Asas falsafah kehidupan bangsa Melayu mengatakan bahawa “ hidup bersendi adat, adat itu bersendikan syarak, dan syarak pula bersendikan Kitabullah.” Adat bersaudara, saudara dipertahankan; adat berkampung, kampung dijaga; adat berbangsa, perpaduan bangsa diutamakan. - Perjuangan kita belum selesai, kerana hanya yang cekal dan tabah sahaja akan berjaya membina mercu tanda bangsanya yang berjaya. -
Sabtu, Januari 25, 2014
Pembunuhan beramai-ramai orang Islam Rohingya di Myanmar berterusan?
The Massacre of Muslims in Burma continues, with over 1000 killed in cold blood yesterday, without any media interest! Please share to awaken the conscience of Humanity!
الإبادة الجماعية لمسلمي بورما على أيدي البوذيين متواصلة ، مجزرة الأمس ذهب ضحيتها ١٠٠٠ مسلم في ظل تعتيم إعلامي كامل .. انشروا هذا الخبر ! أيقظوا الضمائر النائمة !
Suara Politik
Belantan
PBB terima maklumat kukuh pembunuhan di Rakhine
BalasPadamYangon: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengarahkan Myanmar menyiasat laporan pembunuhan berpuluh-puluh lelaki, wanita dan kanak-kanak dalam serangan ke atas etnik Islam Rohingya dengan pembabitan pihak polis.
PBB berkata, ia menerima ‘maklumat kukuh’ beberapa siri serangan di kawasan pedalaman Rakhine awal bulan ini, yang mana ia adalah salah satu kebimbangan terbaru membabitkan pergolakan wilayah itu.
Myanmar, yang melaksanakan reformasi politik menyeluruh menyaksikan imejnya terjejas akibat pergolakan agama dan negara itu menafikan orang awam terkorban tetapi menyatakan pegawai polis terkorban selepas insiden itu.
“Saya bersimpati ke atas korban di kampung Du Chee Yar Tan dan menggesa pihak berkuasa melaksanakan siasatan adil sepenuhnya dengan segera selain memastikan mangsa dan keluarga mereka menerima keadilan,” kata ketua hak asasi manusia PBB, Navi Pillay dalam satu kenyataan pada Khamis.
Lelaki Islam diserang
PBB berkata, ia mempunyai maklumat bahawa lapan lelaki Islam Rohingya diserang dan terbunuh di kampung itu, berhampiran sempadan Bangladesh disebabkan tindakan sekumpulan etnik Rakhine beragama Buddha pada 9 Januari.