Selasa, April 29, 2014

MH370 Hari ke-53: Rakaman audio pesawat dimainkan kepada keluarga China?


Pegawai Malaysia telah memainkan rakaman audio terakhir pesawat MH370 dengan menara kawalan udara kepada keluarga penumpang di China.

Ia berbunyi seperti perbualan radio biasa dengan nombor penerbangan diulang berkali-kali.

Mengikut laporan CNN, sesi pertama mendedahkan kronologi perhubungan terakhir pesawat berkenaan dengan stesen radar dan juga satelit yang berlegar di atas Lautan Hindi.

Pada 2.03 pagi 8 Mac, pusat operasi Malaysian Airlines menghantar pesanan kepada kokpit mengarahkan juruterbang untuk menghubungi menara kawalan udara Vietnam tetapi MH370 tidak menjawab.

Tiada komunikasi antara Malaysian Airlines dan MH370 selama lima jam sehingga syarikat penerbangan itu cuba menghubungi kokpit semula.

Keluarga China berkenaan diberitahu bahawa pesawat MH370 akan kehabisan bahan api setelah tujuh jam dan 31 minit dalam penerbangan.

Berdasarkan pengiraan bahan api, pesawat berkenaan akan kehabisan bahan api pada jam 8.12 pagi.

Delegasi Malaysia juga menunjukkan data satelit antara pesawat dan Inmarsat di Lautan Hindi.

Hubungan keenam dan juga terakhir dengan satelit berlaku pada jam 8.11 pagi.

Suara Politik
Belantan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan