Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Jumaat, Januari 31, 2014
Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Tindakan bodoh PKR?
Akhbar China Press semalam menyiarkan pendapat pembaca mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
Artikel bertajuk Sikap PKR lupa diri itu ditulis oleh Kang Yong Qian yang disiarkan dalam ruangan Kedai kopi Orang ramai di halaman C23.
Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) belum genap setahun, tetapi negara ini sudah melalui tiga kali PRK. Sebelum ini, ada dua PRK berikutan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), tetapi hari ini PRK di Kajang pula diadakan disebabkan atas tindakan pemimpin dalam parti itu sendiri.
Sebelum ini, selepas PRU Ke-12, berturutan wakil-wakil rakyat PKR yang bertindak keluar parti. Walaupun tiada sebarang PRK dilakukan, sebenarnya mereka telah menggadai hasrat dan kemahuan rakyat.
Jawapan dan alasan yang diberi oleh PKR apabila berlakunya perkara ini adalah kerana mereka terlalu singkat untuk mengenal pasti calon-calon.
Namun apabila PRK kali ini diadakan, mereka sebenarnya tidak ada alasan lagi. Yang jelasnya, mereka sekali lagi telah menggadaikan kemahuan dan membazirkan masa serta wang ringgit rakyat.
Motif untuk mengadakan PRK dikatakan untuk memberi laluan kepada Anwar Ibrahim, supaya beliau dapat memegang jawatan Menteri Besar Selangor, bagi meredakan perbalahan antara Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.
Sebelum Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai ADUN Kajang, Abdul Khalid masih lagi yakin jawatan menteri besar itu masih berpihak kepadanya. Anwar juga tidak mengaku yang dia akan bertanding dalam PRK untuk memegang jawatan berkenaan.
Tetapi hari ini perkara ini telah tersebar, Anwar sendiri menunjukkan reaksi beliau akan bertanding, ini bermakna khabar angin Abdul Khalid akan melepaskan jawatan digantikan dengan Anwar adalah benar.
Jika Anwar tidak mahu jadi menteri besar, dengan kedudukan beliau dalam politik kenapa dia turun padang untuk bertanding jawatan ADUN?
Ini kali kedua alasan Anwar untuk turun bertanding yang mengorbankan orang lain. Yang pertama dia telah menolak isterinya sendiri, Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang melepaskan jawatan Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepadanya.
Walaupun PRK di Permatang Pauh dikatakan telah membazirkan duit rakyat, pastinya tindakan beliau itu adalah jalan yang dibenarkan penyokongnya untuk mengembalikan Anwar ke Dewan Rakyat yang membolehkan dia memimpin pembangkang menentang Barisan Nasional (BN).
Tetapi PRK di Kajang ini hanya untuk kepentingan peribadi Anwar bukan satu tindakan yang berada di landasan yang betul. Sedangkan Abdul Khalid dan Azmin sebenarnya ialah calon pilihan terbaik untuk menjadi menteri besar. Hanya untuk menyelesaikan masalah dalaman parti, Anwar pula jadi payung terjunnya.
Ini jelas, Anwar tidak menghiraukan pilihan dan keputusan rakyat pada PRU 5 Mei tahun lalu, dan dengan tidak bertanggungjawab dia melakukan pembaziran masa dan wang ringgit rakyat.
Anwar sebagai pemimpin yang pernah menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri, jika beliau memegang jawatan menteri besar, bukankah ia hanya merendah-rendahkan martabat beliau?
Cuba kita tinjau di luar negara seperti Jepun dan Australia, perdana menteri mereka boleh bertukar posisi menjadi menteri dan bekas perdana menteri boleh bertanding jawatan Datuk Bandar. Di negara mereka tindakan seperti ini tidak dirasai pelik.
Tetapi di negara ini, pemimpin seperti Anwar yang begitu berkobar-kobar mahu menjadi perdana menteri tiba-tiba pada hari ini pula berubah fikiran mahu menjadi menteri besar.
Tiba-tiba pula dia mahu turun pangkat. Bukankah tindakan ini sangat tidak wajar. Orang akan beranggapan bahawa dia memang tamak kuasa.
Anwar juga perlu memberi penjelasan selepas dia menjadi menteri besar kelak, adakah dia masih berhasrat mahu jadi perdana menteri ataupun pada masa akan datang calon Pas yang akan bakal menjadi perdana menteri?
PKR mahukan PRK, seperti telah melupakan kemahuan dan hasrat rakyat. Adakah perkembangan ini akan menyebabkan pengundi akan merasa tidak puas hati, ataupun akan jadi satu pengajaran bagi Anwar?
Anwar boleh mempunyai semangat berkobar-kobar, tetapi jangan pandang rendah terhadap kebijaksanaan pengundi yang menilai. PRK hanya setapak langkah dalam permainan catur, umpama pepatah Cina mahu menghilangkan dahaga sanggup menyembelih angsa untuk minum seteguk darahnya yang membawa maksud mahu rasa sedap sekejap tetapi tidak fikir akibatnya.
Suara Politik
Belantan
Pada hemat ambo:
BalasPadam1. Mengurus dan mengaktifkan sesuatu pertubuhan parti politik kini bukan di atas dasar kebajikan dan perkhidmatan seperti dahulukala. Dulu cuma guna semangat 'nasionalisma', kini kita guna semangat 'uang'!
2. Untuk menghadapi PRU14 kurang lebih 4 tahun lagi, parti-parti politik memerlukan dompet yang agak besar; jika ingin menang dan berkuasa. Modal perjuangan politik kini sudah mahal - sangat mahal! Bukan bermillion, tetapi berbillion rial dah!
3. UMNO dan BN sudah ada Persekutuan untuk di'tuai'. DAP sudah ada Penang, PAS ada Kelantan dan KONONnya PKR ada Selangor untuk dituai.
4. Malangnya di Selangor ni, Si Khalid mempunyai sedikit sifat kurang 'patuh', dan kurang 'menuai'. Beliau mungkin ada sedikit sifat kasihan belas kepada rakyat. Hasil tuaiannya tidak memuaskan nafsu bossnya.
5. Kebetulan pulak, penuai yang paling MAHIR adalah bossnya itu. Oleh kerana tidak begitu mematuhi arahan boss, maka TERPAKSAlah bossnya turun menuai SENDIRI!!!
Terpulanglah kepada orang Selangor untuk merelakan siapa menjadi penuai mereka!