Khamis, Disember 03, 2015

'Saya hadir PAU tapi sebagai 'tunggul'"?


Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan hadir pada Perhimpunan Agung Umno bagaimanapun beliau tidak akan berucap dalam himpunan tersebut.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengesahkan perkara tersebut ketika ditemui di Menara Dato Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

‪"Insya-ALLAH, saya Timbalan Presiden lagi. Saya nak berucap, tetapi tidak boleh berucap. Malah tidak boleh terlibat dalam penggulungan. Hanya duduk di atas pentas sebagai tunggul.‬

‪"Orang lain boleh bercakap, saya tidak boleh bercakap. Timbalan Presiden tidak boleh bercakap," katanya ketika ditemui pemberita selepas memberi sokongan moral kepada sembilan ketua cawangan Bahagian Telok Kemang Negeri Sembilan yang dihadapkan kepada Lembaga Disiplin Umno hari ini.


Muhyiddin yang disingkirkan dari Kabinet pada Julai lalu turut berkata, apa yang berlaku di dalam Umno ini membuktikan bahawa ruang demokrasi di dalam parti itu semakin terkubur.‬

‪"Akar umbi Umno hari ini nak tunjukkan jika Timbalan Presiden tidak boleh bersuara, bermakna akar umbi juga tidak dibenarkan bersuara," ujarnya lagi.‬

‪Jelas Muhyiddin lagi, beliau sendiri masih sayangkan Umno malah tidak mahu dipecat.

Namun katanya, sekiranya parti sudah memutuskan, beliau akur dengan keputusan itu.‬‎

‪"Walaupun saya tidak mahu diri saya dipecat, tetapi jika mereka nak hukum saya, saya sedia terima," ujarnya lagi.

Suara Politik
Belantan

2 ulasan:

  1. Nampaknya, begitulah.
    Demokrasi hanya tinggal pada nama.

    Dan kalau tak silap inilah kali pertama UMNO dicabuli semangatnya habis-habisan.
    Yang berkuasa hanya satu.
    Jangan banyak bertanya.
    Jangan cuba menyanjung orang lain.
    Patuh atau "pergi jauh"

    Namun aku berdoa "Semoga UMNO tetap memperjuangkan Islam dan Melayu".


    HIDUP MELAYU.



    BalasPadam
  2. Demokrasi ikut cara si kitol gamaknyer.. tikam belakang.. bila kehendak tak dituruti.. khianat lepas tu pakai nama demokrasi untuk mintak halal?? bongok ke ape.. ikut style mamak..mase dia da kuasa bkn setakat suara.. kepala pun jgn angkat.. nanti kena tibai.. mesti mau puji sanjung..

    skrg bila mamak xde kuasa... dia xkasi org lain ikut ketua.. mesti lawan ketua... ini macam kalu.. bubarkan shj umno... sbb krn umno dipercayai rakyatlah ramai org yg perasan dan mabuk kuasa wpun tidak dipilih untuk brkuasa! ADA PAHAM ka geng mamak??

    BalasPadam