Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Ogos 09, 2015
Khairy tidak takut dilucutkan jawatan?
KLANG : Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak bimbang jika dilucutkan jawatan sebagai menteri kerana memberi pandangan berkaitan tindakan yang diambil terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
Tetap dengan pendiriannya, Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, beliau percaya apa yang dilakukannya betul dan selain mahu kebenaran ditegakkan.
"Saya tidak risau (ditukar atau dilucutkan) kerana saya percaya kita mesti menegakkan kebenaran dan menyuarakan pendapat sekiranya ada yang tidak kena.
"Malah, Presiden, Datuk Seri Najib Razak ketika berucap pada mesyuarat perwakilan di Bandar Tun Razak sebentar tadi juga memberitahu, beliau tidak perlukan "yes man" di sekelilingnya.
"Itulah yang saya lakukan dan saya akan membawa perkara ini (SPRM) kepada Ketua Setiausaha Negara untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengapa ia berlaku," katanya selepas merasmikan penutup Mesyuarat Tiga Sayap UMNO Bahagian Klang , di sini, petang tadi.
Khairy berkata demikian mengulas mengenai kelantangannya menyuarakan rasa tidak senang dengan apa yang dianggap sebagai intimidasi terhadap SPRM.
Pada masa sama, Khairy juga turut menggesa ahli UMNO di peringkat akar umbi supaya bangkit menyuarakan pendapat serta tidak hanya berdiam diri demi menjaga diri sendiri serta pangkat bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi parti itu ketika ini.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan