Ahad, Februari 15, 2015

Anak 'Papa Hebat' sudah mula main wayang - Anwar mengadu sakit belakang?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dilaporkan kehilangan berat badan sejak dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh Selasa lalu.

Menurut anak sulung Anwar, Nurul Izzah, yang juga Naib Presiden PKR, ayahnya juga mengadu bahawa beliau mengalami sakit belakang ketika berada dalam sel.

Nurul Izzah bersama ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, telah melawat Anwar di penjara, kelmarin.



“Ayah mengadu sakit belakang kerana keadaan di dalam sel. Berat badanya juga susut sedikit, tetapi semangat juangnya tetap tinggi,” kata Nurul Izzah.

Difahamkan, Anwar dilayan sama seperti banduan lain di penjara.

Nurul Izzah berkata, Anwar juga amat kesal dengan tindakan pihak penjara yang tidak membenarkannya melawat jenazah Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Katanya, keluarganya sudah mampu menerima hakikat bahawa Anwar dipenjarakan sekali lagi.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

  1. Sedangkan semasa Tn Guru Nik Aziz semasa hidup terlantar sakit tak melawat,inikan pula semasa meninggal.Manusia durjana layaknya di gelar kepada anuar al jubori.

    BalasPadam