Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Khamis, September 04, 2014
Krisis MB Selangor - Jangan ingkar titah sultan?
Ketua Umum (KETUM) Parti Keadilan Rakyat, Anwar Ibrahim terus berani memperlihatkan 'wajahnya' yang sebenar apabila enggan akur kepada titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pemilihan Menteri Besar Selangor yang baharu.
Menurut Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam, sikap yang ditunjukkan oleh Anwar itu secara tidak langsung menggambarkan pemimpin itu yang tidak menghormati titah sultan walaupun sebelum ini telah dititahkan untuk mencadangkan lebih daripada dua nama untuk mengisi jawatan tersebut.
"Sultan Selangor telah bertitah dan kita sebagai rakyat wajib menghormati dan mematuhinya. Apa yang diperintahkan itu sepatutnya dipatuhi namun itu yang sebaliknya berlaku dalam krisis Menteri Besar Selangor ini apabila PKR tetap mencalonkan hanya satu nama.
"Jika kita tahu menghormati mahkamah mengapa begitu sukar untuk menghormati institusi raja? Usah mengaku warganegara Malaysia jika tidak mahu berpegang kepada Rukun Negara dan Perlembagaan Persekutuan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Wanita PKR Wilayah Persekutuan, Felicia Ling semalam yang mendesak Anwar melucutkan segala keistimewaan sebagai Melayu jika masih berdegil tidak mahu mematuhi titah baginda melalui ucapannya pada Himpunan Gelombang Merah Kuning di Stadium Kota Raja Klang, Selangor Sabtu lalu.
Felicia dalam ucapannya yang dipetik daripada rakaman video di laman Facebook 'Rojak Malaya' itu turut menyifatkan keputusan menamakan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai amalan politik boneka.
Dalam pada itu, Ramlah berkata, sikap yang ditunjukkan Anwar itu tidak wajar dan perlu dihentikan segera kerana seolah-olah cuba memperjuangkan agenda tersendiri berbanding kepentingan negara.
"Tidak puas 'bergaduh' dengan rakyat dan musuh politik, kini cuba mengingkari sultan pula demi kepentingan sendiri. Sikap biadab ini tidak wajar dilakukan oleh seorang pemimpin," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Dr. Jayum Jawan yakin kemelut pemilihan Menteri Besar yang baharu itu dapat diselesaikan dengan baik oleh Sultan Sharafuddin.
"Baginda berhak meminta lebih daripada dua nama berikutan pakatan pembangkang bukanlah sebuah pakatan yang berdaftar seperti Barisan Nasional (BN) dan tidak wajar untuk kita mengenepikan titah baginda.
"Namun saya amat percaya baginda dapat menangani perkara ini dengan baik sekali demi memastikan kesejahteraan rakyat Selangor terus terpelihara dan pengurusan pentadbiran kembali berjalan lancar," katanya.-UMO
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan