Rabu, Oktober 29, 2014

Polis siasat Ustaz Azhar Idrus?


Selepas menerima dua laporan sejak kelmarin, polis akan menyiasat secara menyeluruh penyebaran satu rakaman klip video lucah yang tersebar di internet.

Lelaki di dalam klip video tersebut dikatakan mirip penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, 50.

“Kita akan mendapatkan bantuan daripada beberapa agensi termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) bagi mengesan dalang yang menyebarkan video tersebut,” jelas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md. Isa.

Beliau juga turut menerangkan bahawa pihaknya akan menyiasat dan mengambil kira semua aspek untuk melengkapkan siasatan kes. Ini termasuklah memanggil Ustaz Azhar untuk mendapatkan keterangan.

“Polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana mengedar bahan lucah yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali,” tambahnya lagi.

Suara Politik
Belantan

3 ulasan:

  1. Kalau hasil siasatan memang sah dia.Macam mana pulak?

    BalasPadam
  2. Kalau.....Video tersebut dirakam secara curi....Hubungan suami-isteri... Perakam dan tukang distribute boleh didakwa....Malah yang menyimpan juga...

    BalasPadam
  3. perbuataa. haaalaa sebakk laki bini... cumo yaaang rakaaa viedoo tu bo...dooooh, hahahaaha.... nak tunjuk kata orang aje.... bercakap benarlah kamu pelakun filem ni.. nafikan sekeras-kerasnya itu bukan kamu, orang luat tengak berseronok tengok ni....

    BalasPadam