Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Mei 17, 2009
Artikel Pilihan : Bersediakah Perak diperintah DAP?
SEMASA Anwar Ibrahim mengajak untuk lompat parti untuk September 16, 2008 kononnya, itu tidak mengapa. Bila ADUN Bota, Dato Nasaruddin lompat ke PKR, mereka kata lompat parti tidak salah dari segi undang-undang. Tetapi apabila 3 wakil rakyat mereka lompat bersama ADUN Bota yang kembali, mereka mahu bubar Dewan Undangan secara berbohong, tuntut diadakan pilihanraya, dan persoalkan etika lompat parti.
Krisis politik di negeri Perak tidak jadi begini jika pihak Pakatan Rakyat adalah kumpulan ahli politik yang bersifat budiman ("gentleman"). Bila majoriti sudah tidak ada, undurlah dengan terhormat. Tidaklah menipu memaksa orang letak jawatan. Tidaklah menipu mengatakan tidak tahu ada 3 sudah tidak beri sokongan. Tidaklah bubar bila hilang kuasa.
Bila semua ini gagal, mereka memberontak, menderhaka kepada Sultan, menghina mahkamah, dan memecat orang sewenang wenang. Tindak tanduk dan asas hujah Pakatan Rakyat Perak penuh diwarnai dengan tipu helah, putarbelit fakta, dan permainan persepsi yang tidak konsisten dari satu masa ke satu masa. Perbuatan buruk mereka ini perlu didedahkan, difahami dan diyakini oleh orang ramai, ahli UMNO dan rakyat Malaysia dalam usaha DAP menrepublik Malaysia.
Kemelut di negeri Perak berlaku kerana pihak Pakatan Rakyat terutama DAP tidak henti-henti berdegil dan enggan menerima realiti bahawa hilang majoriti hilanglah kuasa memerintah. Dalam amalan politik demokrasi, kuasa memerintah diberikan kepada pihak yang mempunyai paling banyak kerusi di Dewan Perundangan, tak kira Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan mengenai kedudukkan Dato Seri Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang dilantik Sultan. Bila menang, tentu mereka bersorak. Tetapi bila kalah, pelbagai helah, bangkangan dan tuduhan mereka akan buat.
Elok kita rungkaikan dulu penipuan besar pihak pembangkang berkenaan persidangan DUN Perak pada Mei 7hb Khamis lalu. Kata mereka, prinsip pengasingan kuasa antara cabang-cabang kerajaan - Eksekutif, Penggubal Undang-Undang ("Legislature") dan Mahkamah - dan Institusi Raja dalam semangat Perlembagaan Persekutuan harus dihormati.
Jika diamati betul-betul, bukankah saman Nizar terhadap Zambry adalah satu tindakan meminta mahkamah mencampuri bidang kuasa DYMM Sultan Perak dalam hal-hal pembubaran DUN dan perlantikan MB?
Dalam perkara ini, boleh pula mereka akui peranan mahkamah dalam mengadili persoalan-persoalan Perlembagaan. Samada keputusan mahkamah dihormati itu tidak pasti. Apabila keputusan mahkamah tidak berpihak kepada mereka, mereka selalunya akan berdegil dan engkar dengan keputusan mahkamah.
Dalam hal mahkamah membatalkan keputusan Speaker Sivakumar menggantung MB yang dilantik Sultan dan 6 orang Exco serta 3 ADUN bebas, mereka berhelah pula mengatakan keputusan mahkamah tidak wajib dihormati. Semasa DUN bersidang pada Mei 7hb, Speaker tidak langsung mempedulikan keputusan mahkamah.
Langsung, ia mengatakan kuasa Speaker adalah absolut dan mutlak hingga tidak boleh dipersoalkan langsung. Mana pula kata mereka yang sering mewar-warkan mengenai perlu ada "check and balance" dalam sistem kerajaan? Adakah memberi kuasa mutlak tanpa "check and balance" itu selari dengan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?
Yang pastinya, Speaker tidak memahami ruang kuasanya yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan DAN Undang-Undang Tubuh Negeri Perak. Dia juga tidak memahami dimana kedudukkannya dalam struktur kerajaan negeri Perak.
Kuasa Speaker hanya khusus dalam memastikan perjalanan persidangan itu dijalankan dengan aman dan lancar menurut peraturan dan undang-undang seperti yang ditugaskan oleh DYMM Sultan Perak.
Terfikirkah, jika Speaker tidak langsung percaya mahkamah boleh masuk campur dalam hal DUN, mengapa perlu pihaknya menghantar sepasukan Peguam untuk menjawab tuntutan pihak MB, 6 exco dan 3 ADUN bebas untuk mengetepikan keputusannya?
Ini hanya menunjukkan mahkamah ada peranan dalam menginterpretasi dan membuat keputusan dalam perbezaan pendapat (dispute). Keputusan mahkamah sebagai pihak yang berkelayakkan haruslah dihormati dan diakur.
Tetapi tidak, pihak anarkis ini hanya menghormati keputusan mahkamah jika ia berpihak kepada mereka. Manakala apabila keputusan mahkamah tidak berpihak, mereka engkari. Lebih teruk lagi, mahkamah dihina, dicerca dan dituduh berat sebelah.
Kalaulah betullah pengasingan kuasa dari cabang-cabang kuasa itu mutlak, kenapa untuk Nizar dilantik MB, perlu terpilih jadi ADUN? Bukankah itu mencampuraduk Eksekutif dan Penggubal Undang-Undang yang bermakna melanggari semangat Perlembagaan Persekutuan?
PAS BERSEKONGKOL DENGAN DAP MENGHAPUSKAN KEKUASAAN MELAYU
Memang PAS boleh merelakan dirinya bersekongkol dengan DAP dan sebaliknya memusuhi UMNO dengan begitu ekstrim sekali. Apakah sebenarnya ini berdasarkan minda yang rasional dan budiman atau sebaliknya berdasarkan emosional dan minda yang masih kurang matang dalam sepak teranjang politik Malaysia?
Jika UMNO yang ahlinya adalah terdiri daripada orang Melayu dan beragama Islam sama seperti ahli PAS (langsung tidak berbeda), tidak langsung diberikan ruang dan peluang untuk bekerjasama dengan PAS, kenapa pula DAP yang ahlinya terdiri daripada orang Tionghua serta berbeda penganutan agama, PAS sanggup bekerjasama?. Di sinilah ada sesuatu yang tersirat dan tersurat merasa pelik dan tertanya-tanya, apakah ini mengambarkan kebijaksanaan dan kebudimanan dalam membuat sebarang keputusan penting demi umat Melayu dan Islam dalam negara ini?
PAS seharusnya dapat melihat akan sikap chauvinist dan perkauman yang sebenar yang diperjuangkan oleh DAP sejak ianya tertubuh suatu ketika dulu. Sekarang sikap itu masih berterusan terutamanya di Pulau Pinang dan di Perak, walaupun di Perak Menteri Besarnya dari PAS. Namun kekuatan PR yang ditunjangi oleh DAP secara majoriti itu, menyebabkan PAS hanya kenampakan seperti boneka sahaja.
Dalam hal ini lebih efektif jika di Perak, PAS bekerjasama dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan negeri. Kerusi yang dimiliki oleh kedua parti tersebut sudah mencukupi bagi menubuhkan satu pemerintahan dinegeri tersebut. Kenapa mesti bekerjasama dengan DAP yang ternyata memusuhi Islam dan tidak rela pelaksanaan hukum hudud dalam negara ini? Yang berusaha untuk menghapuskan DEB dalam negara ini? Yang merendah-rendahkan mertabat bangsa Melayu di Pulau Pinang? Yang langsung tidak berusaha untuk mengangkat taraf ekonomi kaum bumiputera dinegeri dimana mereka memerintah?
Atau mungkinkah ini kerana sikap "berpatah arang" diantara UMNO dengan PAS? Sikap bermusuhan ini tidak baik dan amat tidak matang dalam politik abad yang ke 21 ini. Bukankah dikalangan penganut Islam, sangat tidak digalakkan sikap bermusuhan dikalangan saudara seagama? Secara teori/ideanya PAS pintar melontarkan kata-kata tentang betapa PAS memusuhi sikap yang buruk, tetapi secara praktiknya PAS adalah manusia yang selalu mengamalkan perbuatan buruk tersebut. Bermusuhan sesama kita adalah satu sikap buruk yang sepatutnya dibendung sedari dulu kerana ia boleh menghancurkan tamadun bangsa yang telah lama terbina.
Dalam perkiraan kasar, memang agak mustahil Melayu boleh kecundang dalam politik Perak. Namun kerana permusuhan dikalangan mereka, maka kini Melayu menggigit jari dinegeri tersebut. Nizar memenangi semula kerusi Menteri Besar seperti yang telah diumumkan tidak memberi apa-apa makna kepada kesinambungan kuasa tamaddun Melayu dalam negara ini, kerana kita nampak yang menang bukannya Nizar, malah DAP!!!!!
PAS sekarang sangat berbangga kerana mendapat sokongan kuat dari kaum India dan Cina dalam kancah politik negara. Tapi dalam masa yang sama mereka lupa, kaum India dan Cina juga telah menggunakan kesempatan ini untuk kepentingan kaum mereka dan berusaha dengan keras dengan kesempatan yang ada untuk memenuhi kepentingan tersebut.
Dimana budiman dan bijaksananya kepimpinan PAS dalam hal seperti ini? Kerana kemenangan itu sesuatu yang menyeronokan, mereka tidak kisah akan kesan buruk yang bakal menimpa bangsa mereka. Samalah ertinya seperti dalam peribahasa kita, "menang sorak kampong tergadai".
Tok Guru Nik Aziz dikatakan telah melakukan sembahyang sunat kesyukuran diatas kembalinya semula jawatan MB Perak ditangan Nizar. Ini menggambarkan bahawa beliau benar-benar tidak sedar akan apa yang dimaksudkan diatas dan merelakan demi kepentingan kuasa politik yang dinikmati bertahun-tahun. Beliau benar-benar menganggap DAP adalah rakan baik di Perak tanpa menyedari bahawa Perak bakal jatuh ketangan DAP jika DUN dibubarkan dan diadakan Pilihanraya semula.
Adakah PAS sedar, DAP telah berjaya mempunyai wakil Melayu? Jika pilihanraya diadakan semula dan andaikata majoriti kerusi DAP memenangi lebih daripada PRU12 yang berpihak kepada DAP, adakah Nizar diperlukan lagi dengan adanya wakil Melayu yang berpaksikan DAP? Fikir-fikirkanlah..
Suara Politik
Taminsari
Tiada ulasan:
Catat Ulasan