Sabtu, Julai 19, 2014

#MH17: Agensi keselamatan Ukraine dedah perbualan telefon tembak jatuh MH17?


Agensi keselamatan Ukraine, SBU, hari ini, mendedahkan dua rakaman perbualan telefon yang didakwa menjadi bukti bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia.

Menurut laporan The Kyiv Post yang dipetik Astro Awani, yang menyiarkan perbualan telefon yang didedahkan oleh SBU itu, perbualan telefon pertama, dibuat 20 minit selepas MH17 terhempas, di antara komander Donetsk People's Republic, Igor Bezler dan Kolonel Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.

Berikut perbualan telefon tersebut:

Igor Bezler: Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast).

Vasili Geranin: Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang?

Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap.

Vasili Geranin: Berapa minit lalu?

Igor Bezler: Lebih kurang 30 minit lalu

Perbualan telefon kedua pula antara anggota pemberontak bernama Major dan Greek.

Semasa perbualan telefon itu, Major berkata pesawat itu ditembak jatuh oleh satu kumpulan dari pusat pemeriksaan Chernukhino.

Major juga memberitahu Greek bahawa pesawat itu berkecai di udara dan ia adalah 100% pesawat komersial.

Major turut berkata serpihan pesawat tersebut jatuh ke dalam laman (sebuah rumah).

Apabila Greek bertanya sekiranya adakah dia berjumpa sebarang dokumen, Major berkata hanya dokumen seorang pelajar Indonesia dari Universiti Thompson dijumpai.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan