Malaysia sudah seharusnya dengan serius mengkaji semula hubungan baiknya dengan negara kiasu Singapura yang tidak pernah berniat baik terhadap kita. Dia sentiasanya mahu menggunakan kita untuk kepentingannya sahaja.
Pendedahan terakhir bahawa ia berterusan mengintip negara ini menunjukkan betapa tidak ikhlasnya pulau sekangkang kera itu terhadap kita yang ia sering sahaja mahu memperbodohkan sebagai kekampungan berbanding dengannya sebuah masyarakat yang kononnya amat sophisticated dan berkebolehan.
Tidak lagi memadai dengan Wisma Putra memanggil Pesuruhjaya Tingginya di sini untuk memberi penjelasan mengenai kegiatan pengintipannya itu.
Tidak juga memadai bagi Pesuruhjaya Tingginya itu hanya memberi jaminan akan menyampaikan kebimbangan Malaysia terhadap tindakan bermusuhannya itu kepada kerajaannya.
Malaysia juga sudah sepatutnya bukan sahaja menyatakan kebimbangan terhadap perlakuan tidak bertamadun pulau itu terhadap negara jiran terdekatnya tetapi sudah pun membantahnya dengan sekeras-keras nya kalau pun tidak mengusir Atase Pertahanannya pulang.
Kita juga sudah sepatutnya tidak lagi perlu bergantung kepada negara itu misalnya mengenai penguasaan ruang udara kita sendiri.
Malangnya, kelemahan kita sendiri jugalah yang menyebabkan berterusannya pergantungan kita terhadap pulau itu. Misalnya penguasaan ruang udara kita di atas ketinggian 29,000 kaki masih di kuasai Singapura. Kenapa hal begini pun dibiarkan berterusan?
Apakah kerajaan tidak sedar hal ini dengan mengambil segala langkah untuk tidak lagi perlu bergantung dengan negara itu.
Dan kini ruang udara di atas sesetengah kawasan di Johor dan Pahang walau pun di bawah 29,000 kaki masih dikuasai pihak trafik udara Singapura. Kenapa hal ini di biarkan berterusan hingga negara itu tahu pergantungan kita terhadapnya?
Kenapa kita mahu berterusan bergantung kepada sebuah kerajaan yang sering bersikap sombong dengan kita. Kita sudah sepatutnya berusaha memperbaiki segala keperluan sendiri supaya tidak perlu lagi bergantung dengan orang lain khususnya pulau yang begitu kiasu itu.
Kini kerana kelemahan kita sendiri juga, Pulau Batu Putih sudah pun hilang ke tangannya dan dengan itu ia kini sudah mem bina segala peralatan radar canggih di atas pulau itu hingga ia kini sudah boleh memantau segala pergerakan di selatan semenanjung sehingga ke Pahang.
Malangnya, terdapat pula dalam kalangan orang kita sendiri yang mudah di pengaruhi baik dengan wang ringgit atau pelbagai macam perlakuan rasuah lain untuk memberi pelbagai laluan bagi kepentingan pulau itu.
Kini sudah tiba masanya kita melihat kembali hubungan dengannya supaya semua bentuk hubungan kita dengannya memihak kepada kita. Ini bermakna kita sendiri harus sudah boleh bertanggung jawab terhadap segala apa yang berlaku dalam negara ini baik di darat, laut mahu pun di udara. Apa-apa pun kelemahan sepatutnya sudah ditangani supaya kita sendiri sudah boleh berdikari dengan kemampuan sendiri.
Kita tidak harus memberi sebarang ke longgaran lagi kerana kelemahan sendiri jugalah telah dipergunakan pulau itu untuk kepentingannya. Misalnya, ,perjanjian jualan air kepadanya yang diwujudkan sejak penjelajahan dahulu juga patut disemak kembali dengan telitinya supaya tidak ada peruntukan menguntungkannya sahaja hingga boleh men jejaskan kepentingan kita.
Semua bentuk hubungan kita dengannya harus memihak kepada kita. Kemudahan yang kita telah berikan kepadanya untuk membina loji rawatan air di Kangkar Tebrau dan Kota Tinggi juga perlu disemak kem bali.
Kita juga mengetahui pulau itu sentiasa saja memegang kepada apa-apa pun perjanjian dengannya mengikut apa yang telah dinyatakan dalam hitam putih dan kita juga perlu membalasnya demikian.
Semua perjanjian yang ada dengannya perlu diteliti kembali untuk menentukan kepentingan kita sentiasanya terpelihara. Ini memerlukan pegawai yang mewakili negara ini dalam segala bentuk rundingan dengannya perlu mempunyai semangat nasionalis tulen dan sentiasa bersikap me letakkan kepentingan negara atas segalanya supaya hak dan kebaikan kita tidak terjejas atau dikompromikan dan bukannya pegawai yang bersimpati dengan negara itu.
Sesiapa sahaja yang tidak mahu men dokong kehendak dan kepentingan negara ini harus diketepikan dan mereka ini di minta berhijrah sahaja ke negara kiasu sanjungan mereka. Kita tidak akan rugi apa-apa dengan penghijrahan puak begini.
Tidak berapa lama dahulu negara ini memutus untuk mengharamkan terus jualan pasir kepada negara itu. Malangnya hingga kini pun masih ada anasir yang melanggar peruntukan itu.
Dikatakan hingga kini masih ada tongkang yang membawa pasir ke pulau itu dari Perak. Puak-puak pengkhianat ini perlu di kenakan hukuman seberat mungkin supaya tidak akan berlaku lagi hal demikian ini.
Suara Politik
Belantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan