Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, November 16, 2014
Pas Selangor selar pihak pertikai fatwa?
Pas Selangor akan merujuk tiga ahli Parlimen daripada parti itu kepada Pas Pusat untuk tindakan lanjut kerana membuat kenyataan secara terbuka dengan menyifatkan fatwa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap liberalisme dan pluralisme sebagai usaha terburu-buru dan drastik.
Ketiga-tiga mereka ialah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).
Pesuruhjaya Pas negeri, Iskandar Abdul Samad berkata, tindakan ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor secara terbuka adalah satu perbuatan yang tidak wajar.
Jelasnya, hal ini demikian kerana perbuatan tersebut akan membuka ruang untuk semua fatwa dipertikaikan sekali gus mewujudkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam.
“Tindakan ahli-ahli Parlimen Pas tersebut telah dibuat tanpa berbincang dengan Pas Selangor walaupun kami mengadakan pertemuan mingguan wakil-wakil rakyat iaitu pada setiap pagi Rabu.
“Wakil rakyat tidak sepatutnya bertindak bersendirian kerana mereka bertanding dalam pilihan raya umum atas tiket parti dan bukan tiket individu. Oleh yang demikian, tindakan mereka akan dilaporkan kepada Pas Pusat untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Selasa lalu, Khalid, Mujahid dan Mohamed Hanipa mempertikaikan keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor pada Julai lalu terhadap Sisters in Islam (Sis) dan mana-mana individu, pertubuhan atau institusi yang berpegang kepada fahaman liberalisme dan pluralisme agama adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam.
Berikutan itu, Sis memfailkan semakan kehakiman di mahkamah pada 31 Oktober lalu dan menamakan Jawatankuasa Fatwa Selangor, MAIS dan kerajaan negeri sebagai responden.
Selanjutnya sila baca disini.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan