Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Isnin, Ogos 03, 2015
Tindakan DAP cetus persoalan sumber dana politik?
Tindakan DAP yang tidak bersetuju dengan cadangan supaya setiap parti mendedahkan sumber dana politik masing-masing wajar dipersoalkan ketika mereka begitu lantang mengkritik UMNO yang sering didakwa tidak telus.
Menyifatkannya sebagai sesuatu yang ‘mendukacitakan’, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sepatutnya cadangan itu disambut baik bagi membolehkan rakyat mengetahui siapa yang sebenarnya berada di belakang parti-parti politik tanah air.
“Ketika Perdana Menteri dan UMNO yang sering pembangkang cerca bersedia berbuat demikian bagi menunjukkan ketelusan, tiba-tiba mereka pula yang tidak bersetuju. Adakah mereka takut atau mahu menyembunyikan sesuatu di sebalik dakwaan kononnya UMNO ini menyimpang?.
“Mereka tidak sepatutnya takut kerana ini boleh dianggap sebagai satu manifestasi kepada ketelusan, amanah dan keyakinan rakyat terhadap parti seperti didokong UMNO dan Datuk Seri Najib Tun Razak. Apabila mereka tidak menyokong, maka pelbagai persoalan akan timbul,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Baling di Dewan Tun Razak di sini hari ini.
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim; Ketua Pemudanya, Mohd. Noor Mohd. Amin serta Ketua Wanita UMNO Bahagian, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mendedahkan, beliau pernah mengemukakan cadangan supaya soal dana politik dibuat secara lebih telus dan terbuka tetapi tidak dipersetujui DAP.
Asyraf Wajdi menambah, perkara seperti itu membuktikan betapa kata-kata pembangkang serta segala tuduhan yang dilemparkan tidak boleh diterima bulat-bulat oleh rakyat dan ahli UMNO sendiri sehingga menyebabkan mereka hilang keyakinan terhadap pemimpin.
“Dalam Islam sendiri apabila seseorang itu membuat tuduhan, maka dia perlu mendatangkan bukti. Mana boleh hanya kerana kita bencikan seseorang, maka kita tuduh individu itu melakukan pelbagai kesalahan sekali gus memporak-porandakan keadaan.
“Kita ada undang-undang dan bukannya mengamalkan peraturan rimba. Bagi setiap pertuduhan dilemparkan, kini semuanya berada dalam siasatan pihak berkuasa. Jadi kita tunggu hasil siasatan dan jangan bertindak menjatuhkan orang lain melalui cara yang membelakangkan agama,” ujarnya.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan