Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Februari 21, 2009
Isu menarik untuk dibincangkan : Pas rayu Elizabeth tidak letak jawatan!
Agak menarik apabila Tuan Guru Nik Aziz masih cuba hendak menegakkan benang yang basah. Pas merayu Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya tidak meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan kerana jika pilihan raya kecil diadakan di kawasan tersebut, ia akan menyusahkan rakyat.
Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau menghormati keputusan Elizabeth untuk meletakkan jawatan sebagai Exco tetapi tidak bersetuju sekiranya Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu meletakkan jawatan sebagai ADUN.
Beliau berkata, sekiranya diadakan pilihan raya kecil ia juga melibatkan kos yang tinggi dan menyebabkan pembaziran berlaku.
"Saya hormat jika dia (Elizabeth) hendak berundur sebagai Exco tetapi saya tidak suka dia meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana ini menyusahkan rakyat dan melibatkan kos yang tinggi, sekali pilihan raya diadakan berbelas juta habis, jadi ini bukan kerja senang.
"Oleh itu, saya minta tolong jangan letak jawatan 'Yang Berhormat', kalau hendak berundur sebagai Exco dia punya pasal, bagi saya itu tidak apa sebab ini bukan salah dia, salah yang orang menceroboh rumah dia, orang lain salah kita hukum orang lain, ini tidak betul," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas keputusan Elizabeth yang tetap bertegas mahu meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri dan ADUN Bukit Lanjan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor itu berharap pucuk pimpinan PKR memahami pendiriannya itu.
Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan Elizabeth berbogel dalam rumahnya tidak salah kerana Islam membenarkan manusia membuka aurat ketika seorang diri.
"Dia tidak salah, yang salah orang lain, dia hendak tidur telanjang di rumah dia, itu dia punya pasal,
Islam beri kepada manusia buka aurat bila seorang diri di rumah, masa kita tidak tidur pun boleh telanjang di rumah kita seorang diri, cuma malu pada malaikat saja," katanya.
Dalam pada itu, beliau bersetuju dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya daripada menghadiri sidang DUN berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, kekalutan yang berlaku di Perak akan hanya dapat diselesaikan sekiranya DUN negeri tersebut dibubarkan dan diadakan pilihan raya.
"Speaker adalah raja Dewan, kalau Menteri Besar cakap dalam Dewan suruh Menteri Besar duduk maka beliau kena duduk, begitu juga di Parlimen, kalau speaker suruh Perdana Menteri berhenti bercakap dan suruh duduk maka beliau kena patuhi," katanya.
Komen :
Agak menarik apabila Tok Guru merayu agar " buah yang busuk " dalam setandan kelapa di simpan. Apakah tujuan Tok Guru hendak menyimpan " buah yang busuk " itu. Tidakkah ianya akan mencemarkan keadaan dan kalau disimpan lama akan memburukkan lagi keadaan bila " buah yang busuk " itu menjadi wabak?
Kalau Tok Guru mengatakan jika PRK diadakan semula di Bukit Lanjan akan melibatkan kos yang tinggi, mengapa Tok Guru menyokong keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya . Jika Dewan dibubarkan maka akan ada satu lagi PRK bagi seluruh negeri Perak.
Tidakkah ia akan memakan belanja yang lebih besar berbanding dengan PRK Bukit Lanjan ketika kita didalam keadaan kegawatan ekonomi sekarang? Tidakkah ianya bakal menyusahkan lagi seluruh rakyat negeri Perak? Apakah ada udang di sebalik batu disebalik tindakan Tuan Guru Nik Aziz menghalang perletakan jawatan Elizabeth. Apakah rasional tindakan Tok Guru merayu YB DUN B.Lanjan dan menyokong tindakan Speaker Negeri Perak? Sama-samalah kita fikirkan? Wallahuallam.
UM - Taminsari
Kos Pilihanraya Kecil :
BalasPadamBERITA HARIAN: POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membelanjakan RM15 juta pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari lalu untuk menjamin keselamatan dan ketenteraman awam terpelihara.
Itu baru satu pilihanraya, anggarkan 59 kerusi DUN yang dipertandingkan di Perak. Perbelanjaan PDRM sahaja dah RM885 juta, iaitu hampir mencecah RM1 bilion! Itu baru PDRM.... SPR? Lain2?
Senang2 saja Nizar nak bubarkan DUN apabila dapati kedudukannya tersepit. Bukankah itu akan membawa kepada pembaziran yang besar? Inikah yang dimahu oleh Pakatan Negara Kebajikan?
Peh!
Nik Aziz dah nyanyukk tuuu,
BalasPadamhari2 cakap berubah2
salam tamin
BalasPadamBlog tamin kena hack!!! Tukar tamplet baru... ia akan pulih kembali seperti biasa...
Salam..
BalasPadamTak..saya ada buat adjustment sikit..dah OK
Thanks for the info..
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadammaybe nyanyok kot
BalasPadamNik Aziz menyatakan orang-orang yang bertanggongjawab melaku perkara itu (mengambil foto) yang bersalah dan patut dihukum. Dalam kes Eliza ini Nik Aziz sudah lupa bahawa setiap yang berlaku itu ada "sebab dan musabatnya".
BalasPadamBerbagai persoalan boleh timbul kalau kita mendalami kata-kata Nik Aziz itu. Soalnya kenapa Nik Aziz beremosi dan angkuh sekali ketika menjawab pertanyaan dari wartawan? Tingkahlaku Nik Aziz itu menampakkan bahawa beliau bukanlah seorang tokoh ulama yang boleh dibangga-banggakan oleh umat islam di negara ini. Dalam kes Eliza ini sepatutnya Nik Aziz lebih berhati-hati dalam memberi pandangan kerana Eliza seperti yang kita tahu bukan seorang islam. Jika Nik Aziz besikap sedemikian menampakkan Nik Aziz pada pandangan orang-orang yang bukan islam di negara ini seolah-olah islam itu membenarkan orang melakukan kesalahan asalkan pandai, tidak nampak di mata ramai dan tidak menyalahi undang-undang dalam mana-mana negara.
Ini pandangan seorg yg gila kuasa dunia,tak sedar umur dh tua. Dulu kata kat Tun bila nak besara. Tun dh lama bersara sebaliknya Nik Aziz kata dia akan pengang jawatan MB Klate sampai mati....aduss bongkaknya dia...
Salam perjuangan utk semua..Pakmie.blogspot.com
Aku rasalah PR ni tak pandai mathematic ni. Tulah, pi sekolah dulu baru bercita-cita nak jadi pemerintah.
BalasPadamSalam Ziarah,
BalasPadamSaya amat bersetuju dengan pandangan To Sedang. Pok Nik sepatutnya dah bersara dok rumah tambahkan lagi amal ibadat sambil-sambil jaga cucu atau berkahwin baru.
Sekurang-kurangnya beliau dapat mengurangkan stress menghadapi karenah PR serta ahli-ahli PAS yang tak reti-reti baring di rumah bersama anak dan isteri dari menghalang lalu-lintas ayng jelas dipertanggungjawabkan kepada polis-polis trafik.
Aman Malaysia
Tak yah lerr pujuk2... Nama dan maruah dh tercemar...sengaja atau tidak. Takpe la...bior org lain ganti, patah tumbuh hilang bganti... Takkan takde kot yg lbih baik lagi..
BalasPadamAhli PAS tetap sokong ape juga kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Tok Guru.. sebab perjuangan mereka lebih kepada pemimpin bukan AGAMA....
BalasPadamDuit Rakyat PERAK banyak kot sampai nak bubar semua kerusi DUN.... kalo banyak pun agak-agak la naikkan dulu taraf hidup rakyat PERAK dari mula memerintah banyak sangat isu POLITIK... tak penat ke.... UBahlah sikit suasana tu...
Depa mana kenal erti penat encik. menyusahkan orang saja makhluk-makhluk ni semua encik.
BalasPadamSPESIS YANG SEMACAM NI,...SATU JER..KITA SEKEH RAMAI2.
BalasPadamSalam ziarah buat semua blogger yang saya hormati..
BalasPadamMendengar kata-kata Nik Aziz, melalui siaran berita dan kenyataan akhbar membuatkan saya berasa loya, geli geleman dan ditambah pulak rasa meluat.
Adakah patut seseorang yang bergelar Tuan Guru boleh mengeluarkan kenyataan yang sedemikian dihadapan masyarakat.
Cukup-cukuplah Pok Nik...jangan banyak sangat berdalih. Banyak lagi perkataan lain boleh digunakan jika hendak membela puak-puak yang bersekongkol dengan Pok Nik..
Saya tidak pandai sangat berkaitan hal-hal agama ini, tapi tidak juga terlalu jahil. Saya tak berasa bangga kalau membela mereka yang tidur berbogel, bersekedudukan, atau memperjuangkan individu yang rendah moral seperti yang Pok Nik katakan itu.
Apa pengajarannya kepada generasi pendokong perjuangan Parti Islam Se-Malaysia? Berbogellah semahu anda kerana itu tidak salah..telanjanglah tapi kena ingat...biar ada rasa malu dengan para malaikat?
Maka perbuatan tidur telanjang atau berbogel tak jadi masalah? Memang betul..itu hak peribadi..tapi jangan pulak Pok Nik mempromosi perkara-perkara begitu hanya kerana individu itu rakan politik.
Macamana kelak jikalau PAS memerintah?...melaksanakan hukum hudud...perbuatan itu akan digalakkan atau ditegah?
Saya dah dapat menjangkakan yang jawapannya adalah..ITU NANTI KITA AKAN FIKIRKAN SELEPAS...?
Walaupun ilmu ugama saya terlalu cetek berbanding dengan Mursyidul Am PAS, tetapi rasanya perbuatan sedemikian harus kita nasihatkan, bukan digembar-gemburkan.
Katakanlah seorang ulama lain yang tidak berpolitik mengajarkan begitu...apa ulasan Pok Nik? Katakanlah pula makhluk tu lawan Pok Nik...MACAMANA?
Pok Nik sepatutnya kena sedar beliau berkata atas kapasiti apa? Apa penilaian orang lain bila perkataan sedemikian keluar dari mulut seorang Tuan Guru seperti Pok Nik?
Karpal patut menyarankan Nik Aziz juga bertaubat. Karpal lebih faham apa maknanya bertaubat melebihi kefahaman Nik Aziz agaknya. Atau Pok Nik dah termakan ideologi Karpal sejak Pakatan Rakyat terbentuk?
Sayapun nak juga mendengar penjelasan dan ulasan dari Haji Hadi, Presiden PAS berkaitan kata-kata Nik Aziz tu. Husam, Mat Sabu, Nasarudin, Dr Azizan, Nizar... takkan sama menyokong kenyataan Nik Aziz juga? Mengapa diam membisu?
Bagaimana dengan Al-Sheikh Anwar..betulkah perkataan dan ucapan Mursyidul Am PAS tu? Bagi saya biarlah sakit telinga mendengar asalkan lega sesak didada, ringan sedikit beban dosa.
Saya tidak hendak bertelingkah sesama kita Islam, tetapi sekadar ingat mengingati itulah tanggungjawab kita dilahir dan dibesarkan didalam Islam.
Buat Nik Aziz...Ulama tidak maksum, Tuan Guru manapun tidak maksum, mana-mana pewaris Nabi juga demikian. Saya ingin berpesan kepada diri saya dan juga kepada Pok Nik, perbanyakkanlah memohon ampun dari Allah SWT. Dah tak terpikul rasanya dosa-dosa yang terhimpun selama hidup ini. Setiap kali datang ombak, setiap kali pasir berubah. Jangan lagi mengeluarkan kata-kata atau fatwa-fatwa " lalang mengikut angin " supaya minda umat Islam dinegara ini tidak disesatkan lagi. Wallahuallam.
Salam perjuangan...
PAS merayu Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong supaya tidak meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan kerana jika pilihan raya kecil diadakan di kawasan tersebut, ia akan menyusahkan rakyat. Mursyidul Amnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sekiranya diadakan pilihan raya kecil ia juga melibatkan kos yang tinggi dan menyebabkan pembaziran berlaku.
BalasPadamAku sokong kenyataan Nik Aziz tu, memang PRK akan melibatkan kos yang tinggi dan pembaziran pasti berlaku. Itu baru setakat PRK satu DUN, bagaimana pula kalau dibubarkan DUN satu-satu negeri tu disebabkan ingin mempertahankan kuasa satu-satu parti yang hilang kuasa.
Adakah ini bukan satu pembaziran dan melibatkan kos yang lebih tinggi berbanding kos PRK satu DUN. Sehubungan dengan itu, Nik Aziz perlulah lebih rasional, untuk anak-anak buahnya di Perak untuk tidak menyalak minta Sultan membubarkan DUN, kerana ia akan lebih melibatkan kos yang tinggi.
Betul tak Tuan Guru?
Begitu juga dengan kenyataan Tok Guru, PAS tidak perlu bimbang jika Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali meletakkan jawatan, malah mencabarnya menguji kekuatan pengaruh politik dengan bertanding atas tiket Bebas dalam pilihan raya kecil. Nik Aziz yakin Ibrahim tidak akan memperoleh kemenangan atau majoriti sebesar majoriti yang diperoleh dalam pilihan raya umum Mac tahun lalu jika tidak kerana sokongan daripada anggota PAS.
Adakah cabaran minta Ibrahim Ali letak jawatan ini akan membuka kepada satu lagi pilihan raya kecil yang pasti akan melibatkan kos tinggi dan pembaziran?
Apakah sandiwara yang cuba dimainkan Nik Aziz nie. Tak sampai hati kalau aku kata Nik Aziz dah nyanyuk, tapi memadailah kalau aku katakan bahawa fikiran Nik Aziz sekarang dah semakin bercelaru.
Susahlah dia ni encik.
BalasPadam