Isnin, Mac 30, 2015

Nahas Germanwings : Bekas Kekasih Dedah Sikap Aneh Juruterbang?



BERLIN  - Seorang wanita telah mendedahkan perlakuan aneh juruterbang Germanwings, Andreas Lubitz, sebelum kejadian nahas yang menimpa pesawat itu pada Selasa.

Wanita yang dipercayai bekas teman wanita juruterbang itu menceritakan yang suspek pernah mengalami mimpi ngeri, menjerit “Kita nak terhempas!” lalu terbangun daripada tidur, lapor portal Dailystar.

Menurutnya lagi, Lubitz pernah berkata: "Satu hari nanti, saya akan buat sesuatu yang akan mengubah seluruh sistem, dan nanti semua akan tahu nama saya dan mengingatinya."

Wanita itu berkata dia teringat kata-kata itu selepas pesawat Germanwings 4U9525 itu terhempas membunuh Lubitz serta 149 yang lain.

Lubitz disyaki sengaja menyebabkan pesawat tersebut terhempas di pedalaman banjaran Alps Perancis.

"Saya tak tahu dulu apa yang dia maksudkan, tapi sekarang baru saya faham," katanya kepada akhbar Jerman, Bild.

Semalam, media melaporkan bahawa pihak berkuasa menemui surat cuti sakit Lubitz yang telah dikoyak. Beberapa nota baharu juga ditemui di rumahnya.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan