Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Ahad, Mei 04, 2014
Unit Amal PAS Tumbuk Orang Sehingga Pecah Dahi?
Kuala Lumpur – Salah seorang peserta himpunan anti-GST mendakwa Unit Amal PAS yang sepatutnya ditugaskan menjaga keselamatan telah bertindak ganas dengan menumbuk dahi rakannya sehingga pecah dan berdarah.
Berang dengan tindakan tersebut, lelaki tersebut meluru dan meminta penjelasan dari Unit Amal Pas.
“Bang saya nak tanya, Unit Amal mana yang tumbuk dahi kawan saya tadi?” ujarnya dengan nada marah.
Namun petugas Unit Amal PAS yang ditemui petang tadi gagal memberikan menjawab dan menyatakan tidak tahu mengenai kejadian tersebut sambil memintanya agar bersabar.
“Macam mana nak sabar, dahi kawan saya pecah kena tumbuk, samapi berdarah” ujarnya lagi.
Lelaki berumur sekitar 30-an itu berkata, unit PAS sepatutnya mengawal keadaan dan bukaannya menumbuk dan melakukan kekerasan terhadap para peserta yang menyertai himpunan tersebut.
Wakil Unit Amal PAS yang ditemui bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden petang tadi, gagal memnberikan sebarang jawapan.
Menurut para peserta yang berada ditempat kejadian, insiden itu tercetus apabila kumpulan dari Solidariti Anak Muda (SAMM) yang diketui oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard itu cuba merempuh halangan yang dibuat oleh para petugas Unit Amal.
Kumpulan tersebut dipercayai ingin berarak sehingga ke tengah padang, namun dihalang oleh petugas PAS sehingga berlaku tolak menolak yang akhirnya menimbulkan kekecohan.
Suara Politik
Belantan
Allah SWT cuma tunjuk sikit manusia kelemahan yang mempertahankan dan membela manusia yang berzina... Allah SWT jua Maha Mengetahui.
BalasPadam