Khamis, Oktober 23, 2014

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri saman Chegubard RM2 juta?


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri, Mohd. Nazree Mohd. Yunus hari ini memfailkan saman RM2 juta terhadap pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berhubung kenyataannya dalam laman media sosial Twitter yang didakwa berunsur fitnah.

Saman terhadap Badrul Hisham, 36, atau dikenali sebagai Chegubard dikemukakan oleh Mohd. Nazree di Mahkamah Tinggi Seremban dekat sini pada pukul 12.15 tengah hari ini. Mohd. Nazree diwakili peguam Hazwan Mohd. Nor.

Tuntutan saman itu melibatkan kenyataan Badrul Hisham pada pukul 1.32 petang, 22 Mac lalu yang menyebut satu kenyataan didakwa memfitnah Mohd. Nazree ketika pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Hazwan ketika ditemui pemberita memberitahu, kenyataan yang dikeluarkan itu secara tidak langsung telah menjatuhkan nama baik Mohd. Nazree yang ketika itu bertanding merebut jawatan AMK.


Kata Hazwan, tindakan saman itu bertujuan membersihkan nama anak guamnya sebagai seorang pemimpin AMK.

“Surat tuntutan telah dikeluarkan oleh pihak kami bertarikh 25 April lalu dan telah diterima pada 2 Mei lalu di kediaman keluarganya di Taman Bukit Chedang menuntut supaya Chegubard menarik semua kenyataan yang telah dikeluarkan dalam laman Twitter dan Facebook.

“Dalam surat itu juga pihak kami telah meminta Chegubard memohon maaf terhadap kenyataan yang dikeluarkan. Namun, sehingga kini permohonan maaf dan kenyataannya masih tidak diterima dan ditarik balik,” katanya.

Dalam saman itu, Mohd. Nazree turut memohon perintah injunksi bagi menghalang Badrul Hisham mengeluarkan kenyataan tersebut lagi.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan