Ahad, Mac 02, 2014

KERAJAAN SELANGOR AMBIL ALIH KONSESI AIR, BERMULA SEMALAM?


Kerajaan Selangor dan Kerajaan Persekutuan semalam telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi membolehkan Kerajaan Selangor mengambil alih ekuiti empat syarikat konsesi.

Pengambilalihan ini dijangka selesai sepenuhnya dalam tempoh tiga bulan dan keempat-empat syarikat ini akan diletakkan di bawah satu syarikat konsortium air di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) iaitu syarikat milik penuh kerajaan Selangor.

Empat syarikat konsesi itu ialah Puncak Niaga Sdn Bhd, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS), Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH) dan Konsortium ABBAS Sdn Bhd (ABBAS).

Pengambilalihan ini akan melibatkan pengambilalihan pegangan ekuiti serta tangggungjawab dan tidak melibatkan pemberhentian kakitangan bukan pengurusan.

KDEB akan membayar RM9.65 bilion kepada pemegang saham empat syarikat konsesi terbabit manakala Kerajaan Persekutuan menyuntik RM2 billion untuk membantu Kerajaan Negeri dalam urusan pengambialihan saham.

Sebagai balasan, Kerajaan Selangor akan mengeluarkan kebenaran merancang untuk pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (LRAL2).

Sementera menunggu Langat 2 disiapkan, Kerajaan Selangor akan melaksanakan tiga tanggungjawab utama untuk memastikan bekalan air bersih mencukupi iaitu:

1. Menjalankan program mitigasi bernilai RM900juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Persekutuan

2. Memulakan projek Horas (Hybrid Off River Augmentation System) di Sungai Selangor yang mampu membekalkan air bersih antara 600 hingga 700 Juta Liter Sehari (MLD) atau 3 bilion liter pada 2050. Majlis pecah tanah projek ini akan diadakan dalam tempoh dua minggu dari sekarang

3. Menurunkan peratusan air tidak berhasil (NRW) dari 33 % kepada tahap yang lebih rendah dalam tempoh enam bulan. Peratusan tinggi NRW yang gagal diturunkan oleh SYABAS adalah punca utama bekalan air bersih tidak mencukupi.

Terimakasih diucapkan kepada Kerajaan Persekutuan dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili di atas kerjasama bagi memuktamadkan penstrukturan semula industri air di Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

MoU ini tepat pada masanya ketika rakyat bergelut dengan krisis bekalan air dan ini jelas membuktikan industri air perlu distruktur semula supaya perkhidmatannya lebih cekap dan mampan dengan kadar tariff air yang munasabah.

Seluruh pengundi Kajang diseru agar agar memberikan sokongan kepada calon Barisan Nasional yang selama ini sentiasa membela Rakyat sekali pun masaalah air ini sepatutnya Kerajaan Negeri yang perlu dipertanggungjawabkan untuk mengurusnya dengan lebih baik.

Sekiranya sebelum ini perkara ini dilakukan sudah pasti permasaalahan air ini tidak timbul dan akhirnya mereka akur juga dengan projek Langat yang mereka tentang selama ini dan perlu diingat setiap dasar yang kerajaan Persekutuan rancang sudah diteliti sebaiknya dan amat tidak wajar ditangguhkan sehinggakan kos penangguhan melibatkan keruguan puluhan juta ringgit

FIKIR DAN RENONGKAN LAH...!!!

Suara Politik
Belantan

1 ulasan:

  1. Saya rasa ada sedikit pembetulan pada ayat perenggan pertama & kedua. Ia seolah=olah menggambarkan bahawa dgn MOU ini maka penstrukturan akan berjaya dlm masa 3 bulan.

    Sebenarnya ia membenarkan kerajaan Selangor membuat tawaran kepada keempat-empat syarikat ini dan jawapan harus diterima selewat-lewatnya 10 Mac ini.

    Jika diterima maka barulah proses pengambilalihan dan penstrukturan dpt dilakukan.

    Drp kenyataan Tan Sri Rozali, Bos Puncak Niaga dan Syabas nampaknya agak positif. Maka halangan besar dah selesai.

    Ini kerana harga RM9 billion lebih itu adalah daripada pihak penjual. Kini pembeli sanggup membayar. Sebab itulah transaksi ini pasti akan berjaya.

    Khalid terpaksa bermain politik demi menyelamatkan kerusi MB dariapada dirampas oleh DSAI. Ini juga memberi signal kpd pengundi kajang agar tidak mengundi DSAI serta menolak Azmin dgn pertarunga jawatan Timbalan Presiden PKR nanti.

    Sudah tentu MOU ini ditandatangani tanpa merujuk kepada Anwar telah memberi indikasi bahawa Awnar tidak dipedulikan kerana keputusan ini adalah atas kapasiti eksekutif dan bukannya keputusan parti.

    Kini Anwar tersepit utk menerangkan justifikasinya memaksa lee Chin Cheh berundur demi ANwar. Atas alasan menyelesaikan kemelut antara Azmin dan Khalid serta pentadbiran Khalid yg sering dikritik.

    Yang pasti Anwar mcm cacing kepanasan setelah LIm Kit Siang juga mengatakan Anwar mungkin kalah adalah disebabkan masalah dalaman dan bukannya sebab calon bebas atau BN.

    Anda juga disyorkan membaca artikel saya mengenai sistem perbekalan air di lembah kelang serta projek langat 2 dari sudut kejuruteraan.

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html

    BalasPadam