Selasa, Mac 17, 2015

Geng Anwarinas tidak ikut saranan Haron Din?


Saranan Mursyidul Am Pas baharu, Datuk Dr. Haron Din, agar kepemimpinan Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikekalkan langsung tidak dihormati pemimpin Pas dari kumpulan pro-Anwarinas.

Sebaliknya, mereka menggesa lebih banyak kawasan yang akan bermesyuarat selepas ini tampil mengikut jejak Pas Kota Bharu iaitu dengan mencalonkan pemimpin untuk mencabar Abdul Hadi pada muktamar parti itu nanti.

Gesaan itu secara tidak langsung memberi gambaran seolah-olah suara Mursyidul Am Pas selaku ulama tertinggi dalam parti berkenaan sudah ‘tidak laku’ lagi kerana mereka lebih ghairah untuk menumbangkan Abdul Hadi.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa berkata, tindakan Pas Kota Bharu menamakan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai calon Presiden perlu dihormati kerana dibuat berdasarkan keputusan syura.



“Saya mengharapkan sema­ngat dan prinsip ini diterima pakai oleh semua kawasan bagi membuktikan Pas mengamalkan syura untuk pencalonan dari kawasan-kawasan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Semalam, Haron dalam ama­natnya selepas dilantik sebagai Mursyidul Am Pas baharu menegaskan bahawa seluruh ahli perlu mematuhi arahan Majlis Syura Ulama termasuk dalam soal mengekalkan Abdul Hadi sebagai Presiden.

Penegasan itu di­buat rentetan kenya­taan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, yang menjelaskan bahawa Presiden Pas tidak semestinya daripada kalangan ulama.

Kenyataan Khalid itu kemudiannya dibalas Abdul Hadi bahawa beliau sedia dicabar selaras de­ngan Fasal 25 (2) Perlembagaan Pas yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden perlu dipilih melalui muktamar.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan