Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Selasa, April 29, 2014
Catu air: Selangor gagal beri kata putus?
Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor masih gagal memberi kata putus berhubung pemberhentian catuan air di negeri ini dan Wilayah Persekutuan yang sepatutnya berakhir esok.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia, Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr. Ahmad Yunus Hairi berkata, kerajaan negeri memerlukan sedikit masa lagi sebelum dapat membuat ketetapan sama ada catuan air perlu diteruskan atau mencari alternatif lain.
"Setakat ini Sungai Selangor yang merupakan empangan terbesar hanya mencatat jumlah peningkatan air sebanyak 1.18 peratus," katanya dalam sidang akhbar mengenai status semasa kapasiti empangan air di Selangor di sini hari ini.
Baru-baru ini Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, masalah penduduk di Selangor dan Wilayah Persekutuan berhubung isu status catuan air yang berlarutan sejak dua bulan lalu bakal diketahui minggu ini.
Menurutnya, perkara tersebut telah dibincangkan dalam satu mesyuarat yang dipengerusikannya sebelum ini.
Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Yunus memberitahu, berdasarkan kajian dijalankan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan kerjasama Jabatan Kesihatan negeri mendapati, sumber air di Kolam Hang Tuah bebas daripada penyakit kencing tikus.
"Unsur bakteria yang membawa kepada kencing tikus mematuhi parameter kandungan kimia yang ditetapkan," ujarnya.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan