Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Rabu, Disember 03, 2014
'Ganyang' DAP masuk kampus - Apa salahnya tegakkan hak Anwar?
Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan (Ganyang) mengkritik tindakan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) Universiti Malaya (UM) yang didakwa mengugut untuk mengenakan tindakan termasuk menggantung pengajian Presiden Persatuan Mahasiswa (PMUM), Fahmi Zainol.
Pengasas bersama dan penyelaras Ganyang, Adrian Lim Chee En berkata, tindakan tersebut jelas mencerminkan sikap autoritarian pihak pengurusan universiti tersebut.
“PMUM hanya berusaha untuk memulihkan falsafah UM, antaranya kebebasan akademik, autonomi universiti dan urus tadbir pelajar.
“Kami di pihak Ganyang, sebuah gerakan yang merangkumi 20 persatuan mahasiswa daripada 10 buah IPTA dan IPTS, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sebelum ini, Fahmi dilaporkan media tempatan bakal menerima tindakan disiplin termasuk digantung pengajiannya selepas diberi surat tunjuk sebab oleh HEP UM kerana menganjurkan program ‘40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara’ membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.
Naib Canselor HEP, Prof Datuk Rohana Yusof berkata, pihaknya melarang penganjuran program itu ekoran melanggar peraturan universiti.
Mengulas lanjut, Adrian menyebut bahawa mahasiswa harus diberi kebebasan menganjur program selagi ia tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara.
“Ganyang menegaskan keperluan mahasiswa dilayan seperti orang dewasa. Mahasiswa harus diberi kebebasan untuk menganjurkan program tanpa dicengkam oleh pihak universiti selagi mana program tersebut tidak bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara.
“Penganjuran program ‘40 Tahun: Dari Universiti Malaya ke Penjara’ bukan satu jenayah. Anwar merupakan seorang rakyat Malaysia, haknya sama seperti setiap rakyat yang lain.
“Apa yang Fahmi tegakkan cuma hak Anwar sebagai alumni UM. Apa salahnya? Jika orang awam dibenarkan keluar masuk daripada UM, apatah lagi seorang alumni UM?,” katanya.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan