Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Oktober 25, 2014
Azmin jangan jadi ‘tin kosong’?
Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali dikecam oleh pemimpin parti beliau sendiri kerana masih tidak melakukan apa-apa perubahan biarpun sudah sebulan memegang jawatan itu.
Pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Ampang, Shahrunizad Sahar berkata, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya mempunyai perancangan pembaharuan dalam pentadbiran negeri dengan mendakwa Mohamed Azmin sudah lama mengimpikan jawatan berkenaan.
Kata beliau, ketiadaan perubahan segera yang dilakukan jelas membuktikan bahawa tidak ada apa-apa alasan untuk Mohamed Azmin menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
“Adakah Mohamed Azmin masih dalam tempoh ‘berbulan madu’ lagi? Seharusnya beliau menunjukkan kredibilitinya sebagai Menteri Besar.
“Jangan jadi seperti tin kosong yang hanya bercakap, tetapi tidak mampu untuk bertindak,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata, keputusan Mohamed Azmin meneruskan perjanjian penstrukturan semula air Selangor dan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) juga menunjukkan Abdul Khalid melakukan tindakan yang betul, sekali gus penggugurannya daripada jawatan itu merupakan satu kesilapan besar.
“Seperti rakyat Selangor tahu sebelum ini, yang sering digunakan untuk mendesak Abdul Khalid meletakkan jawatan adalah isu perjanjian air dan projek Kidex yang kononnya satu perjanjian berat sebelah.
“Tetapi nampaknya, selepas Mohamed Azmin menjadi Menteri Besar Selangor, lain pula ceritanya.
“Ini bermakna Abdul Khalid melakukan tindakan yang betul, jadi apa isu sebenar beliau didesak meletakkan jawatan,” tegasnya.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan