Khamis, Februari 19, 2009

Artikel Pilihan : Bangsa Melayu yang bertopeng Melayu !




















Sayang! Adakah generasi Melayu bakal tinggal sejarah? Kini, anak Melayu sendiri malu hendak menyanjung bangsanya di celah-celah komuniti yang mengamalkan cara hidup bebas, mewah, moden dan "open minded".

Identiti Melayu sudah tenggelam di dasar kehidupan ala kebaratan, fahaman agama yang kian bercelaru disogok dengan ideologi-ideologi barat.

Cara berfikir? Mereka melabelkan diri sebagai "PEJUANG KEBEBASAN". Mereka berkehendakkan satu kehidupan yang bebas tanpa kongkongan peraturan yang tegas, serba-serbi bebas. Bebas melakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan nafsu, malah ada yang menginginkan kebebasan dari hukum Islam, wallahualam.

Orang Melayu sekarang "HEBAT". Sesetengahnya angkuh mengecam hak dan kelebihan Bumiputra dan bangsa sendiri yang telah dipertahankan sejak dari zaman kemerdekaan. Mereka memanipulasi isu hak keistimewaan Bumiputra dengan meletakkan kerajaan sebagai pengamal satu jenis penindasan kaum yang tidak dideritai oleh puak lain walau sedikitpun. Inilah dia "KEJAHILAN" yang mampu membentuk satu generasi yang kufur nikmat apabila dikawal oleh rasa tamak dan haloba.

UMNO, PAS dan PKR adalah tiga parti politik negara. Tiga parti beridentitikan Melayu yang sekiranya bersatu, tidak ada satu kuasa dalam dunia ini pun yang mampu menggugat maruah serta hak bangsa dan agama. Malah kaum Bumiputra bukan Melayu juga turut bersinar terang di bawah kilauan keagungan BANGSA Melayu, mengatasi kaum-kaum lain yang hebat di zaman ini. Cahaya inilah yang orang Melayu sudah tiada. Penghalangnya adalah orang Melayu itu sendiri.

Keinginan Melayu PAS dan PKR berpisah dan membentuk landasan masing-masing dengan niat untuk merebut peluang menjadi kumpulan yang berkuasa sekaligus menjadi pemerintah menjadi penyebab kepada terlerainya ikatan perpaduan di kalangan bangsa Melayu sendiri.. Dalam keadaan seperti ini, sudah pastilah fitnah, maki-hamun, memburuk-buruk di kalangan sendiri menjadi satu lumrah yang biasa disajikan kepada masyarakat kita kini.

Pakatan Rakyat yang digerakkan melalui dua pertubuhan Melayu (PAS/PKR) ini sedikit sebanyak tunduk kepada tuntutan dan kemahuan DAP. Apakah sebabnya mereka sanggup bersuara senada dengan mereka dalam pelbagai pertikaian terutama dalam perkara yang membabitkan hak bangsa bumiputra dan agama sedangkan selama ini tidak merugikan kaum lain sedikitpun? DAP mahu sesuatu yang mutlak dan kuasa politik adalah satu-satunya perkara yang mereka tidak dapat kuasai sehingga kini. Dengan perancangan menguasai politik, bermakna mereka akan dapat mempengaruhi kerajaan dan mencorakkan dasar pemerintahan yang sesuai berdasarkan kesesuaian naluri dan citarasa mereka. Tiada larangan agama dan tiada roh Islam dalam pentadbiran. Itulah kebebasan ala kafiruun.

Kepada orang Melayu Pakatan Rakyat, tidak perlu membohongi diri sendiri menunjukkan kesediaan dan kesanggupan untuk mengorbankan segala yang dipertahankan kerajaan semata-mata untuk mendapat satu kepimpinan baru yang belum tentu lagi dapat menjamin kesejahteraan dan kepentingan kaum Melayu dan bumiputra sendiri. Orang Melayu tidak akan mampu bersaing dengan kaum Cina dalam pelbagai bidang yang majoritinya dimonopoli oleh GOLONGAN mereka. Di manakah keAdilan bagi bangsa Melayu jika pemimpin mereka sendiri mengutamakan hak samarata kaum secara membabi buta seumpama "mencurahkan garam ke air laut"?.

Ramai orang Melayu kesian melihat UMNO sekarang ini, kesian kerana UMNO terpaksa berhadapan seorang diri menangkis dari setiap penjuru depan belakang, kiri kanan, atas bawah isu perkauman yang di lontarkan oleh pembangkang dan disambut pula oleh parti komponen dalam BN. Pemimpin-pemimpin UMNO terpaksa berhadapan tanpa henti-henti isu perkauman yang terpaksa di pertahankan demi masa depan "survival" orang-orang Melayu, bukan hanya untuk orang Melayu dalam UMNO malah keseluruhan orang Melayu di mukabumi ini, kestabilan orang Melayu bermakna stabil lah negara, apabila stabil negara maka ekonomi akan bercambah, apabila ekonomi bercambah sejahteralah bangsa lain seperti Cina dan India serta bangsa-bangsa lain di Malaysia ini.

Dalam masa ini juga UMNO dengan sedaya-upaya mengembalikan kesedaran kepada kaum bangsa Melayu supaya berdiri teguh untuk menegakkan bangsa Melayu serta perjuangan bangsa kerana pada masa ini ada Melayu yang telah diekploitasi pemikirannya sanggup menidakkan bahawa BAHASA Melayu yang melambangkan BANGSA Melayu yang MERDEKA sehingga menjadikan negara ini dinamakan 'MALAY'sia telah menjadi bahan pertikaian oleh orang Melayu sendiri tanpa menyedari bahawa mereka inilah juga berBAHASA Melayu dan berBANGSA Melayu tetapi bercakap seolah-olah mereka ini bukan lagi anak bangsa 'MALAY'sia. Inilah matlamat kaum Cina terutama DAP untuk memesongkan identiti seseorang Melayu yang disokong pula oleh Melayu PKR dan juga PAS.

Permainan politik orang Melayu kini "HEBAT" dan nampak lebih licik di dalam memberi laluan kepada DAP dan segala undi kaum Melayu berpindah kepada DAP melalui PKR dan PAS. Seronok mereka walaupun BN menerima kekalahan dibeberapa negeri yang bermajoriti berbangsa Melayu. Majoriti Melayu mungkin sedih, tetapi ada Melayu bersedih dalam gembira tanpa menyedari sumbangan mereka dalam mengorak langkah menghancur bangsa Melayu sendiri. Wajah dan air muka jetahuna Melayu akhirnya ditempiaskan kepada UMNO. Maka paksi UMNO disalahkan bagi semua perkara seolah-olah gagal mempertahankan Melayu. Bagaimana pula dengan Melayu di dalam PAS dan PKR yang ahli mereka juga ramai yang berbangsa Melayu, tetapi mengapa pula mereka tidak mahu mempertahankan hak dan bangsa Melayu? Tidak pula mereka ini Melayu-Kristian, tetapi Melayu-Islam.

Yang diterima adalah kutukan dan penghinaan kepada bangsa sendiri setiap hari terhadap perjuangan UMNO sehinggakan bahasa, bangsa, agama dan negara menjadi pertaruhan seolah "hilang hari ini, esok akan kembali" semula. Amat mudah dan ringkasnya generasi Melayu hari ini dalam memperjuangkan anak bangsanya untuk kemudian hari.

UMNO terpaksa membakar diri untuk memerangi Melayu lain yang telah dicemari dan keseluruhan bangsa-bangsa lain, inilah nasib UMNO dalam keadaan lemah longlai umpama pokok yang condong dan kura-kura cuba memanjat, inilah sedang berlaku. MCA mula dengan isu perkauman, PPP mula dengan isu ISA apatah lagi pembangkang dikalangan Melayu sendiri yang akan menahan jala malah pukat tunda pun digunakan tak cukup dengan itu racun tuba digunakan di air sedang keruh untuk mendapat untung dengan senyum puas.

Istilah Ketuanan Melayu dibesarkan kerana istilah ketuanan Melayu seumpama Melayu ini tuan kepada bangsa lain atau kuli atau hamba, itulah di niatkan oleh mereka untuk mendapat sokongan bangsa lain, sepatutnya Istilah Hak Keistimewaan Orang Melayu disebut tetapi istilah itu agak lembut dan bersopan, UMNO mempertahankan Hak Keistimewaan Orang Melayu itu semestinya perjuangan UMNO, inilah yang dikesan dan di cium oleh ANWAR dan menggunakan platform dalam Pakatan Rakyat untuk mencari kelemahan UMNO dalam memecahbelahkan pemikiran bangsa Melayu secara langsung dan tidak langsung seumpama menerima agenda Malaysia Malaysian, Malaysia Baru, Harapan Baru.

Dalam keadaan Melayu didalam kem Pakatan Rakyat (orang Melayu yang membunuh bangsanya sendiri) itulah pembangkang mencari kelemahan dan melontarkan satu demi satu yang akan menarik minat UMNO untuk melatah dan melenting dan akhirnya dilihat oleh bangsa Cina dan India bahawa Melayu UMNO bangsa yang rasist apabila berusaha menangkis serangan demi serangan yang dilontarkan di dalam isu bahasa, bangsa, agama dan negara.

Kebijaksanaan pemimpin UMNO perlu diasah kembali, muhasabah diri perlu kerana keadaan kini sokongan Cina dan India terhadap BN dan UMNO mula berkurangan, Isu Istilah Ketuanan Melayu perlu diubah kepada Hak Keistimewaan Orang Melayu, demi bangsa Melayu keseluruhannya UMNO kena berhati-hati tetapi berani dan tegas.

Meniti sejarah Tunku Abdul Rahman pernah berpendapat masyarakat Cina lebih mengutamakan faktor ekonomi sementara masyarakat Melayu lebih mengutamakan politik. Namun pendapat Tunku Abdul Rahman tidak lagi relevan dalam keadaan ekonomi sekarang ini. Semakin ramai bijak pandai Cina yang ingin menjadi teraju negara dan hanya boleh dicapai melalui proses politik. DAP merupakan parti pembangkang sejak ditubuhkan semenjak 1966 lagi. Ramai penganalisis berpendapat apa yang tidak dapat diperjuangkan oleh bangsa Cina didalam kerajaan akan diperjuangkan dari luar, DAP. Jadi mereka saling lengkap melengkapi. Yang ruginya Melayu tidak kira UMNO, PAS dan PKR. Inilah resepi kejayaan DAP disamping faktor-faktor yang lain.

Semenjak zaman penjajahan British di mana bangsa Cina berperanan menjayakan Rancangan Brigg bagi menempatkan penduduk Cina di tepi hutan dan luar bandar ke kampung-kampung baru. Kebanyakan kampung-kampung baru ini telah bertukar menjadi bandar dan mempunyai kepentingan ekonomi dan politik yang penting di Malaysia. Antaranya ialah Kulai, Segamat, Kluang, Raub, Kajang, Bidor, Petaling Jaya, Serdang, Sungai Besidan lain-lain. Boleh dikatakan semua majoriti penduduk bandar-bandar di Malaysia adalah kaum Cina. Kebudayaan mereka amat ketara sekali apabila melalui kawasan bandar sehinggakan setiap bandar dapat dikatakan sebagai 'Chinatown'.

Dalam keadaan pemerintahan atau politik di monopoli oleh Melayu, ekonomi di monopoli oleh Cina pun Melayu tak merasa untuk menjadi eksekutif di syarikat-syarikat Cina yang dikuasai oleh Cina secara total. Apakah nasib anak cucu, cicit piat piut generasi Melayu di masa mendatang?

Tidak sedarkah bangsa Melayu PERLU untuk bersatu kembali, perpaduan Melayu demi masa depan anak bangsa, menolak jauh idologi politik sempit yang dimainkan oleh DAP, PKR dan PAS dan mengutamakan perpaduan agar bangsa lain hormat kembali kepada bangsa Melayu. Melayu kini tersepit dalam isu bangsanya sendiri, UMNO memang sudah dikenali sebagai parti yang memperjuang orang Melayu kini dilontarkan isu yang sama dan di dalam mempertahankan hak bangsa Melayu dengan di perhatikan oleh bangsa Cina dan India dan begitu juga Melayu PKR dan PAS untuk sama-sama menjadi cuma pemerhati kepada kejatuhan Melayu.

Sedar atau masih lalaikah orang Melayu keseluruhannya? Mampukah orang Melayu menghadapi keadaan ini? Mampukah anak bangsa Melayu di masa hadapan menghadapi hidup tanpa Hak Keistimewaan Melayu?

Marilah, bersatu elakkan sebarang kemungkinan yang akan menjadi titik permulaan ke arah azab keaiban kaum Melayu dan bumiputra. Jangan sekali-kali kita menjadi pendorong untuk kaum dan bangsa lain menginjak-injak maruah dan mertabat kita demi secebis kenikmatan yang hanya akan membawa kepada penderitaan anak cucu kita kelak.

Bantulah kerajaan yang dipilih dan diketuai oleh orang Melayu mempertahankan maruah Melayu. Ingatlah, bersatu Melayu teguh bercerai Melayu roboh. Tiada esok bagi Melayu dan tiada hari ini bagi Melayu jika keistimewaan kuasa politik bangsa Melayu terlepas dari gengaman. Ingatlah wahai semua bangsa Melayu.

Suara Politik
Taminsari

8 ulasan:

  1. Bagus taminsari. Suatu artikal yang padat.

    BalasPadam
  2. Menderhaka dosa besar: Mufti WP
    19/02/09

    KUALA LUMPUR: Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

    Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

    Beliau berkata dengan demikian berhubung kenyataan Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria baru-baru ini mengenai kewajipan rakyat mentaati titah sultan.

    Harussani membuat kenyataan itu berikutan tindakan penyokong parti pembangkang yang biadab, mencela dan menderhaka Sultan Perak Sultan Azlan Shah ketika berdemonstrasi di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar sebelum itu. - Bernama

    http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Mutakhir/20090219183232/Article
    Masa Umno lawan raja Malaysia belum ada seekor mufti, sbb tidak terdengar sebarang fatawa. Kahak kuning

    BalasPadam
  3. Salam,

    Saya menerima sms yang datangnya dari langganan sms akhbar Harakah yang tertulis: "Anwar minta wakil rakyat jangan gadai prinsip untuk bersekongkol dengan penjenayah dalam soal lompat melompat parti" - HRKH

    Menilai dan meneliti pandangan Anwar ini, kita perlu melihat kembali peristiwa yang dikatakan oleh Anwar sendiri yang mana dia akan menjadi PM Malaysia pada 16hb September 2008 melalui lompat melompat parti iaitu pada ketika itu ahli Parlimen BN akan melompat ke Pakatan Rakyat. Yb Datuk Ibrahim Ali dalam parlimen secara sinis mengatakan bahawa kalau ianya mengadai prinsip mengapa sehingga menghantar rombongan ke Taiwan untuk memujuk ahli-ahli Parlimen melompat parti dahulu?

    Saya tidak mahu mengulas panjang akan hal di mana Anwar dan konco-konconya merasakan lompat parti itu hanya salah jika Pakatan Rakyat lompat ke BN dan tidak sebaliknya. Yang mahu saya bincang adalah:-

    1. Sedar tak rakyat Malaysia bahawa mereka telah direndahkan martabat minda mereka dengan peristiwa 16 Sept ini? Mereka telah ditipu hanya kerana Anwar menggunakan kepetahannya untuk meyakinkan rakyat bahawa 16 September akan berlaku dan ianya tidak SALAH !

    2. Sedar tak PAS telah bergolak teruk ekoran 16 September ini dimana perselisihan terbuka antara Datuk Mustafa Ali dan Datuk Nik Aziz serta Datuk Husam Musa dengan penyokong-penyokong Dato Seri Hadi Awang dalam menyatakan sikap tentang lompat parti ini?

    3. Sedar tak DAP juga bergolak apabila YB Karpal Singh sebenarnya tidak bersetuju akan perbuatan lompat part ini dari awal kerana berpegang kepada prinsip tidak bermoral untuk seseorang itu melompat parti?

    4. Sedar tak DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung serta Raja-raja Melayu juga telah di"manipulasi" oleh Anwar dimana dalam hal lompat parti 16 Sept dia menunjukkan kononnya hormat akan Institusi Raja kerana minta mengadap namun peristiwa di Perak, titah Baginda Sultan Perak tidak dipeduli kerana tidak menyebelahinya?

    Maka, dalam hal lompat parti ini, Anwar telah menipu hampir semua pihak di dalam negara ini termasuk dirinya sendiri dengan mengeluarkan kata-kata seperti pada sms tadi dengan tidak langsung merasa berdosa akan kata-katanya itu yang jelas suatu penipuan!

    Kalau semua pihak Anwar boleh berbohong dalam satu isu, maka tidak mustahil Anwar boleh juga berbohong dalam semua isu...

    sumber - AIDC

    BalasPadam
  4. Jadi taminsari, inilah sifat pembohong.

    BalasPadam
  5. Ya..Sedingin Salju..Inilah manusia pembohong besar tahap gaban, hipokrit dan cakap tarak serupa bikin???

    BalasPadam
  6. Salam Ziarah,

    1. Saya amat terharu diatas artikel saudara kali ini. Kesedaran dan kewajaran kita bangsa Melayu untuk terus bersatu padu menjaga survivaL bangsa serta menghadapi pelbagai cabaran di hadapan amat perlu.

    2. Sesungguhnya perpaduan Melayu amat penting untuk kesejahteraan negara Malaysia. Ini harus kita sedar termasuk bangsa-bangsa lain di negara ini.

    3. Namun begitu atas dasar kepentingan diri dan kuasa, ada dikalangan kita tidak nampak dimana keperluannya bangsa Melayu itu harus bersatu padu dan bekerjasama.

    4. Secara peribadi saya amat marah terhadap bangsa kita sendiri kerana mereka sendiri yang mengkhianati aspirasi bangsa, perpaduan bangsa serta survival bangsa Melayu itu sendiri.

    Itulah sikap kita - Undispute Traitor...

    BalasPadam
  7. Firstly, thanks sbb singgah di blog BlueHope dan jdi follower. I really appreciate it.

    Artikel yg bernas. BlueHope setuju dgn pdapat taminsari bhwa jika UMNO, PKR dab PAS bgabung sdah pasti akan mbentuk satu krajaan yg mantap. Hak org melayu dan sistem beraja pn akan dpt dijunjung.

    Kenapa dlm negara kita hrus timbul parti2 umpama palestin dan israel yg akan bmusuhan entah smpai bila?

    Satu mtlamat pasti dpt dicapai skira adanya sikap menang-menang di antara mereka.

    BalasPadam
  8. Bismillahhir-Rahman nir-Rahim

    Assalamualaikum... Salam keimanan dan salam kemanusiaan buat para pencinta kedamaian... moga-moga kedamaian itu sentiasa mendakap hari-hari yang dilalui... moga kedamaian itu mengisi ruang-ruang kosong hidup mu dengan ingatan kepada yang Maha Pencipta.. moga-moga Tuhan Rabul Izzati menjadikan hari-hari dalam hidupmu adalah hari-hari yang diredhaiNya

    Saya melihat secara analoginya istilah "Melayu" dan "Bumiputra" adalah "gumpalan sampah"... ibarat seorang batu api meletak gumpalan sampah di depan kita (Orang Melayu) dan di depan orang Cina supaya "RAKYAT MALAYSIA TIDAK BERSATU MENENTANG MEREKA"

    Batu Api: "Ok ni kepala bapak Orang Melayu.. (sambil meletak gumpalan sampah depan Orang Cina) dan ini kepala bapak Orang Cina dengan meletak gumpalan sampah depan Orang Melayu... Ok sekarang anda berdua sila sepak kepala bapak lawan masing-masing..."

    Orang yang bodoh akan bergaduh kerana segumpal sampah bekenaan. Dalam hal ini istilah "Bumiputra" atau "Melayu" itulah ibarat sampah yang digunakan untuk mengapi kaum. Ada ekuiti dinamakan "ekuiti BUMIPUTRA" ada raja "Dinamakan Raja Melayu" ada Islam dikatakan "Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu" ada biasiswa untuk orang miskin dinamakan "Biasiswa Bumiputra" Nama MELAYU dan BUMUPUTRA bekenaan akan digunakan untuk memperbodohkan rakyat Malaysia supaya menyokong kumpulan yang dikatakan pejuang "KETUANAN MELAYU" pendek kata semua nak kaitkan dengan Melayu supaya semua Melayu menyokong mereka dan menggunakan nama itu dengan berkesan sekali sejak lebih 50 tahun.

    Gumpalan Sampah (Penggunaan nama Melayu dan Bumiputra) berkenaan tiada nilai satu sen pun dalam agama dan pada kemanusiaan. Jangan buang masa memikirkan sesuatu yang tiada faedah itu sehinggan porak peranda satu negara... Apa diperjuang?? apa ditinggalkan sejak lebih 50 tahun dahulu?? Hanya jauhari mengenal manikam...
    Sekian..
    Salam kemaafan... buat para pencinta silaturahim moga-moga tetap lah kaki di Sirotal Mustaqim itu walau jiwa meronta berdepan dengan seribu kepayahan...

    BalasPadam