Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Mei 02, 2014
Peserta perhimpunan Bantah GST serang jurufoto media?
Kejadian berlaku selepas perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berlangsung hari ini bersurai, dimana sekumpulan pemuda yang menyertai perhimpunan tersebut bertindak menyerang sekumpulan jurufoto yang sedang membuat liputan media di Jalan Raja dekat Dataran Merdeka.
Menurut laporan, kumpulan anak muda yang bertopeng serta berpakaian serba hitam itu, menggelarkan diri mereka sebagai ‘Antifa’ telah cuba membuat provokasi ke atas kumpulan jurufoto tersebut.
Di dalam kejadian yang berlaku sekitar petang tadi, seorang jurufoto dari Malaysia Fokus, Sharil Amin Abdul Rahim disepak dan ditumbuk manakala jurufoto Malaysia Reseved, Hafizi Mohamad terkena balingan kayu.
Susulan kejadian tersebut, Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membidas tindakan berkenaan dan memandang serius akan perkara itu.
"MPPA memandang serius kejadian ini kerana perhimpunan ini adalah perhimpunan aman dan di bawah seliaan permit pihak berkuasa. Seharusnya tiada kekecohan tercetus.
"Kami kesal dengan segelintir kumpulan pemuda yang masih bertindak liar dengan menyerang jurufoto media bertugas" jelas Setiausaha Agung MPPA, Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz dalam satu kenyataan media.
MPPA dalam kenyataannya turut memaklumkan akan melaporkan kepada pihak polis dan akan mempertimbangkannya ke pihak peguam kerana ada bukti bergambar.
Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengutuk perbuatan sekumpulan pemuda tersebut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak wajar.
Shabery turut menyeru agar pihak media dihormati kerana golongan tersebut sudah bersusah payah menyalurkan maklumat kepada rakyat.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan