengambil tindakan memulihkan keamanan di Perak agar perniagaan mereka tidak kerugian. Dalam pada itu, Raja Abdullah menyingkir Sultan Ismail daripada takhta Perak dan mentabalkan dirinya sebagai Sultan.

Raja Abdullah pada 30 Disember 1873 mengutuskan sepucuk surat kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat meminta bantuan British untuk menghantar "seorang yang cukup berwibawa untuk membolehkan kewujudan satu sistem kerajaan yang baik di Negeri Perak". William Pickering dihantar ke Larut untuk merundingkan keamanan dengan kaum Cina yang berbalah dan untuk menerima penyelesaian dan timbang tara British. Sementara itu Frank Swettenham (yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menulis Jawi) dihantar untuk memujuk pembesar-pembesar Melayu menghadiri perjumpaan di Pulau Pangkor.

Keadaan kian tidak terkawal, dan kekecohan membawa padah kepada pembesar Melayu, kaum Cina dan juga kepada pentadbir British di Negeri-Negeri Selat. Keperluan mengamankan semula negeri Perak kini memberikan sebab kepada British untuk masuk campur dalam pentadbiran negeri Perak. Kesan daripada Perjanjian Pangkor ini, antara lainnya pungutan cukai dibuat oleh Residen British bukan lagi oleh pembesar-pembesar Melayu. Akhirnya berlakulah penentangan pembesar- pembesar Melayu terhadap pentadbiran British di Perak yang membawa kepada pembunuhan JWW Birch di Pasir Salak.



















Paling menyayat hati ialah apabila pembesar-pembesar Melayu seperti Datuk Maharajalela dikenakan hukuman gantung. Oleh kerana tiada bukti kukuh yang boleh menambat Ngah Ibrahim kepada pembunuhan Birch, Ngah Ibrahim, bersama bapa mentuanya Laksamana Mohamad Amin dikenakan hukuman buang negeri ke Kepulauan Seychelles bersama-sama Sultan Abdullah. Pada tahun 1877, Ngah Ibrahim dihantar ke Kepulauan Seychelles untuk menjalani hukuman buang negeri. Begitulah nasib kepada klimak perebutan kuasa yang tidak berkesudahan di Perak. Peristiwa ini dilihat sebagai penghapusan martabat pembesar dan Sultan Melayu di tanah air mereka sendiri.

Semalam pada 7 Mei 2009, sekali lagi peristiwa perebutan kuasa akan berulang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. Menjelang sidang ,berbagai peristiwa telah mewarnainya yang mengamit rakyat menumpukan perhatian kepada politik Perak.Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dah mula ajak orang sembahyang subuh dengan niat untuk berdemonstrasi di Ipoh.

Bagi yang hilang jawatan seperti Speaker DUN Perak, V. Sivakumar, pelbagai usaha dibuat untuk menggagalkan sidang berkenaan termasuk merayu kepada Sultan Perak untuk menangguhkan sidang berkenaan kepada tarikh lain. Namun, paling menarik ialah kenyataan DAP Perak, Ngeh Koo Ham. Ini berikutan, kenyataan terbaru Ngeh menjelang Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, apabila dengan terbuka mempertahankan keputusan Menteri Besar Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir tidak boleh menghadiri sidang DUN kerana telah digantung.
















Namun hakikatnya, Mahkamah Persekutuan pada 16 April lalu telah membuat keputusan bahawa keputusan Sivakumar menggantung Dr Zambry dan enam anggota Exconya sebagai tidak sah dan terbatal. Malah menunjukkan sikap mencabar keputusan mahkamah, Ngeh dalam kenyataanya yang dikeluarkan hari Selasa menyifatkan Mahkamah Persekutuan telah tersalah membuat keputusan tersebut kerana keputusan yang dibuat oleh Sivakumar telah disahkan oleh sidang 'bawah pokok' pada 3 Mac 2009.

Begitulah kemelut politik Perak yang tidak berkesudahan. Jika perebutan kuasa pemimpin-pemimpin Melayu dan pertelingkahan kongsi-kongsi gelap dahulu berakhir dengan Perjanjian Pangkor sehingga akhirnya membawa kepada hukuman gantung dan pembuangan negeri ramai pemimpin dan sultan Melayu apakah klimak akhir dalam krisis politik Perak selepas 52 tahun negara mencapai kemerdekaan.




















Pakatan Rakyat lebih-lebih lagi PAS telah mula mengorak langkah dengan rancangan mengadakan himpunan besar-besaran di Ipoh, Perak pada 7hb Mei semalam. Mereka mengatakan himpunan kali ini lebih hebat dari perhimpunan Bersih dan Hindraf yang berlaku tak lama dulu. Kali ini nak berpakaian hitam pula. Begitu bersemangat mereka hendak menunjukkan betapa ramainya rakyat tidak bersetuju dengan keputusan Sultan Perak. Begitu seronok mereka hendak membuat huru-hara. Adakah ini semua untuk rakyat? Macamana huru-hara boleh membantu rakyat? Fikir-fikirkanlah...

Suara Politik
Taminsari

5 ulasan:

  1. Sidang DUN Perak kecoh

    Perasmian Sidang Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12 tertangguh kira-kira lima jam akibat kekecohan yang berlaku antara penyokong kerajaan dan pembangkang.

    Kecoh dan menghina institusi diraja. Begitulah suasana sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berlangsung hari ini. Majlis perasmian yang sepatutnya berlangsung kira-kira pukul 10 pagi tertunda ke pukul 3.15 petang.

    Hanya selepas kira-kira lima jam drama keangkuhan dan kedegilan barisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang ‘ditayangkan’, barulah majlis pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kedua DUN Perak Ke-12 berjaya disempurnakan.

    Itu pun selepas Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim yang tiba kira-kira pukul 9.30 pagi terpaksa menunggu di kamar diraja kira-kira lima jam.

    Sedangkan sebelum itu, baginda telah pun memeriksa barisan kawalan kehormat dan sepatutnya merasmikan majlis pembukaan selepas itu.

    Peliknya, selepas menimbulkan kekecohan sehingga berlaku adegan tolak-menolak, pergelutan kecil dan hamburan kata-kata kesat, ADUN pakatan pembangkang akhirnya sanggup pula untuk akur.

    Kesemuanya itu didorong oleh sikap angkuh, degil dan tindakan mempermainkan kemuliaan Dewan sehingga mewujudkan suasana tegang dan menuntut Raja Dr. Nazrin supaya ‘menunggu’.

    Dengan diketuai bekas Speaker, V. Sivakumar, Aturan Mesyuarat yang sepatutnya membantu melancarkan perjalanan sidang DUN diketepikan.

    Malah, pakatan pembangkang seolah-olah lupa diri dan tidak menerima hakikat bahawa mereka bukan lagi suara majoriti.

    Sebaik berakhirnya upacara membaca doa, Sivakumar bertegas tidak mahu memulakan sidang DUN selagi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exconya berada di dalam Dewan.

    Beliau turut mengarahkan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas iaitu Hee Yit Foong (Jelapang), Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) meninggalkan Dewan dengan segera.

    Beliau juga mengumumkan tempat duduk ADUN adalah berdasarkan status quo seperti sebelum ini.

    ‘‘Saya tak mahu ketujuh-tujuh orang (Zambry dan enam ahli Exco) yang digantung berada dalam Dewan. Keputusan ini dibuat oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang telah diterima pada 3 Mac lalu, bukan saya.

    ‘‘Saya juga arah ketiga-tiga orang yang saya anggap telah meletak jawatan keluar daripada Dewan. Saya hendak 10 orang ini (tujuh ADUN BN dan tiga ADUN Bebas) keluar Dewan dulu baru mulakan sidang,” katanya sebaik mengambil tempat duduk Speaker dalam DUN di sini hari ini.

    Bagaimanapun, Zambry dan sembilan lagi ADUN terbabit tidak mempedulikan arahan Sivakumar.

    Kekecohan berlarutan sehingga ada ketikanya hampir bertumbuk apabila kedua-dua pihak cuba menegakkan pendapat masing-masing.

    Dalam suasana kelam kabut itu, Zambry membuat usul memecat Sivakumar sebagai Speaker dan Timbalan Speaker, Yit Foong mengumumkan mengambil alih tugas menggantikan Sivakumar.

    Bagaimanapun Sivakumar menegaskan, usul itu tidak boleh diterima daripada seseorang yang telah digantung keahliannya sebagai ADUN.

    Keputusan menggantung 10 ADUN tersebut daripada menghadiri sidang DUN dibuat oleh Sivakumar menerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang bersidang di bawah pokok pada 3 Mac lalu.

    Zambry kemudian mengulangi usul yang sama dan sekali lagi disokong oleh semua ADUN Barisan Nasional (BN) dan tiga ADUN Bebas.

    Sebaik sahaja usul pelantikan Speaker baru diluluskan oleh penyokong BN, Yit Foong mengisytiharkan R. Ganesan sebagai Speaker baru sebelum dipakaikan jubah oleh Zambry.

    Selepas mengangkat sumpah jawatan di bahagian tempat duduk ADUN BN, bekas ADUN Sungkai itu mengambil alih sidang Dewan daripada Yit Foong.

    Empat usul telah diluluskan oleh Ganesan iaitu pelantikan ahli baru bagi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri, Jawatankuasa Perintah-Perintah Tetap dan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

    Turut diluluskan ialah usul membatalkan sidang DUN Perak di bawah pokok pada 3 Mac lalu.

    Sivakumar yang sejak awal mempertikaikan kedudukan Ganesan kemudian menegaskan beliau menolak kesemua usul tersebut.

    Memandangkan situasi yang semakin tegang, Zambry mengusulkan supaya sidang Dewan ditangguhkan selama sejam bermula pukul 11.15 pagi.

    Walaupun ditangguhkan, Sivakumar tetap tidak berganjak daripada tempat duduk Speaker sejak pukul 9.45 pagi.

    Sidang Dewan sekali lagi ditangguhkan pada pukul 1 petang. Ketika ini Sivakumar masih juga berada di tempatnya.

    Keadaan agak terkawal apabila polis mula memasuki Dewan dan mengarahkan Sivakumar bangun daripada kerusi Speaker yang didudukinya.

    Kedegilannya menyebabkan polis dan beberapa petugas Dewan terpaksa ‘mengangkat’ serta mengusung beliau ke luar.

    Walaupun bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin dan ADUN pembangkang masih lagi mempertikaikan tindakan terhadap Sivakumar, namun kehadiran Raja Dr. Nazrin berjaya menenangkan keadaan.

    Selepas baginda berjumpa dengan Mohammad Nizar dan ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, pembangkang dilihat mula mematuhi peraturan Dewan.

    BalasPadam
  2. Persoalan yang masih belum menerima jawapannya......
    Selepas apa yang berlaku di DUN Perak, beberapa persoalan masih terawang-awang di pemikiran kita yang mencari kebenaran .......................

    (1)- Seperti yang kita sedia maklum, keputusan siapa Menteri Besar yang sah hanya akan di putuskan pada 11.05.09 @ isnin ini, persoalannya sekarang semasa persidangan tersebut bermula, siapakah menteri besar yang sah, Datuk Sri Nizar Jamaluddinkah atau Zambry Kadir ?

    (2)- Setelah DUN Perak mula bersidang, Sivakumar adalah speaker yang sah, speaker telah mengarahkan supaya Zambry dan beberapa exconya serta 3 ekor berok yang melompat tersebut keluar dewan, persoalannya arahan tersebut tidak dipatuhi, bentara engggan mematuhi arahan speaker untuk mengeluarkan Zambry dan gengnya dari dewan tersebut.

    (3)- Apakah arahan speaker tersebut sah, jika sah, apakah kesannya terhadap Zambry & gengnya yang engkar terhadap arahan speaker tersebut ?

    (4)- Bentara dewan yang engkar mematuhi arahan speaker, apakah hukuman yang sepatut nya diterima oleh bentara tersebut ?

    (5)- Jika arahan speaker diatas sah, apakah Zambry dan gengnya masih mempunyi majoriti di dewan ? jika tidak, macam mana dia boleh melantik speaker yang baru ?

    (6)- Jika arahan speaker sah, apakah hukumannya kepada polis yang masuk campur, mengheret speaker dan mengurungnya di dalam stor ?

    Setakat ini saya masih tercari-cari jawapannya dari akhbar dan laman-laman blog, namun tidak di temui..................apakah peguam-peguam handalan kita boleh memberikan jawapannya ?
    tolonglah .........916

    BalasPadam
  3. Kalaulah termimpi PR perentah,suruhlah mat sabu buat demontrasi tiap2 hari dan kalau suka tiap2 hari boleh tidoq atas jalan,jangan tidoq dirumah,jangan buat keja lain,demontrasi saja, warna baju boleh lah pilih macam2.Jangan suruh polis tangkap kalau boleh minta polis joint sekali dengan depa....boleh dakap2 dan jabat tangan!
    Kalau ada orang yg rompak atau curi kereta,macam yg baru ni,bolehlah org PKR tolong beli dan tolong cari pasaran nya.polis takyah ambil tindakan .barulah demokrasi namanya....a macam leh ka kaluuuu PR Perentah?????

    BalasPadam
  4. Salam buat ape-ape je..lah..

    Kembalikan kuasa kepada rakyat? Apa yang mahu dikembalikan? 28 + 3 ADUN (ADUN penyokong Kerajaan) yang memegang kuasa dengan restu Sultan ini adakah regim diktator sampai meminta sultan bubarkan DUN dan kembalikan kuasa kepada rakyat.Adakah 28 + 3 ADUN (ADUN Penyokong Kerajaan) yang menjadi wakil rakyat ni jadi wakil rakyat secara memaksa rakyat memberi undi kepada mereka hingga mereka menang?.

    Kita semua yakin 28 + 3 ADUN (ADUN penyokong Kerajaan) yang menang dalam PRU yang lalu tidak ada bezanya dengan kemenangan 28 DUN penyokong pembangkang di negeri Perak sekarang.Kalaulah Nizar tidak dungu sangat dalam politik, tentu dia tahu dalam sistem demokrasi, yang ramai wakil atau penyokonglah yang memiliki kuasa untuk menjadi pemerintah.Kalau nak kira rampas kuasa, Nizar pun boleh dikira sebagai rampas kuasa rakyat juga kerana UMNO menang 28 kerusi manakala PAS hanya 6 kerusi, DAP 18 kerusi (tinggal 17 kerana seorang telah keluar) manakala PKR 7 kerusi ( tinggal 5 kerana 2 orang telah keluar).

    Parti mana yang paling ramai menang secara bersepadu? UMNO! tetapi mengapa Nizar jadi Menteri Besar. Kerana DAP, PKR dan PAS rampas kuasa rakyat dengan mengambil kesempatan dari sedikit kelemahan dalam sistem politik di Malaysia.Sekarang Pakatan Rakyat di Perak menerima nasib yang sama. Sudah terbalik. Sehingga sekarang PR masih lagi belum didaftarkan sebagai pertubuhan yang sah? Adakah "pertubuhan haram" ini boleh diterima sebagai kuasa untuk membentuk kerajaan?

    Apabila terkena kepada mereka (PR) dituduhnya pula kerajaan BN di Perak kononnya merampas kuasa rakyat.Ini membuktikan Nizar sememangnya sudah menjadi manusia tidak tahu diuntung. Semasa dilantik Sultan menjadi Menteri Besar, megahnya bukan main kepalang. Tersengeh simpul macam kerang busuk sedangkan hakikatnya dengan menjadi Menteri Besar hanya seketika pun atas budi bicara kuasa Sultan.

    Kalau tidak kerana kuasa Sultan, Nizar hanya menjadi 'tahi gigi' kepada pakatan parti-parti pembangkang di Perak di mana Ngeh Koo Ham dan kuncu-kuncunya akan membuli orang Melayu termasuk Nizar sendiri.Seperkara lagi, adakah PAS merasakan mereka kini benar-benar kukuh sehingga merasakan UMNO pula yang terhegeh-hegeh hendak sangat bekerjasama dengan mereka?

    Tidakkah PAS menyedari kuasa mereka sehingga mampu memerintah Perak walaupun hanya seketika tetapi atas belas ehsan DAP? Adakah PAS lupa jumlah kerusi yang mereka menangi di Perak berbanding DAP?Hanya baru mempunyai enam kerusi, tetapi PAS merasakan mereka benar-benar hebat dan kuat sedangkan realitinya Nizar ketika menjadi Menteri Besar hanya sekadar menjadi orang suruhan DAP semata-mata, disuruh Ngeh dan Ngar Kor Ming menyalak, maka mereka akan menyalak sepuas-puasnya.

    Malah lebih haru, puak-puak PAS ini sanggup buat-buat bodoh dan bertakbir pula apabila Ngar mempermainkan ayat suci al-Quran sedangkan mufti bersuara meminta orang kafir tidak berbuat demikian.Lainlah kalau Ngar mahu memeluk Islam dan mempelajari ayat suci al-Quran, ini tidak, sebaliknya hanya mempermainkan ayat al-Quran ketika berceramah sambil bergelak ketawa.

    Tetapi itulah hakikatnya, PAS bukan sahaja anggup bekerjasama dan tidur sebantal dengan pihak-pihak yang mempermainkan Islam, namun dalam masa yang sama, menolak pelawaan saudara seagama untuk bersama-sama mencari titip permulaan ke arah kepentingan negara dan rakyat.Sampai bilakah PAS mahu sedar tetapi terus berada dalam kepompong jumud dengan bersikap begini? Wallauallam.

    BalasPadam
  5. Apapun memang Kerajaan Pembangkang telah kehilangan majoriti dan mesti turun menghormati kehendak demokrasi. Anehnya yang memberontak di luar dewan ialah orang Melayu sedangkan dalam Dewan yang memberontak ialah Bukan Melayu menentang Melayu. Something is wrong somewhere. Ini salah siapa agaknya?..Raja Abdullah? atau Maharaja Lela?

    BalasPadam