Isnin, Disember 01, 2014

Polis akan panggil penganjur makan malam PKM?


GEORGETOWN - Polis akan memanggil penganjur majlis makan malam perajurit Parti Komunis Malaya (PKM) di Taman Chai Leng Seberang Perai Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan berkata, pihaknya sudah mengenal pasti individu yang terlibat dan akan memanggil mereka untuk membantu siasatan dalam masa terdekat.

Menurutnya, polis menerima 24 laporan setakat ini termasuk dua di Johor mengenai penganjuran majlis itu. akan malam berkenaan.

"Daripada laporan yang kita terima, penganjuran majlis itu menimbulkan keresahan, kegusaran dan ketakutan masyarakat terhadap kemungkinan perjuangan komunis akan dihidupkan semula.

"Mereka akan dipanggil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Sabtu lalu, kira-kira 800 individu dipercayai ahli dan susur galur keluarga bekas ahli PKM di Malaysia dan Thailand dikatakan hadir pada majlis makan malam anjuran Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia.

Majlis itu dipercayai dianjurkan bagi memperingati ulang tahun ke-25 penandatanganan persetujuan damai Hadyai membabitkan parti itu yang seolah-olah cuba mengangkat perjuangan Setiausaha Agung PKM, Chin Peng.

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

  1. Mereka mereka ini masih mahu bermain dengan mercun , walau pun ada larangan seperti budak2 jika terbakar tangan salahkan budak2 sedangn mak bapa yang perlu disalahkan.

    BalasPadam