Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Januari 07, 2017
Notis usul Guan Eng, Li Koon didengar 7 Feb.?
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 7 Februari ini bagi mendengar permohonan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebagai tidak berperlembagaan dan tidak sah.
Tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail selepas peguam Li Koon, Datuk V. Sithambaram memaklumkan notis usul untuk permohonan itu telah difailkan oleh pihaknya, dua minggu lalu manakala peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Guan Eng turut memfailkan notis sama hari ini.
Pada prosiding itu, Hakim Hadhariah berkata, akta pencegahan rasuah sudah lama wujud dan tiada sesiapa boleh sewenang-wenangnya meminda akta berkenaan.
Pada masa sama, beliau menegaskan, tarikh perbicaraan kes rasuah melibatkan Guan Eng dan Li Koon yang dijadualkan bermula pada 27 Mac ini dan dijangka berakhir 21 Julai tetap dikekalkan kerana kes itu sudah lama tertangguh melebihi enam bulan.
Pada 30 Jun tahun lalu, Guan Eng, 56, mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan rasuah membabitkan penukaran status tanah daripada zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta sebuah banglo di bawah nilai pasaran.
Bagi pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam iaitu Ketua Menteri, menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bagi beliau dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan Permohonan Perlingkungan Semula daripada Zon Pertanian kepada Zon Perumahan Awam di Daerah Barat Daya negeri ini kepada syarikat Magnificient Emblem Sdn. Bhd.
Pertuduhan tersebut didakwa dilakukan Ahli Parlimen Bagan itu ketika mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Perancang negeri di Bilik Gerakan, Tingkat 28, Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini pada 18 Julai 2014.
Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatan itu didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Pertuduhan kedua pula, Guan Eng didakwa sebagai penjawat awam mendapatkan untuk dirinya suatu barang berharga dengan suatu balasan yang diketahui tidak mencukupi, iaitu lot tanah dan sebuah rumah yang terletak di alamat No 25, Jalan Pinhorn, di sini daripada Li Koon dengan harga RM2.8 juta.
Sedangkan nilaian semasa hartanah itu adalah sebanyak RM4.27 juta dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Puteh itu mengetahui bahawa Li Koon mempunyai hubungan dengan tugas-tugas rasminya.
Perbuatan itu didakwa dilakukan Guan Eng di rumah banglo terlibat pada 28 Julai 2015 dan untuk itu, beliau didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Li Koon, 44, pula mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat bagi mendapatkan untuk Guan Eng lot tanah dan rumah banglo terlibat pada tarikh serta tempat sama dan dituduh mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 165 kanun sama yang membawa hukuman serupa.
Suara Politik
Belantan
saya ingin berbagi cerita kepada semua teman-teman bahwa saya yg dulunya orang yg paling tersusah,walaupun mau makan itu pun harus hutang dulu sama tetangga dan syukur kalau ada yg mau kasi,semakin aku berusaha semakin jauh juga pekerjaan dan selama aku ingin berbuat baik kepada orang lain semakin banyak pula yg membenci saya karna saya cuma dianggap rendah sama orang lain karna saya tidak punya apa-apa,dan akhirnya saya berencana untuk pergi mencari dukun yg bisa menembus nomor dan disuatu hari saya bertemu sama orang yg pernah dibantu sama AKI SOLEH JAFFAR dan dia memberikan nomor AKI SOLEH JAFFAR,dia bilan kepada saya kalau AKI SOLEH JAFFAR bisa membantu orang yg lagi kesusahan dan tidak berpikir panjang lebar lagi saya langsun menghubungi AKI SOLEH JAFFAR dan dengan senan hati AKI SOLEH JAFFAR ingin membantu saya,,alhamdulillah saya sudah menang togel yg ke5 kalinya dan rencana saya bersama keluarga ingin membuka usaha dan para teman-teman diluar sana yg ingin seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH JAFFAR,di ((( 0853 7778 3331 ))) saya sangat bersyukur kepada allah karna melalui bantuan AKI SOLEH JAFFAR, dan kini kehidupan saya sudah jauh lebih baik dari sebelumnya,ingat kesempatan tdk akan datan untuk yg kedua kalinya Atau
BalasPadamKLIK DISINI