Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, April 25, 2014
Peguam gesa Putrajaya tidak teruskan rayuan kes hasutan Karpal Singh?
Keluarga Karpal Singh boleh singkirkan sabitan mengikut Akta Hasutan yang dikenakan terhadapnya melalui keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1997 yang membenarkan waris mendiang merayu terhadap sabitan berkenaan, kata peguam.
Menurut laporan berita The Malaysian Insider, Putrajaya perlu menggugurkan rayuan terhadap hukuman Karpal yang didenda sebanyak RM4,000.
Selain itu, mereka juga berkata Putrajaya juga tidak harus teruskan rayuan dan menunjukkan tiada elemen hasutan dalam kes Karpal.
Karpal menyuarakan pendapatnya sebagai peguam dan pemimpin berikutan krisis Perlembagaan rampasan kuasa yang menyaksikan kerajaan 10 bulan yang dibentuk Pakatan Rakyat (PR) di Perak jatuh.
Karpal dijatuhkan bersalah melakukan hasutan pada 2009 dan didenda RM4,000.
Karpal memfailkan rayuan terhadap pendakwaan dan hukuman dan menantikan hakim perbicaraan memberikan penghakiman sebelum membawa perkara itu ke Mahkamah Rayuan.
Naib Presiden PKR dan peguam N Surendran berkata Putrajaya perlu menggugurkan rayuan mereka dan tidak menghalang rayuan Karpal.
Mahkamah Tinggi pada 21 Februari menjatuhkan hukuman bersalah terhadap Karpal kerana dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur hasutan terhadap Sultan Perak.
Karpal berkemungkinan gugur kelayakan sebagai anggota Parlimen, memandangkan kelayakan boleh terlucut apabila wakil rakyat dikenakan hukuman denda lebih RM2,000 atau penjara lebih setahun serta tidak menerima pengampunan.
Anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh dan pembantu peribadinya maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung minggu lalu.
Suara Politik
Belantan
Mana boleh singkirkan begitu saja, salah tetap salah nanti akan datang ada pulak orang lain menggunakan klausa itu sebagai pembelaan.
BalasPadamAssalam Bro
BalasPadamInil;ah dinamakan dah mati pun masih menyusahkan orang... Karpal dah tak ada buat apa nak merayu... Status Karpal bersalah dan di denda RM 4000.
Diminta jangan dilayan peguam keluarga Karpal Singh sebab keputusan itu akan menjadi punca lebih ramai yang AKAN TIDAK MENGHORMATI PERLEMBAGAAN dan UNDANG-UNDANG NEGARA.
BalasPadam